Gerakan Nasionalisme STPM Semester 3
Gerakan Nasionalisme STPM Semester 3
3.1.1 Gerakan Nasionalisme
3.1 Gerakan Nasionalisme
3.1.1. Faktor kemunculan
Soalan 131: Bincangkan faktor-faktor luar yang mempengaruhi kesedaran politik di Asia Tenggara dari tahun 1900 – 1941.
Pendahuluan:
- Peristiwa yang berlaku di negara luar berhubung dengan perkembangan nasionalisme telah menjadi inspirasi kepada pejuang nasionalis tempatan di negara-negara Asia Tenggara untuk berjuang menentang penjajah barat. Pada keseluruhannya, gerakan nasionalisme di Asia Tenggara kecuali negara Thai berciri anti – penjajahan.
- Gerakan nasionalisme disebabkan oleh dasar penjajahan barat. Seterusnya pengaruh luar iaitu dari Eropah, Asia Timur, Asia Selatan dan Asia Tenggara sendiri memainkan peranan penting bagi mempengaruhi gerakan nasionalisme di Asia Tenggara.
Isi-isi Penting:
- Gerakan Reformis Islam di Timur Tengah
- dipelopori oleh Syeikh Muhammed Abduh dan golongan Al- Manar di Kaherah yang mempengaruhi semangat kebangsaan di India dan Indonesia. idea-ideanya memperjuangkan penyatuan umat Islam seluruh dunia, membebaskan agama Islam daripada kepercayaan kolot atau ortodok, menyeru umat Islam merujuk kepada al-Quran dan Hadis serta menggalakkan umat Islam mencapai kemajuan ekonomi dan sosial
- kesannya Sarekat Dagang Islam melancarkan Perang Jihad terhadap Belanda dan pemulihan ekonomi orang Jawa yang ditindas oleh orang China
- Perang Rusia – Jepun (1904 – 1905)
- melemahkan anggapan masyarakat Asia bahawa kuasa barat tidak boleh dikalahkan akibat daripada kekalahan Rusia. kesannya mempengaruhi raktyat China yang dipimpin oleh Dr. Sun Yat sen untuk menggulingkan Kerajaan Manchu
- Chang Chin, seorang intelek China mengatakan kekalahan tersebut dapat mencerminkan kemenangan perlembagaan dan kegagalan pemerintahan beraja. Kebangkitan Boxer 1900 memberi impak kepada Vietnam contohnya, Phan Boi Chau telah menubuhkan Viet Nam Quang Phuc Hoi yang bercita-cita untuk membebaskan negaranya daripada Peranchis
- Kebangkitan di India
- Gerakan kongres India menjadi perangsang kepada Myanmar yang dijajah oleh British
- Pembaharuan Montagu – Chelmsford dapat melatih orang India berkerajaan sendiri tetapi tidak diperkenalkan di Myanmar. Myanmar menuntut agar perlembagaan yang sama dibuat di Burma seperti di India.
- Revolusi 1917
- Revolusi ini telah melahirkan Pertubuhan Komunis Antarabangsa (Comintern) yang menyebarkan ideologi komunisnya di seluruh dunia
- Comintern telah menghantar ejen-ejen ke Asia Tenggara untuk menubuhkan parti-parti komunis tempatan, contohnya Ho Chi Minh yang ditugaskan di selatan China telah menubuhkan Parti Komunis Indo-China
- Revolusi Eropah
- Revolusi Amerika telah menentang parlimen British dan Revolusi Peranchis menentang pemerintahan raja monarki dan mewujudkan raja berperlembagaan
- Kesannya mempengaruhi Gerakan Katipunan di Filipina serta Pelajar-pelajar Thailand melancarkan Revolusi 1932 untuk menentang kuasa mutlak raja
Kesimpulan:
- Pengaruh luar ini telah menyemarakkan semangat kebangsaan dikalangan penduduk untuk menentang penjajahan barat.Namun begitu pengaruh faktor dalaman juga menjadi penggerak kepada pejuang-pejuang nasionalis Asia Tenggara menentang penjajah.Pada peringkat awal penentangan mereka tidak berjaya tetapi menjelang abad ke-20 semua negara yang dijajah berjaya mencapai kemerdekaan.
Soalan 132. Analisiskan faktor-faktor kemunculan Gerakan Nasionalisme di Indonesia.
Pendahuluan
- Nasionalisme boleh ditaktrifkan sebagai perasaan cinta akan tanah air dalam usaha untuk membentuk sebuah negara bangsa . Gerakan nasionalisme secara umumnya bertujuan menegakkan kebebasan individu atau negara daripada kongkongan dan penindasan Barat.
- Di Indonesia dan Myanmar, gerakan nasionalisme lebih kepada gerakan kesedaran dalam kalangan masyarakat peribumi ke arah perpaduan untuk mencapai kemerdekaan mutlak dan membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat mengikut acuan mereka sendiri.
