Cara Renew Roadtax Kereta Dan Motosikal

Kongsikan Sekarang

Cara Renew Roadtax Kereta Dan Motosikal

cara renew roadtax

Jika anda memiliki kereta, memperbaharui insurans kereta antara tanggungjawab yang perlu dilakukan setiap tahun.
tahu ka anda bolen renew roadtax kereta awal 2 bulan sebelum roadtax expired date? Berikut merupakan perkara penting yang perlu anda ambil perhatian dan juga cara untuk menjimatkan kos sewaktu memperbaharui insurans kereta anda.

secara ringkasnya cara renew roadtax kereta sangat mudah.
1. beli insuran kereta di pusat insurans atau agen insuran (dokumen yang perlu anda bawa cuma geran kereta samaada salinan atau original)
2. pergi ke Pejabat JPJ ( Dokumen yang perlu anda bawa cuma IC- Paling Penting, cover note insuran atau Geran kereta)
3. Ambil nombor giliran dan tunggu no di panggil.
4. selesai

walaupun begitu jika anda mau tahu lebih lanjut atau anda mau lebih paham boleh baca di sini.

Buat Sendiri vs Guna Khidmat Ejen Insurans?
Anda mempunyai dua pilihan untuk memperbaharui insurans kereta – anda boleh memperbaharuinya sendiri, ataupun dengan bantuan ejen insurans.

Dengan menggunakan ejen insurans, anda perlu memberikan semua maklumat yang diperlukan (seperti casis kereta dan nombor enjin), dan membuat bayaran. Ejen akan mengendalikan semua proses pembaharuan insurans kereta anda. Kos bayaran akan ditentukan oleh nilai semasa kereta anda, dan jenis perlindungan yang dipilih. Kebiasaanya, ejen insurans akan turut memperbaharui cukai jalan kereta anda. Tetapi, langkah menggunakan ejen insurans akan mendatangkan kos lebih tinggi kerana ejen insurans akan mengenakan caj perkhidmatan.

Jika anda berurusan terus dengan syarikat insurans untuk memperbaharui insurans kereta, anda akan menikmati diskaun sehingga 10%. Berikut merupakan langkah-langkah yang perlu diambil:

Tentukan nilai semasa kereta (boleh rujuk di laman web MyCarInfo) dan periksa peratus No Claim Discount (NCD) yang layak untuk anda. Anda kemudian boleh dapatkan anggaran kasar kos insurans untuk kereta tersebut. Namun, ingat bahawa penilaian ini hanya sekadar panduan. Nilai sebenar kereta mungkin berbeza bergantung kepada keadaan kereta.
Sediakan dokumen yang diperlukan, seperti nota lindungan insurans, polisi insurans sedia ada, dan geran kereta.
Pergi ke mana-mana syarikat insurans dan dapatkan sebut harga untuk insurans kereta. Sekiranya anda berpuas hati, buat bayaran pendahuluan. Polisi insurans akan dihantar dalam tempoh sehari, dan salinan asal dihantar melalui email atau pos.
Setelah anda selesai memperbaharui insurans kereta anda, anda perlu perbaharui cukai jalan. Ia boleh dilakukan melalui MyEG, di cawangan JPJ, atau Pejabat Pos.
insurans kereta semakin mahal

Anda juga boleh memperbaharui insurans kereta dan cukai jalan melalui MyEG. Telefon 03 7801 8888 dan anda akan dibantu oleh operator. Anda perlu sediakan maklumat berikut:

Nombor pendaftaran kenderaan & IC
Jenis kenderaan
CC – kapasiti enjin
Tahun pengeluaran
Jumlah insurans
Cermin depan (tidak wajib)
Anda kemudian akan menerima email menyatakan jumlah yang perlu dibayar untuk insurans dan cukai jalan. Jika anda berpuas hati dengan jumlah tersebut, klik “Proceed to Pay”. Insurans anda akan diperbaharui, dan cukai jalan akan dihantar kepada anda dalam tempoh 1 hari bekerja. Anda juga boleh pergi ke laman web MyEG, tetapi, anda perlu mendaftar terlebih dahulu.

Apa yang Perlu Anda Tahu Mengenai Proses Pembaharuan Insurans Kereta
Terlebih atau Terkurang Perlindungan Insurans
Jika anda membeli insurans kereta yang memberikan perlindungan kurang dari nilai pasaran semasa kereta anda, sekiranya berlaku kemalangan anda perlu bayar sendiri untuk baki perbezaan. Jadi, anda hanya boleh menuntut sebahagian sahaja, iaitu sehingga jumlah perlindungan yang diberikan oleh polisi insurans yang anda bayar.

