Koleksi Resepi Biskut Raya 2020 Sedap

Kongsikan Sekarang

Koleksi Resepi Biskut Raya 2020 Sedap

Koleksi Resepi Biskut Raya 2020

 

 

1. SWISS TART STRAWBERRY

Image may contain: foodImage may contain: foodImage may contain: food

Bahan2
250gm butter(saya guna brand ANCHOR SALTED)
1/2 cawan gula aising
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan cornflakes(blend hingga halus)
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan coklat rice(buh 2-3 sudu pun dah ok baru senang tekan)
Filling strawberry secukupnya.. (sy guna jem strawberry sbb tu ja yang ada 😂)

Cara2
1) satukan butter, gula aising dengan esen vanila.. Kacau sebati guna senduk..

2) masukkan cornflakes hancur.. Diikuti dengan tepung gandum dan tepung jagung.. Gaul sebati.. Adun hingga sebati.. doh memang lembik tau.. Akhir sekali, masukkan coklat rice.. Gaul sebati..

3) somi saya guna acuan/noozle hias kek ja kod 1M…guna acuan semperit pun boleh.. Nak lagi cun guna noozle kod 864..

4) isi filling strawberry dalam piping bag.. Gunting dibawahnya.. Dan isikan filling tadi di ruang tengah biskut..

5) bakar selama 20minit @ hingga masak.. Guna api atas bawah.. Suhu 180c..suhu ni kena ikut oven masing-masing..
(sy bakar 18 minit suhu 170’c api atas dan bawah)

SILAKAN MENCUBA..

 

2.  Resepi Biskut Milo Coklat chip

Image may contain: food

Bahan A
200 gm butter.
3/4 cawan gula perang.

Bahan B
2 biji telor.
2 sudu teh vanilla

Bahan C
295 ke 300gm cawan selfrising flour.
1 1/2 sudu teh bicarbonate soda.
1 cawan Milo

Coklat chip secukupnya..

Carànya
Pukol bahan A hingga puteh masuk B dan masuk C akhir sekali masukkan coklat chip secukup nya..
**seperti biasa masukkan dlm fridge 3 ke 4 jam atau lebeh bila dah keluarkan sudu kan di loyang **
Bakar dgn api 170dg 10 ke 15min

 

3.  Biskut Nestum Cubit-Cubitan

Image may contain: food

Bahan-bahan :

*1 cawan butter
*1 3/4 cawan brown sugar atau 1 1/2 cawan gula saja jika tak suka manis.
Pukul/putar guna mixer bahan* di atas sehingga sebati dan gula hancur. (Jgn pukul terlalu lama cam nak buat kek- nanti adunan lembek.)

Masukkan
1 biji telo.
1 sdb esen vanila
Pukul lagi smpi tergaul rata.

Masukkan pula
1 cawan minyak jagung bkn minyak masak.

Kemudian masukkan *ayak dulu 4 bahan ini.
4 cawan tepung Red Rose/ tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 sdk soda bikarbonate.
2 sdb serbuk koko

Masukkan pula
1 cawan nestum guna nestum coklat/biasa/madu
*tak payah kisar

Gaul semua baru tambah
1cawan coklat chip.
1/2 cawan almond nibs.
Gaul lagi sehingga sebati.

Cubit2 guna tangan/ jari jemari ja, kecik2 dpt byk.
Sebelum bakar oleskan loyang dgn sedikit mentega supaya tak melekat. Ini kerana penggunaan nestum atau oats membuatkan biskut mudah melekat di loyang.
Bakar bergantung oven memasing.

Selamat mencuba !

 

4.  Nastar 🍍

Image may contain: dessert and food

Bahan Pastry :
– 150 gr margerin
– 50 gr mentega
– 50 gr gula halus
– 1 kuning telur
– 250 gr tepung gandum
– 15 gr susu tepung

Isi :
– jem nenas

Sapuan :
– 2 kuning telur
– sedikit madu

Cara membuat :
1. Pukul margarin , mentega dan gula halus asal rata
2. Tambahkan kuning telur , kacau rata
3. Masukkan tepung dan susu sambil diayak dan di gaul rata
4. Bentuk adunan & bakar.