Perenggan Isi
- Pengaruh Agama
- Pengaruh agama terhadap kemunculan nasionalisme begitu jelas sejak awal abad ke-20 melalui peranan yang dimainkan oleh pertubuhan berunsur Islam sebagai teras perjuangan bangsa. Pertubuhan tersebut seperti Sarekat Dagang Islam, Sarekat Islam, Muhammadiyah dan Nahdatul Ulama. Sarekat Dagang Islam ditubuhkan pada tahun 1909 oleh R.M Tirtoadisurjo dengan kerjasama persatuan Pedangang Arab Indonesia. Sebuah cawangannya ditubuhkan di Bogor oleh Haji Semanhoedi, seorang pedangang kain batik yang hampir muflis. Beliau ingin melindungi kepentingan golongan pedangang batik Islam agar mereka dapat bersaing dengan pedangang batik Cina. Agama islam digunakan sebagai alat penyatuan pedagang batik Islam supaya bersatu padu menentang penindasan pedangang batik Cina.
- Pada tahun 1912, pertubuhan Muhammadiyah ditubuhkan oleh Kiyai Haji Ahmad Dahlan. Dalam perjuangannya, menekankan pentingnya penyebaran ajaran agama Islam yang sejati berlandaskan Al-Quran dan hadis sebagai pegangan hidup untuk menentang ancaman sekularisme dan perkembangan agama Kristian dia Indonesia. Nahdatul Ulama di bawah pimpinan Kiyai Hashim Ashari merupakan sebuah pertubuhan ortodoks. Namun, pertubuhan ini juga menggunakan agama Islam untuk menyatukan umat Islam menentang penindasan Belanda dan menghadapi ancaman penyebaran Kristian.
- Peranan Bahasa dan Kesusasteraan
- Belanda tidak menggalakkan penggunaan bahasa Belanda dalam kalangan orang Indonesia. Kerajaan Belanda tidak membenarkan orang Indonesia menggunakan bahasa Belanda, malah kerajaan Belanda sendiri menggunakan bahasa Indonesia dalam urusan penradbirannya di Indonesia. Dengan demikian, kedudukan bahasa Indonesia diperkukuhkan lagi. Bahasa Indoneia menjadi alat penyebaran maklumat yang paling berkesan dalam kalangan masyarakat Indonesia.
- Karya Raden Adjeng Kartini bertajuk Habis Gelap Terbitlah Terang dan Penulisan Seorang Puteri Jawa berjaya membangkitkan semangat nasionalisme. Melalui karya tersebut, Raden Ajeng Kartini berjaya mendedahkan kemunduran bangsa Indonesia yang ditindas dan dicengkam oleh penjajah Belanda.
- Penggunaan bahasa Indonesia pada zaman pendudukan Jepun telah memperkukuhkan kesedaran kebangsaan dalam kalangan masyarakat tempatan. Ini dapat menghapuskan sifat kedaerahan orang Indonesia. Bahasa Indonesia telah menjadi satu lambing perpaduan yang mengikut kaum-kaum yang ada di Indonesia.
- Pengaruh Kewartawanan
- Selepas Raden Ajeng meninggal dunia, usaha memperjuangkan pendidikan untuk kaum wanita diteruskan oleh sebuah pertubuhan wanita yang bergelar Putri Merdeka (1912). Pertubuhan ini menerbitkan Wanita (1913) dan Putri Merdeka (1916) untuk menyebarkan idea-idea baharu, menuntut hak-hak wanita mendapat pendidikan moden, mengritik amalan sosial, dan ketidakadilan terhadap kaum wanita. Putri Merdeka membangkitkan isu poligami dan sekolah campuran.
- Dr.Wahidin Sudira Husodo menyebarkan idea tentang keperluan pendidikan moden terutamanya ilmu perubatan melalui terbitannya, iaitu Retno Dumilah. Parti Nasional Indonesia berjuang menyalurkan idea nasionalisme dan kemerdekaanya melalui penerbitan surat khabar Banteng Priangan di Bandung dan Persatoean Indonesia di Jakarta.
- Peranan Pendidikan
- Pentadbiran Belanda mengutamakan anak Priyayi. Golongan ini diberi pendidikan tersendiri dan diasingkan daripada anak orang kebanyakan. Sekoalah Eerste Klasse, iaitu sebuah sekolah elit tahap tinggi berasaskan model Barat dibina untuk anak-anak golongan Priyayi, golongan bangsawan dan golongan berada. Antara tahun 1900 hingga 1921, Sekolah Doktor Jawa dimajukan menjadi sekolah latihan doktor (STOVIA). STOVIA disediakan untuk rakyat biasa daripada pelbagai lapisan masyrakat seperti anak petani, polis, pegawai kerajaan, guru, dan golongan bangasawan yang berasal dari pelosok Indonesia. STOVIA menjadi pusat perbincangan dan perbahasan idea nasionalisme dalam kalangan pelajar.
- Perkembangan pendidikan Barat membolehkan kemunculan golongan elit berjuang dan memimpin penduduk tempatan ke arah nasinonalisme dan kemerdekaan. Golongan ini terdedah dan terpengaruh dengan idea-idea liberal seperti demokrasi, sosialisme, dan nasiaonalisme. Golongan elit sedar dasar pihak penjajah yang menekan dan menindas penduduk tempatan. Nasiaonalisme perpendidikan Islam memainkan peranan menubuhkan pertubuhan berteraskan ajaran agama Islam sebagai asas perjuangan mereka untuk menentang orang kafir dan perluasan penyebaran agama Kristian.
- Peranan Golongan Intelektual
- Sehingga tahun 1912, golongan intelektual Indonesia lebih memainkan peranan berjuang untuk memajukan masyarakat peribumi dalam aspek sosial, kebudayaan, agama, dan ekonomi. Perjuangan mereka bersifat sederhana. Apa yang penting bagi golongan intelektual ini ialah kesedaran dalam kalangan masyarakat peribumi untuk menggunakan pendidikan dan agama sebagai alat kemajuan dan perpaduan.
- Antara golongan intelektual yang memainkan peranan pada tahap awal gerakan nasionalisme Indonesia ialah Raden Adjeng Kartini, Dr. Wahidin Sudira Husodo, Omar Said Tjokroaminoto, Haji Ahmad Dahlan, dan Kiyai Hashim Ashari. Soekarno memainkan peranan utama dalam gerakan nasionalisme radikal selain golongan intelektual seperti R.M. Sartono, Muhammad Tabrani, Dr. Mohammad Hatta dan Sutan Syahrir.
- Pengaruh Luar
- Reformis Islam di Timur Tengah. Gerakan Reformis Islam di Mesir meningkatkan kesedaran dalam kalangan umat islam di Indonesia untuk membela nasib bangsanya. Pembaharuan dalam agama Islam haruslah dibuat demi memajukan umat Islam sedunia. Gerakan ini tidak menolak sepenuhnya pengaruh Barat. Apa yang penting bagi umat Islam ialah kebebasan berfikir dan kesedaran bahawa agama Islam dalam bentuk yang suci dan mulia menjadi alar kemajuan. Gerakan Reformis islam mempengaruhi pebuhan Sarekat Islam dan Muhammadiyah dalam perjuangannya untuk menegakkan kekuatan umat islam daripada ancaman pengaruh asing dan agama Kristian.
- Dasar Perjuangan Mahatma Gandhi di India. Gerakan menentang kerajaan colonial British di India mempengaruhi perjuangan para nasionalis di Indonesia. Kepimpinan Budi Utomo yang dibantu oleh golongan bangasawan Jawa diilhamkan oleh perjuangan Mahatma Gandhi.
Penutup
- Kemunculan gerakan nasionalisme di Indoensia dan Myanmar disebabkan pelbagai factor sepeti pengaruh agama, peranan bahasa dan kesusasteraan, pengaruh kewartawanan, peranan pendidikan, peranan golongan intelektual dan pengaruh luar.
Soalan 133: Jelaskan Faktor-faktor kemunculan Gerakan Nasionalisme Di Myanmar
Pendahuluan
- Nasionalisme bermaksud perasaan cinta akan bangsa dan negara yang membawa kepada gerakan membebaskan tanah air. Awal abad ke-20 merupakan zaman gerakan nasionalisme di Myanmar. Gerakan Nasionalisme merupakan tindak balas masyarakat menentang susunan politik, sosial, dan ekonomi yang dibina di negara mereka kesan daripada penjajahan Barat.
- Terdapat beberapa faktor kemunculan nasionalisme di Myanmar seperti pengaruh agama islam, peranan bahasa dan kesusasteraan, pengaruh kewartawanan, dan peranan pendidikan.
Isi-isi penting
- Pengaruh agama
Gerakan nasionalisme di Myanmar pada peringkat awalnya lebih bersifat keagamaan . Agama buddha menjadi mekanisme penting untuk meraih sokongan rakyat. Kemunculan nasionalisme di Myanmar pada peringkat awalnya diketuai oleh golongan sami Buddha kerana kedudukan dan pengaruhnya terancam ekoran penjajahan British di Myanmar. Pertubuhan terawal ialah sasanadara (1897) dan diikuti Persatuan Agama Maktab Rangoon (1904).
- Peranan Bahasa Dan Kesusasteraan
Masyarakat Myanmar merupakan gabungan tujuh buah kumpulan etnik yang terbesar yang mempunyai bahasa dan kesusteraannya tersendiri seperti Myanmar, Mon , Arakan, dan Shan. Bahasa Myanmar menjadi alat penting dalam menyatukan ideology politik dan nasionalisme. Penggunaan bahasa Myanmar memudahkan ide nasionalisme disampaikan ke seluruh Negara melalui propaganda dan ceramah yang disampaikan oleh pejuang nasionalis. Mereka banyak menulis karya kesusasteraan seperti sajak,cerpen, dan novel yang mengkritik penjajah British dan menyampaikan idea-idea Demokrasi dan kemerdekaan.
- Peranan Golongan Intelektual
Di Myanmar, golongan intelektual menjadi penggerak kepada gerakan nasionalisme. Mreka terdiri daripada golongan berpendidikan Barat seperti Dr.Ba Maw, U Pu, U Thein Maung, dan U Ba Pe. Golongan ini telah menubuhkan Persatuan Belia Buddha dan telah bergabung dengan pemimpin pelajar di Universiti Rangoon untuk melancarkan mogok dan bantahan menentang dasar British. Peranan golongan intelek telah menyebabkan penyebaran idea nasionalisme dan kemerdekaan tersebar ke seluruh Myanmar serta mendapat sokongan rakyat.
- Pengaruh Kewartawanan
Surat khabar dan majalah juga menjadi pemangkin kepada penyebaran dan kesedaran kebangsaan di Myanmar. Akhbar dan majalah yang dicetak dalam bahasa inggeris dan bahasa Myanmar serta suku minoriti lain membolehkan idea-idea nasionalime disebarkan dengan cepat dan meluas dalam kalangan penduduk peribumi. Kebanyakkan wartawan dan penulis mengkritik tentang kelemahan pentadbiran British di Myanmar, dan kedudukan agama Buddha serta masyarakat peribumi yang ditindas semasa pemerintahan British.
Penutup
- Kesimpulannya, kemunculan nasionalisme di Myanmar disebabkan oleh beberapa faktor seperti pengaruh agama islam, peranan bahasa dan kesusasteraan, pengaruh kewartawanan, dan peranan pendidikan.
Soalan 134: Jelaskan peranan agama dalam mempengaruhi gerakan nasionalisme di Myanmar sebelum Perang Dunia Kedua.
Pengenalan
- Nasionalisme ialah perjuangan untuk memperoleh kebebasan daripada penjajah kerana wujudnya semangat cinta dan taat setia kepada tanah air. Perjuangan nasionalisme dikatakan bermula di Myanmar sejak campur tangan British pada tahun 1942. Nasionalisme di Myanmar pada peringkat awal adalah bersifat keagamaan dan kebudayaan yang diterajui oleh golongan agama.
- Hal ini kerana agama Buddha telah ditindas semasa British memerintah. Tidak ada pengiktirafan diberikan kepada golongan agama tersebut. Keadaan ini telah menyebabkan beberapa buah persatuan agama muncul bagi menghidupkan kembali agama Buddha yang telah merosot.
Isi-isi Penting:
- a)Perkembangan awal kebangkitan semangat nasionalisme adalah berlandaskan agama dan diterajui oleh golongan agama. Golongan agama merasa tercabar dengan kemasukan pentadbiran British dan penyebaran agama Kristian di Myanmar. Pertubuhan agama terawal ialah Persatuan Sasanadara yang ditubuhkan pada tahun 1897 di Mandalay oleh U Shway Thwin. Persatuan ini bertujuan memajukan kehidupan sosial orang Myanmar dengan menganjurkan sekolah-sekolah agama Buddha. Pada tahun 1904 pelajar dari Maktab Rangoon menubuhkan Persatuan Agama Maktab Rangoon bagi membincangkan hal-hal berkaitan dengan agama.
- b)Penglibatan golongan agama ini boleh didasarkan atas dua sebab. Pertama, peranan ketua hierarki agama, Thatnabaing dalam urusan agama diketepikan oleh pihak British. Hal ini menyebabkan golongan agama terutama para pongyi tidak berpuas hati dan bertindak atas pertimbangan sendiri. Semangat perjuangan para pongyi (sami-sami Buddha) dilihat dengan jelas antara tahun 1916 hingga tahun 1935, Oleh itu, golongan pongyi merasa terpanggil untuk menegakkan semula pengaruh mereka dan agama Buddha dalam masyarakat Myanmar. Kedua, menjelang tahun 1900, penyerapan nilai dan teknologi Barat secara beransur-ansur merosakan pengaruh agama Buddha dalam masyarakat Myanmar. Sekitar tahun 1921-1929, pongyi-pongyi yang berpolitik menguasai perjuangan nasionalis apabila mereka menjalankan perjuangan mereka melalui Majlis Umum Sangha Sametggi (GCSS). Pongyi-pongyi bergiat dalam politik hasutan. Contohnya seperti taktik-taktik ketidak-kerjasamaan Gandhi, pemboikotan pembayaran cukai, tentangan terhadap pengajaran-pengajaran Kristian kepada kanak-kanak yang beragama Buddha serta keganasan dan taktik-taktik ugutan U Ottama mengulami pergerakan nasionalis dengan cara hidup orang-orang beragama Buddha. Tindakan ini telah menukarkan pergerakan nasionalis menjadi satu pergerakan menjadi satu pergerakan yang disukai ramai.
- c)Penyerapan nilai dan teknologi Barat dalam masyarakat Myanmar amat dibimbangi oleh golongan agama kerana khuatir Buddha akan terjejas. Meraka berusaha memulihkan kepercayaan terhadap agama melalui beberapa pembaharuan termasuk galakan yang dapat membangkitkan semangat nasionalisme. Antara usaha pembaharuan agama dan penyemarakan sentimen nasionalisme dilaksanakan melalui pembentukan persatuan yang berasaskan agama sebagai matlamat perjuangan. Salah satu pertubuhan agama yang aktif dalam penyebaran sentimen nasionalisme ini ialah Persatuan Pemuda-pemuda Buddha (Buddha Bhata Kalyana Yuma Athin) atau lebih dikenali sebagai Young Men Buddhist Association (YMBA) yang ditubuhkan pada tahun 1906.
- d)YMBA diasaskan oleh sekumpulan peguam muda dari Universiti Rangoon (Yangoon) antaranya seperti U Ba Pe, U Ba Dun dan U Saw. Pada peringkat awal, kegiatan YMBA ialah tertumpu kepada soal agama, selain daripada aspek pelajaran, pembaharuan sosial, peningkatan kesusasteraan dan kebudayaan. Unsur agama jelas dilihat dalam perjuangan mereka menerusi slogan yang digunakan, “Buddha Penyelamat Kita dan Raja”, untuk memperjuangakan agama, sosial, politik dan ekonomi mereka. YMBA mula aktif pada tahun 1917, apabila pucuk pimpinan pertubuhan itu jatuh ke tangan pemimpin nasionalis yang lebih berfahaman radikal seperti U Thein Maung, U Chit Hliang dan U Ba Pe, berbeza dengan pimpinan sebelum ini yang bersifat sederhana. Kewujudan pemimpin yang berfahaman radikal menyebabkan mereka kembali membangkitkan isu kasut yang kuat. YMBA merasakan British tidak mahu melayan tuntutan mereka agar menghormati agama masyarakat pribumi. Hali ini jelas diperlihatkan oleh para pelawat British yang mencemar dan melanggar peraturan kuil dengan tidak mahu membuka kasut mereka apabila memasuki kuil. Ini dianggap sebagai satu penghinaan ke atas kesucian rumah ibadat masyarakat Myanmar. “Masalah kasut” menjadi satu agenda utama dalam persidangan YMBA yang diadakan pada tahun 1917, namun tuntutan tidak dilayan kerana British memandang ringan hal tersebut.
- e)YMBA sedar bahawa tuntutan mereka akan menjadi lebih berkesan, jika ia mendapat suara ramai dan bersifat kebangsaan. Oleh itu, YMBA berusaha meluaskan kegiatan mereka bukan sahaja di bandar malahan di luar bandar. Hasilnya, pada tahun 1920, terdapat kira-kira 6000 buah persatuan di peringkat kampung yang memberi sokongan kepada YMBA. Salah satu isu yang dipropagandakan oleh YMBA untuk mendapat sokongan rakyat ialah melalui sentimen agama berhubung dengan “masalah kasut”. Perkembangan pesat YMBA memberi kesan kekuatan kepada persatuan ini sebagai badan pergerakan nasional, hingga menyebabkan beberapa tuntutan awal dan utama YMBA yang terpaksa dilayan oleh kerajaan ialah “masalah kasut”. Kerajaan telah mengambil tindakan mengenakan undang-undang dan bertolak ansur dengan golongan agama. Kerajaan telah mengisytiharkan larangan memakai kasut di dalam kuil.
- f)Pemberontakan Tharawaddy atau dikenali juga sebagai Pemberontakan Saya San kerana ia dipimpin oleh Saya San yang merupakan seorang bekas sami Buddha tetapi berfikiran politik. Saya San dilahirkan di Shwebo adalah bekas sami, ahli jawatankuasa kerja Unit So Thein, cabang GCBA dan bomoh. Gerakan Saya San dikaitkan dengan pemulihan kembali keseluruhan alat-alat diraja dan agama Buddha dan animisme. Gerakan awal Saya San adalah rancangan membunuh Pesuruhjaya British Bahagian Pegu. kira-kira 1500 orang datang berkumpul dan jumlah ini bertambah sekali ganda kemudiannya. Walau bagaimanapun, pemberontakan ini akhirnya dapat dipatahkan. Saya San telah ditangkap dan dijatuhkan hukuman bunuh pada tahun 1931. Namun demikian, pemberontakan ini telah menyemarakkan lagi semangat kebangsaan dalam kalangan rakyat Myanmar. Buktinya, pada 4 Januari 1931, seorang pongyi yang datang dari markas Saya San melancarkan kebangkitan di Yamethin, Myanmar Tengah akibat pemilikan tanah oleh golongan ceti secara melampau.
Kesimpulan
- Jelaslah kebangkitan-kebangkitan agama ini telah menjadi perangsang kepada perkembangan semangat kebangsaan kemudiannya. Selepas tahun 1935, golongan Pongyi diganti oleh golongan Thakin yang telah mengambilalih pimpinan gerakan kebangsaan Myanmar.
Soalan 135: Bincangkan peranan golongan intelektual dalam gerakan nasionalisme di Indonesia
Pendahuluan
- Sehingga tahun 1912, golongan intelektual Indonesia lebih memainkan peranan berjuang untuk memajukan masyarakat peribumi dalam aspek social, kebudayaan, agama, dan ekonomi.Perjuangan mereka bersifat sederhana. Antara golongan intelektual yang memainkan peranan pada tahap awal gerakan nasionalisme Indonesia ialah Raden Adjeng Kartini, Dr. Wahidin Sudiro Husodo, Omar Said Tjokroaminoto, Haji Ahmad Dahlan, dan Kiyai Hashim Ashari. Soekarno memainkan peranan utama dalam gerakan nasionalisme radikal selain golongan intelekual seperti R.M Sartono, Muhammad Tabrani, Drs. Mohammad Hatta,dan Sutan Syahrir.
Isi-isi penting
Raden Adjeng Kartini
- Mendapat pendidikan Barat. Menubuhkan sebuah sekolah di japara untuk anak perempuan pegawai Indonesia. Menyedari pentingnya pendidikan moden demi kemajuan Negara.Berpendapat bahawa Indonesia mestu standing dengan orang Eropah dalam pendidikan.
- Meningal dunia ketika berumur 25 tahun. Kematiannya tidak membantutkan gerakan ke arah memerjuangkan hak-hak wanitauntuk mendapatkan pendidikan.
Dr. Wahidin Sudiro Husodo
- Menubuhkan Budi Utomo pada tahun 1908.Tujuannya adalah untuk mencapai kemajuan kebudayaan dan pendidikan orang jawa.
- Beliau dibantu oleh dua orang penuntut sekolah perubatan di Betawi, iaitu Raden Soetomo dan Raden Goenawan Mangoenkoesoemo.pertubuhan ini lebih bersifat Jawa-centric.
Omar Said Tjokroaminoto
- Menubuhkan Sarekat islam pada tahun 1912. Sarekat islam berasal dari Sarekat Dagang islam yang bertujuan melindungi pedagang Batik Jawa daripada persaingan pedagang cina yang menguasai ekonomi Indonesia dan memajukan kepentingan islam serta kedudukan sosioekonomi penduduk Indonesia.
- Sarekat islam menggunakan islam sebagai lambang penyatuan dan persaudaraan dalam usaha menentang kaum asing dan pengaruh mereka di Indonesia.
Kiyai Haji Ahmad Dahlan
- Menubuhkan Muhammadiyah yang dipengaruhi oleh gerakan reformis islam. Muhammadiyah menekankanpentingnya menyebarkanajaran islam yang sejati berdasarka al- quran sebagai pengangan hidupuntuk menentang ancaman sekularisme dan perkembangan agama kristian.
- Muhammadiyah juga aktif dalam penubuhan sekolah , klinik, masjid dan perpustakaan. Muhammadiyah tidak berunsurkan politik.
Soekarno
- Memimpin Parti Nasional Indonesia ( PNI ) Pada tahun 1927. Berpendapat bahawa penyatuan dan perpaduan rakyat Indonesia adalah perlu untuk mencapai kemerdekaan mutlak. Mengamalkan dasar tidak bekerjasama dengan belanda dalam perjuangannya.Melibatkan diri dan mempopularkan Partindo.
- Mengemukakan lima prinsip rakyat, iaitu, Pancasila yang digunakan sebagai garis panduan kea rah penubuhan sebuah republic Indonesia yang berdaulat . Mengumumkan kemerdekaan Indonesia pada tahun 17 Ogos 1945. Akhirnya , PBB Bersatu memaksa kerajaan belanda memberikan kemerdekaan kepada Indonesia pada tahun 1949.
Penutup
- Indonesia Berjaya mencapai kemerdekaannya selepas setu siri pemberontakan dan peperangan belanda yang enggan melepaskan Indonesia setelah kembali semula ke Indonesia selepas tamatnya Peran dunia kedua.
- Selain itu, Kerajaan belanda hanya menyerahkan kedaulatan kepada Indonesia pada 27 Disember 1949 setelah pihak belanda dan Indonesia berusaha menyelesaikan masalah mereka di Indonesia.
Soalan 136: Bincangkan peranan golongan Thakin (intelektual) dalam gerakan nasionalime di Myanmar sebelum berlakunya Perang Dunia Kedua
Pengenalan
- Penglibatan golongan pelajar dalam gerakan nasionalisme di Burma sebelum perang dunia kedua dapat dikesan melalui penubuhan Persatuan Belia Buddha pada tahun 1906, Persatuan Dobama pada tahun 1930, dan Liga Pemuda Burma pada tahun 1931.
- Pada tahun 1935, Persatuan Dobama dan Liga Pemuda Burma telah bergabung membentuk pertubuhan Dobama Asiayone dan anggota-anggotanya menggelar diri mereka dengan gelaran Thakin yang bermaksud Tuan.
- Matlamat perjuangan mereka ialah mendapatkan kemerdekaan Burma daripada pihak British.
Isi-isi penting
- Melancarkan Pemogokan
- Pada tahun 1935, pemimpin-pemimpin golongan Thakin iaitu Aung San, Thein Pei, Rashid, Thi Ham, Kyaw Nyien dan Ko-Ohn telah menguasai jawatan kuasa kerja Persatuan Pelajar Universiti Ranggoon. Pada bulan Februari 1936, pelajar-pelajar Universiti Ranggoon yang dipengaruhi oleh golongan Thakin telah melancarkan satu pemogokan bagi membantah tindakan disiplin yang dikenakan ke atas Thakin UNU(Presiden Persatuan Pelajar Universiti Ranggoon) dan Aung San, Setiausaha Persatuan Pelajar Universiti Ranggoon. Tindakan disiplin ke atas UNU dikenakan kerana beliau telah membuat ucapan yang mengkritik pentadbiran Universiti dan ke atas Aung San kerana beliau membuat tuduhan yang memburukkan nama seorang pensyarah.
- Pemogokan ini merebak ke sekolah-sekolah menengah di sekitar Ranggoon. Pemimpin-pemimpin Thakin dan pelajar-pelajar mengambil peluang ini untuk menuntut pindaan kepada Akta Universiti 1920. Pemogokan ini membolehkan pemimpin-pemimpin Thakin muncul sebagai pembela nasionalisme Burma. Kepopularan mereka semakin bertambah dalam kalangan rakyat Burma apabila beberapa pindaan telah dibuat ke atas Akta Universiti pada tahun 1939 seperti yang diminta oleh golongan Thakin.
- Penglibatan dalam Pilihanraya
- Golongan Thakin telah melibatkan diri dalam politik untuk memperjuangkan ekonomi dan melakukan usaha-usaha gerakan Kebangsaan utuk mencapai kemerdekaan.
- Justeru, pada tahun 1936 golongan Thakin telah mengambil bahagian dalam pilihan raya yang pertama di Burma melalui parti politik mereka sendiri iaitu Komin-Kochin. Parti Komin-Kochin memenangi 3 kerusi sahaja.
- Menubuhkan Persatuan-Persatuan
- Di bawah pengaruh idea Marxist, golongan Thakin telah menubuhkan perstuan-persatuan untuk mendapatkan sokongan golongan petani dan pekerja. 1938, Thakin Mya telah menubuhkan Persatuan Kaum Petani Se Burma dan Liga Penanaman Padi Se Burma. Golongan Thakin telah mencadangkan beberapa pembaharuan cukai bagi membantu petani.
- 1940, Thakin Ba Swe telah menubuhkan Kongres Buruh Seluruh Burma bagi menyelaraskan kegiatan pertubuhan Buruh di seluruh Burma bagi menentang British. 1938-1940, golongan Thakin telah menganjurkan pemogokan dalam kalangan pekerja-pekerja Syarikat Minyak Burma. Golongan Thakin menjadi semakin popular dalam kalangan golongan pekerja dan petani.
- Menubuhkan Blok Kebebasan
- 1939, ketika meletusnya Perang Dunia Kedua di Eropah, golongan Thakin telah bertindak menubuhkan Blok Kebebasan bersama-sama Dr. Ba Maw. Tujuannya untuk menuntut beberapa konsesi daripada pihak kerajaan bagi penyertaan Burma dalam Perang Dunia Kedua. Tuntutan mereka mendapat sokongan golongan rakyat melalui golongan Pongyi (sami-sami Buddha).
- Sementara U Pu, Perdana Menteri Burma memberi jaminan kepada British bahawa Burma akan bantu British dalam Perang Dunia Kedua tanpa syarat. Golongan Thakin telah bertindak melancarkan kempen anti-perang dengan menyeru rakyat Burma memulau rancangan perang kerajaan Burma. Kerajaan Burma telah bertindak menangkap pemimpin Thakin dan Dr. Ba Maw. Sementara Thakin Aung San bersama Thakin lain telah melarikan diri ke China. Sementara Blok Kebebasan diharamkan.
- Mengadakan Pakatan Dengan Jepun
- 1941, Thakin Aung San telah membuat pakatan dengan Jepun dan bersetuju membantu Jepun menawan Burma dari British. Jepun pula berjanji akan memberi kemerdekaan kepada Burma.
- Ramai Thakin telah menjalani latihan ketenteraan di Jepun dan menubuhkan Tentera Kemerdekaan Burma pada tahun 1941.
- Membantu Serangan Jepun ke atas Burma dan Kemerdekaan Burma 1943.
- Jepun telah melancarkan serangan ke atas Burma pada bulan Disember 1941 dengan bantuan golongan Thakin melalui Tentera Kemerdekaan Burma. Jepun telah Berjaya menawan seluruh Burma menjelang bulan Mei 1942.
- Pengaruh golongan Thakin semakin meningkat dan mereka menganggap sebagai pembela nasionalisme Burma. Atas usaha-usaha golongan Thakin, Jepun telah memberi kemerdekaan kepada Burma pada 1 Ogos 1943. Sebuah kerajaan baharu ditubuhkan dengan Dr. Ba Maw sebagai Perdana Menteri. Kerajaan baharu ini dipengaruhi oleh golongan Thakin yang memegang banyak jawatan dalam kabinet.
- Menubuhkan Liga Pembebasan Rakyat Anti-Fasist (LPRAF)
- Jepun tidak memberi kemerdekaan dalam erti kata yang sebenarnya kepada Burma. Kuasa sebenar masih dipegang oleh pihak Jepun. Justeru, pada tahun 1944 golongan Thakin dengan pertubuhan nasionalis yang lain di Burma telah menubuhkan Liga Pembebasan Rakyat Ani-Fasist bagi menentang Jepun.
- LPRAF seterusnya menyebelahi British British pada bulan Mac 1945 dengan mengisytiharkan penentangan terhadap Jepun secara terbuka. Pada bulan Ogos 1945, Jepun menyerah kalah secara rasmi. LPRAF yang dikuasai oleh golongan Thakin telah muncul sebagai pertubuhan nasionalis Burma yang utama.
- Kemerdekaan Burma 1948
- Januari 1947, Thakin Aung San mengetuai delegasi Burma ke London bagi membincangkan kemerdekaan Burma. April 1947, Kerajaan British bersetuju untuk mengadakan pilihan raya Dewan Perhimpunan. British bersetuju untuk memberi kemerdekaan dalam masa setahun.
- Dalam pilihan raya Dewan Perhimpunan, LPRAF telah memenangi 171 kerusi daripada 182 kerusi yang dipertandingkan. Dewan Perhimpunan telah menggubal satu perlembagaan baru bagi Burma selepas mereka. Pada 4 Januari 1948, Burma telah diisytiharkan kemerdekaan dengan Thakin U Nu sebagai Perdana Menteri.
Kesimpulan
- Penglibatan golongan Thakin dalam gerakan nasionalisme Burma adalah sangat penting. Atas usaha merekalah masyarakat Burma telah berjaya disatukan.
Soalan 137: Bincangkan peranan pengaruh luar dalam gerakan nasionalisme di Indonesia.
Pendahuluan
- Awal abad ke-20 merupakan zaman gerakan nasionalisme di Indonesia. Gerakan nasionalisme merupakan tindak balas masyarakat menentang susunan politik , social dan ekonomi yang dibina di Negara mereka kesan daripada penjajahan barat.
- Nasionalisme boleh ditakrifkan sebagai perasaan cinta akan tanah air dalam usaha untuk membentuk sesebuah Negara bangsa. Kemunculan nasionalisme di Indonesia pada abad ke -20 di sebabkan oleh factor-faktor seperti pengaruh agama , peranan pendidikan , golongan intelektual dan sebagainya.
Isi-isi Penting:
- Reformis islam di Timur Tengah
- Gerakan Reformis islam di mesir meningkatkan kesedaran dalam kalangan umat islam di Indonesia untuk membela nasib bangsanya. Tokoh – tokoh yang berpengaruh ialah Syed Jamaludin Al – Afghani dan Syeikh Muhamad Aduh. Gerakan ini memperjuangkan konsep pan – islamisme ( penyatuan dunia islam bagi menentang peluasan kuasa barat) dan membebaskan agama islam daripada kepercayaan kuno yang tiada kaitan dengan ajaran islam.
- Pembaharuan dalam agama islam haruslah dibuat demi memajukan umat islam sedunia. Gerakan ini tidak menolak sepenuhnya pengaruh barat. Apa yang penting bagi umat islam ialah kebebasan berfikir dan kesedaran bahawa agama islam dalam bentuk yang suci dan mulia menjadi alat kemajuan. Tulisan Syeikh muhamad Abduh disebarkan dalam majalah al-manar. Gerakan Reformis islam mempengaruhi penubuhan Sarekat islam dan Muhammadiyah dalam perjuanganya untuk menengakkan kekuatan umat islam daripada ancaman pengaruh asing dan agama Kristian.
- Dasar perjuangan Mahatma Gandhi di India.
- Gerakan menentang kerajaan colonial british di india mempengaruhi perjuangan para nasionalis di Indonesia.
- Kepimpinan Budi Utomo yang dibantu oleh golongan bangsawan jawa diilhamkan oleh perjuangan Mahatma Gandhi.
Kesimpulan
- Pengaruh luar banyak membangkitkan semangat nasionalisme dalam diri rakyat Indonesia untuk bangkit menentang penjajahan yang dilakukan oleh kuasa-kuasa barat.
- Pengaruh luar seperti Reformis Islam di Timur Tengah dan dasar perjuangan Mahatma Gandhi sedikit sebanyak membuka mata dan minda rakya Indonesia untuk bersatu menentang dan menangkis segala bentuk penjajahan yang dilakukan oleh kuasa-kuasa asing.
Soalan 138: Bincangkan peranan pengaruh luar dalam gerakan nasionalisme di Myanmar.
Pendahuluan.
- Awal abad ke-20 merupakan zaman gerakan nasionalisme di Myanmar.Gerakan nasionalisme ini merupakan tindak balas masyarakat menentang penjajahan barat. Nasionalisme boleh ditakrifkan sebagai perasaan cinta akan tanah air dalam usaha membentuk sebuah negara bangsa.
- Gerakan nasionalisme secara umumnya bertujuan menegakkan kebebasan individu atau Negara daripada kongkongan dan penindasan barat. Golongan nasionalis di Myanmar memerhatikan golongan nasionalis di india untuk di jadikan inspirasi mereka.
Isi-isi penting
- Gerakan kongres india
- Gerakan kongres india menentang pemerintahan british yang di pimpin oleh Mahatma Gandhi memberikan inspirasi kepada gerakan nasinalisme di Myanmar. Gerakan rakyat yang bersifat penentangan awam (satyragha) dan penentangan pasif tanpa kekerasaan menimbulkan perasaan kagum dalam kalangan kaum nasionalis Myanmar.
- Sehingga tahun1937 ,Myanmar pernah disatukan dengan india .segala aktiviti nasionalis di india di perhatikan oleh Myanmar. Pembaharuan Montagu-Chelmsford diluluskan untuk memberi taraf berkerajaan sendiri kepada india .Akan tetapi ,pembaharuan ini tidak di lakukan oleh Myanmar dengan alasan Myanmar belum bersedia kea rah berkerajaan sendiri.
- Rasa tidak puas hati dan penentangan dimulakan oleh YMBA, para pelajar,dan persatuan politik sangha sametggi.British tiada pilihan selain memperkenalkan sisitem diarkidi myanmar .akta kerajaan Myanmar diluluskan oleh parlimen british pada tahun 1921.
- Perang dunia pertama (1914-1918)
- Perang dunia pertama telah menyedarkan orang Myanmar bahawa ekonomi Myanmar banyak bergantung kepada ekonomi dunia. Mereka tertarik dengan kata-kata presiden amerika ,Woodrow Wilson tentang hak-hak semua Negara di dunia untuk menentukan nasib Negara sendiri.
- Rakyat Myanmar mendapati bahawa penjajah british tidak mematuhi Empat belas perkara yang dilaungkan oleh Presiden Woodrow Wilson . Apa yang berlaku di Myanmar ialah pemerasan,penindasan dan kesengsaraan Negara bukannya idea demokrasi,liberalisme,atau hak-hak memerintah Negara sendiri.
- Revolusi Rusia 1917
- Revolusi rusia atau revolusi Bolshevik 1917 berjaya menggulingkan pemerintahan raja berkuasa mutlak di rusia. Revolusi ini menyebar idea komunisme yang mendukung prinsip persamaan dan menentang kapitalisme dan imperialisme.
- Nasionalis-nasionalis Myanmar tertarik dengan idea-idea menentang penjajah british dan menuntut prinsip persamaan dalam peluang pentadbiraan ,pendidikan ,dan pekerjaan.
Penutup.
- Apa-apa yang berkaitan
Baca juga Pembentukan Negara Bangsa STPM Semester 2
Sumber nota Sejarah blog STPM