Sebaliknya, boleh terjadi dimana anda membeli insurans lebih dari nilai pasaran semasa kereta anda. Namun, jumlah maksima yang boleh anda tuntut jika berlaku kemalangan ialah berdasarkan nilai pasaran semasa kereta tersebut, bukannya berdasarkan apa yang anda bayar. Ini untuk mengelak pemilik kereta daripada mendapat keuntungan dari tuntutan insurans kereta mereka.

Jadi, bagaimana untuk memastikan anda tidak terlebih atau terkurang perlindungan insurans? Anda perlu tahu nilai pasaran semasa kereta anda. Bagaimana? Rujuk dibawah.

Nilai Pasaran Semasa Kereta
Sewaktu memperbaharui insurans kereta, nilai pasaran semasa kereta merupakan antara maklumat paling penting yang perlu diketahui. Nilainya tidak akan sama dengan apa yang anda bayar sewaktu anda membeli kereta tersebut, kerana ia akan susut setiap tahun. Salah satu cara terpantas untuk mengetahui nilai kereta anda ialah melalui laman web MyCarInfo. Portal percuma ini menyediakan khidmat untuk menyemak nilai pasaran semasa kereta, dan menerima contoh laporan. Jika anda ingin maklumat tambahan, harga laporan lengkap ialah RM6.36. Anda perlu mengetahui tahun pengeluaran kereta anda untuk dapatkan nilai pasaran yang paling tepat.

CashOne Personal Loan 6.99% Standard Chartered

Seperti yang telah dinyatakan, nilai pasaran semasa ini tidak akan tepat, kerana setiap pembekal insurans dan institut kewangan memiliki formula pengiraan yang berbeza.Oleh itu, lakukan pemeriksaan sewaktu menentukan nilai pasaran kereta anda. Anggaran nilai pasaran kereta juga boleh diperoleh dari pembekal insurans kereta yang anda gunakana sekarang.

Dengan mengetahui nilai pasaran semasa kereta, anda boleh mengelakkan insiden terlebih, atau terkurang perlindungan insurans dari berlaku.

Periksa Nilai No Claim Discount (NCD)
NCD merupakan salah satu faktor penting apabila memperbaharui insurans kereta. NCD melayakkan anda untuk mendapat diskaun sewaktu memperbaharui insurans, dengan syarat anda tidak membuat sebarang tuntutan dalam tempoh 12 bulan yang lepas. Sekiranya anda ada membuat tuntutan, kelayakan tersebut akan terlucut, dan anda tidak boleh menuntut diskaun.

Ini bukan bermakna anda tidak perlu membuat tuntutan insuran jika anda terlibat dalam kemalangan. Kelayakan tersebut hanya terlucut jika kemalangan tersebut berpunca dari anda. Jika anda terlibat dalam kemalangan, dan ia bukan berpunca dari perbuatan anda, kelayakan NCD tidak akan terlucut apabila anda lakukan tuntutan.

Kadar diskaun NCD telah ditetapkan berdasarkan Tarif Motor Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM):

Kadar Diskaun NCD Yang Ditetapkan
Tempoh Perlindungan Kadar Diskaun NCD
Tahun Pertama 25%
Tahun Kedua 30%
Tahun Ketiga 38.3%
Tahun Keempat 45%
Tahun Kelima 55%
Jika anda telah memperbaharui insurans tanpa mengambil kira diskaun NCD, anda boleh maklumkan ejen insurans atau pembekal untuk mohon diskaun NCD, dan memperoleh lebihan baki dari diskaun tersebut. Kebiasaannya anda akan terima bayaran balik untuk diskaun NCD dalam bentuk cek.

Anda Boleh Menukar Pembekal Insurans
Akhir sekali, anda boleh menukar kepada syarikat pembekal insurans kereta yang lain selepas insurans semasa anda tamat tempoh. Anda tidak perlu tertakluk kepada pembekal insurans yang sama. Sebagai pengguna, anda memiliki pilihan dan kuasa untuk membuat keputusan. Dapatkan sebut harga dari syarikat pembekal insurans yang berbeza, dan bandingkan pelan perlindungan yang ditawarkan. Kadang-kala, mengambil insurans kereta dari pembekal yang baru dapat menjimatkan wang, terutamanya dari pembekal yang menawarkan rebat.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version