Kebaikan Diesel Euro 5 Lebih Kuasa dan Lebih Kuat?

Kongsikan Sekarang

Kebaikan Diesel Euro 5 Lebih Kuasa dan Lebih Kuat?

 

Untuk makluman, Petron merupakan satu-satunya syarikat petroleum di Malaysia yang menawarkan Turbo Diesel Euro 5. Bahan api premium ini adalah diesel yang terbaik di pasaran Malaysia untuk prestasi dan penyuntikan bahan api yang lebih bersih.

 

Kelebihan Turbo Diesel Euro 5 yang perlu anda tahu:

  • Dengan formula tambahan premium Tri Action Advantage bagi meningkatkan prestasi kenderaan.
  • Diesel berteknologi maju yang menawarkan kuasa maksimum, mengurangkan lengah ketika penyalaan, meningkatkan prestasi permulaan, dan perlindungan yang lebih baik terhadap hakisan enjin.
  • Mempunyai 10ppm (bahagian per juta) sulfur atau 50 kali lebih kurang sulfur berbanding bahan api diesel Euro 2M dengan 500ppm.

 

“Sejak diperkenalkan pada September 2016, kami telah menerima maklum balas yang sangat baik daripada para pelanggan yang kerap mengunakan Turbo Diesel Euro 5. Produk ini melambangkan komitmen kami dalam menghasilkan produk yang inovatif” ujar ketua Dagangan Runcit Petron, Puan Faridah Ali.

Pengembaraan “Petron Fuel Happy Trip” sepanjang 500km dari Kuala Lumpur ke Pulau Duyong, Kuala Terengganu telah memberi kami peluang untuk merasai sendiri penawaran kuasa dan kecekapan Turbo Diesel Euro 5.

Apa yang menariknya, semua peserta berpeluang untuk memandu di laluan “off-road” yang diketuai oleh otai pacuan empat roda (4×4), Nazli KOA. Walaupun ramai yang pertama kali memandu di laluan off road, masing-masing tidak melepaskan peluang untuk menguji skil pemanduan di laluan off road air terjun Jerangan, Pahang dengan kenderaan 4×4 Mitsubishi, Isuzu dan Chevrolet.

Pengalaman pemanduan dengan menggunakan bahan api Turbo Diesel Euro 5 ini ternyata bukan sahaja memberikan lebih kuasa, malah penggunaan bahan api adalah cekap, dan semestinya  lebih mesra alam sekaligus memberikan kepuasan ketika memandu.

Untuk anda yang mahukan lebih prestasi pemanduan dan belum mencuba Turbo Diesel Euro 5, apa kata anda cuba dan alami sendiri untuk mengesahkan kelebihannya.

Turbo diesel Euro 5 kini boleh didapati di 70 stesen minyak Petron seluruh negara dengan harga yang sama seperti Diesel Euro 5.

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.petron.com.my/web/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version