 

5. CORNFLAKE COOKIES

Image may contain: foodImage may contain: food

250gm – salted butter (lembut bukan lembik)
120gm – icing sugar
240gm – tepung gandum
30gm – tepung jagung
30gm – tepung beras
100gm – almond strip
50gm – choc chips
200gm – cornflake (ramas2 je dengan tangan, jangan hancur sangat)

1) ayak tepung gandum, tepung jagung & tepung beras
2) pukul butter bersama gula sehingga gula hancur dan sebati (creamy method)
3) selepas tu masukkan tepung yang dah diayak tadi
4) kaup balik sahaja ya
5) boleh masukkan almond strip dengan choc chips, kaup balik sekejap
6) doh yang dah siap boleh dibahagikan kepada bebola kecil dan golekkan dalam cornflake
atau doh disimpan sekejap dalam chiller dalam 30minit.. lepas keluarkan baru golek dalam cornflake

suhu 160C, 20-25minit (bergantung pada oven masing)
*ikut resepi asal hanya guna kismis/dried cranberries tapi kakak olah letakkan almond strip dengan choc chips.. rasa kacang tu lagi bangkit selera 😋 baru btoi kakak derhaka kan 😅
*ini bukan resepi pjj ya.. kakak amek kat youtube
*1 adunan dapat dalam 85-90biji kalau ikut saiz 1/2tsp sudu metrik.

 

6. TART NENAS KEJU

Image may contain: food

Bahan :
700 gr tepung gandum
100 gr gula halus
4 butir kuning telur
4 sdm susu tepung
500 gr butter
100 gr keju (parut)
.
Isian : jem nanas
.
Sapuan :
4 butir kuning telur
1 sdm minyak goreng
1 sdt susu kental manis
.
How to:
👉 Pukul butter , kuning telur & gula halus, mix speed rendah sebentar saja asal tercampur rata.
👉 Masukkan tepung & susu tepung, sedikit demi sedikit, sampai adonan kalis & boleh di bentuk (uli guna spatula).
👉 Tambahkan keju parut, uli rata.
👉 Bentuk adonan sesuai selera.
👉 Atur dalam loyang yang sudah disapu margarine.
👉 Bakar 30 minit, keluarkan lalu sapu kuning telur & taburi keju parut.
👉 Bakar lagi selama 15 minit/ sampai perang & masak.

 

7. Tart Nenas

Image may contain: foodImage may contain: food

Bahan A

3 1/4 cawan tepung gandum
2 sudu makan membukit tepung kastard
2 sudu makan membukit tepung jagung
Tepung jagung berfungsi untuk rangupkan kulit tart
Ayak 3 bahan ini supaya sebati.

Bahan B :

250 gram unsalt pure butter
3 sudu makan susu pekat manis
2 sudu makan minyak sapi
1 biji kuning telur
1 sudu teh essen vanila
2-3 titik pewarna kuning jika mahu

Bahan Sapuan Atas Tart :
2 biji kuning telur
1-2 titik pewarna kuning jika mahu
1 sudu makan susu pekat manis

Cara2
#1: Ayak bahan A dan ketepikan. Dalam bekas asing, masukkan semua bahan B dan kacau dengan senduk kayu supaya sebati sahaja. Pastikan butter anda pada suhu bilik. Tak perlu kacau lama ya. Masukkan bahan tepung tadi dan uli sedikit demi sedikit hingga membentuk doh yang cantik dan lembut.

#2: Masukkan adunan doh tart nenas yang siap diuli dalam acuan tekan atau acuan bunga ikut pilihan, lepas tu gentel jem nenas ikut saiz sesuai. Masukkan atas adunan yang siap ditekan. Lepas tu gulung tart nenas dan susun dalam dulang pembakar.

Kalau anda buat tart nenas gulung, panjang setiap satu tart sebelum digulung adalah sekitar 4 cm sahaja.

Kalau nak rasa resepi tart nenas gulung yang premium, kami cadangkan anda cuba resepibiskut raya ni .Memang berbaloi kesedapannya. Ikut je tips kami beri.

#3: Panaskan oven sementara anda buat tart nenas tu pda suhu 170’C selama 10 minit. Tart nenas yang siap disusun atas dulang pembakar, anda sapu pula kuning telur dengan dicampur pewarna dan susu pekat manis.Cukup berus pada lapisan atas sahaja.

Bakar biskut tart nenas anda pada suhu 165-170’C ikutoven masing-masing selama 25 minit guna api atas bawah. Sejukkan seketika sebelum disusun dalam bekas kedap udara.

 

8. BISKUT BANGKIT KELAPA

Image may contain: food and indoor

Resipinya
250g butter@ mentega
1 cawan gula pasir dikisar
3 bj kuning telur
1 1/4 cawan tepung gandum(sangai sekejap)
2 1/4 cawan tepung ubi(sangai sekejap)
1 cawan kelapa kering(beli kelapa parut sangai iaitu goreng tanpa minyak hingga garing nak lagi cepat.. Bakar dalam oven)nak letak lebih pun boleh..

Caranya
Pukul butter dan gula asal sebati guna mixer masukkan telur dan kacau masukkan tepung dan kelapa,uli sebati,rehatkan doh 10- 15mnt. bolehlah diterap guna acuan yg disukai.
Bakar selama 20- 25mnt api atas dan bawah 160* atau ikut suhu oven masing- masing.

 

9.  PEYEK LETOP

Image may contain: food, possible text that says 'Aznie Khasri peyek LETOP'

250g tepung pulut
250g tepung beras
500ml air
100ml santan
1 biji telur
10 helai daun limau purut (buang tulang tengahnya dan hiris nipis)
garam secukupnya
Secubit gula
1 s/b jintan manis
1 s/b jintan putih

Bahan kisar
3 biji buah keras
4 ulas bawang putih
1 s/t ketumbar ketumbar
5 biji cili padi
Sejemput ikan bilis
-kisar semua bahan hingga sebati..

Toping :
50g ikan bilis (goreng setengah masak)
150g kacang (potong 2)- goreng 1/2 masak dulu..

Cara
~kisar bahan kisar hingga sebati.. Campurkan ngan semua semua bahan kecuali toping peyek.. Sebatikan.. Rasa tepungnya.. Biar secukup rasa..
~kepekatan adunan ikut selera ya. kalau mau nipis boleh tambah air sedikit lg..
~Panaskan minyak.. Bubuh acuan peyek didalam kuali.. Tunggu hingga acuan peyek panas..
~ lalu ambil 1 Senduk kecil adunan… Bubuh didalam acuan peyek.. Pusing2kan..lebihan adunan bole kita tuang blk kedalam adunan. Taburkan kacang juga ikan bilis..
~kemudian masukkan kembali acuan peyek kedalam minyak.. Tunggu hingga peyek timbul… Biar seketika kemudian balikkan.. Biar bahagian yang ada kacang dibahagian bawah.. Bila npak dah kuning baru balikkan.. Tunggu kejap je.. Bole la diangkat…
~masak hingga habis semua adunan…

 

10. BISKUT RED VELVET RANGUP

Image may contain: food

🍪Bahan A
480g butter
40g minyak sapi
250g gula kastor
4 biji kuning telur
20 titik pewarna merah(bright red)

🍪Bahan B
480g tepung gandum
200g tepung beras
2 sudu besar serbuk koko(jangan membumbung..sama rata sudu)
16g baking soda

🍪Bahan C
400g badam nibs
400g choc chips

🍪Hiasan
Butterscotch chips

🍪Caranya
Satukan bahan A.. Pukul hingga berkrim..
Masukkan bahan B.. Gaul sebati..
Masukkan bahan C.. Gaul sebati..
Cubit2kan dan bulat2kan adunan..susun dalam tray.. Tekankan guna garfu..hiaskan dengan butterscotch chips..
Panaskan oven 160*-170* bakar selama 15-18 minit guna api atas dan bawah…

 

 

Berikut merupakan Resepi Biskut Raya 2020 yang anda boleh buat di rumah.

sumber rujukan Koleksi Resepi Biskut Raya

 

Baca juga Resepi Kek Batik Viral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *