Kebaikan dan keburukan melancap (Masturbation) pada lelaki dan perempuan ?

Kongsikan Sekarang

Kebaikan dan keburukan melancap (Masturbation) pada lelaki dan perempuan ?

 

Melancap (Masturbation) merupakan sejenis kaedah untuk mencapai kepuasan seksual dengan meraba alat sulit sehingga mencapai klimaks. menurut Dr Sri Viknarajan ianya memang biasa untuk melakukan aktiviti melancap pada usia yang muda ini. Anda tidak seharusnya berasa malu. Namun demikian, melancap mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Jadi, ianya lebih baik untuk anda mengetahui keburukan dan kebaikannya terlebih dahulu dan membuat keputusan dengan sendiri sama ada ingin melakukannya atau tidak. anda juga harus pandai mengawal emosi dan jangan kerap sangat melakukannya sehingga menjadikannya rutin seharian.

 

Apa Itu Melancap

Melancap atau juga dikenali dengan nama onani merupakan sejenis kaedah untuk mencapai kepuasan seksual. Hal ini dapat dilakukan dengan menyentuh dan meraba alat sulit sehingga menimbulkan perasaan ghairah dan sehingga mencapai klimaks.

Melancap ini boleh dilakukan oleh kedua-dua jantina, perempuan dan lelaki tetapi ianya lebih kerap dalam kalangan lelaki. Aktiviti melancap ini kadang kala dilakukan setiap hari dan ini boleh mendatangkan kebaikan dan keburukannya yang tersendiri.

 

5 Kebaikan Melancap

Kita haruslah sedar bahawa aktiviti melancap ini akan mendatangkan kebaikan untuk kedua-dua jantina. Hal ini juga dapat mengukuhkan lagi rumah tangga agar sentiasa harmoni dan aman. Antara kebaikan melancap ialah seperti:

  1. Memastikan zakar lebih keras. Hal ini kerana apabila kerap melancap, ini akan dapat membantu mengukuhkan dan membina otot pada bahagian zakar serta sekali gus membantu mengekalkan kekerasan zakar. Jadi, setiap kali seseorang itu mendapat ereksi, zakar mereka akan menjadi lebih keras daripada sebelumnya.
  2. Mengekalkan mood. Ini dapat dihasilkan dengan aktiviti melancap kerana apabila melancap, ia akan mendorong pembebasan zat kimia ke dalam otak yang kan membantu menenangkan diri serta pemikiran yang runsing. Jadi, melancap secara tidak langsung dapat memastikan seseorang itu berasa tenang selalu.
  3. Memastikan hubungan seks tahan lama. Perkara ini dapat dibantu melalui aktiviti melancap kerana apabila seseorang itu aktif melancap, ia akan membantu melatih golongan tersebut untuk tahan lama apabila melakukan aktiviti seks. Ini sekali gus dapat memberikan kepuasan kepada kedua-dua pihak.
  4. Meningkatkan kekebalan tubuh. Kekebalan tubuh dapat ditingkatkan melalui aktiviti melancap kerana dapat menghasilkan hormon cortisol. Hormon ini dapat membantu membina kekebalan badan kita.
  5. Mengurangkan risiko menghidapi kanser ‘prostate’. Hal ini kerana dengan melancap lebih kerap ia akan membantu mengeluarkan bahan-bahan toksik yang mampu mengundang kanser ‘prostate’. Oleh itu, ini sekali gus akan dapat membantu mencegah kanser ‘prostate’ ini.

 

5 Keburukan Melancap

Seperti mana melancap ada kebaikannya yang tersendiri sebanyak itulah ia mempunyai keburukan yang tersendiri juga. Oleh itu, individu terbabit haruslah behati-hati apabila melakukan aktiviti seperti ini dan ingatkan kesan buruk yang boleh berikutan. Antara keburukan yang boleh diundang ialah seperti:

  1. Kecutan bahagian zakar. Disebabkan aktiviti melancap yang sangat aktif, ianya boleh menyebabkan berlakunya keradangan pada bahagian otot di zakar. Keradangan ini apabila berlarutan akan menyebabkan berlakunya sakit pada zakar individu tersebut serta membawa kepada pengecutan zakar.
  2. ‘Erectile dysfunction’. Ini merupakan sebuah masalah yang dipanggil sebagai mati pucuk. Perkara ini akan disebabkan oleh aktiviti melancap yang aktif. Hal ini kerana kerap melancap akan mengurangkan keupayaan untuk mencapai tahap ereksi yang maksimum.
  3. Ejakulasi pramatang. Ini bermaksud seseorang lelaki itu memancut keluar air mani terlebih awal sebelum memuaskan pasangannya. Hal ini kemungkinan akan menjejaskan rumah tangga mereka kerana tidak dapat memuaskan pasangan mereka.
  4. Cepat kelihatan tua. Aktiviti melancap yang kerap ini akan menyebabkan individu tersebut cepat sangat kelihatan tua dan ini akan menyebabkan penampilan diri seseorang itu kurang segak.
  5. Kemandulan. Seseorang yang kerap melancap dikatakan akan menghadapi kemandulan. Hal ini kerana aktiviti melancap ini akan menyebabkan berlakunya kekurangan sperma dalam air mani. Ini sekali gus akan membawa kepada kesukaran untuk wanita menjadi hamil.

Bolehkah Melancap Membawa Ketagihan

Aktiviti melancap boleh membawa kepada ketagihan dan ini merupakan sebuah perkara serius. Hal ini kerana kekerapan melancap setiap hari akan membawa kepada ketagihan. Selain itu, sesetengah orang itu juga telah menjadikan melancap ini sebagai rutin seharian dan memastikan mereka mendapat kepuasan bukan sekali malah beberapa kali dalam sehari.

Adakah Lelaki Sahaja Yang Melakukan Aktiviti Melancap

Ini merupakan sebuah miskonsepsi. Hal ini kerana aktiviti melancap ini bukan sahaja dilakukan oleh golongan lelaki tetapi juga golongan perempuan. Kedua-dua jantina ini boleh melakukan aktiviti melancap ini dan bukan semata-mata lelaki sahaja. Namun demikian, aktiviti ini lebih terkenal dalam kalangan lelaki berbanding golongan perempuan.

Adakah Terdapat Alat Untuk Melakukan Kegiatan Melancap

Kegiatan melancap ini memang mempunyai pelbagai jenis alat untuk membantu merangsangkan alat sulit serta menghasilkan kepuasan yang maksimum. Alat ini akan menghasilkan getaran dan getaran tersebut apabila terkena pada alat sulit akan membawa kepada pencapaian klimaks. Alat ini selalunya digunakan oleh golongan wanita untuk mencapai klimaks. Ia boleh diletakkan pada alat sulit dan apabila ia bergetar akan menghasilkan stimulasi dan ini akan membantu mereka mencapai klimaks. Namun demikian, kita haruslah berhati-hati dengan menggunakan pelbagai jenis alat seperti ini kerana kemungkinan dapat mengundang penyakit kelamin yang berbahaya.

Kesimpulannya, aktiviti melancap ini terdapat kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Oleh itu, individu terbabit harus memikirkan baik buruk aktiviti ini dengan sendiri dan memutuskan untuk melakukannya atau tidak. Janganlah sampai aktiviti melancap ini mendatangkan ketagihan sehingga boleh mengganggu rutin seharian.

Anda juga bolehlah mendapatkan nasihat daripada doktor  di laman www.doctoroncall.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *