Cara Menternak Ikan Talapia di Kolam
PANDUAN MENTERNAK IKAN TILAPIA DALAM KOLAM
PENGENALAN
Nama Tempatan : | Tilapia Hitam / Tilapia Merah |
Nama Inggeris : | Black Tilapia/ Nile Bream |
Nama Saintifik : | Oreochromis niloticus |
Kadar tumbesaran: | Boleh mencapai 500gm dalam 6 – 8 bulan |
Harga pasaran : | 450 gm ke atas = RM8.00 – RM12.00 / kg
Benih ikan = RM 0.20 – RM 1.00 / ekor |
-
Mempunyai pasaran
-
Tumbesaran yang cepat
-
Rupabentuk luaran yang menarik untuk pasaran
-
Tulang yang sedikit
-
Daging yang enak dan sesuai untuk pasaran
-
Tahan kepada perubahan persekitaran
-
Tempoh ternakan yang singkat
-
Teknologi untuk pengeluaran komersil yang sedia ada
-
Boleh diproses kepada pelbagai bentuk produk
KRITERIA PEMILIHAN TAPAK KOLAM
-
Bekalan air sesuai : sungai, mata air, taliair dan air bukit.
-
Jenis tanah yang boleh menakung air : tanah liat.
-
Bentuk mukabumi yang landai tetapi seboleh-bolehnya pilih tapak yang air mengalir bergerak mengikut graviti bumi untuk menjimatkan kos elektrik.
-
Ada kemudahan infrastruktur seperti kemudahan asas (jalanraya, elektrik dll), senang mendapatkan buruh, selamat daripada bencana alam seperti banjir atau kemarau.
-
Senang untuk memasarkan ikan.
PEMBINAAN KOLAM
-
Buat perancangan sebelum membina kolam seperti rangkabentuk kolam, susunan kolam, kedudukan bangunan, parit dll.
-
Bersihkan kawasan di mana kolam akan dibina.
-
Korek kolam – menggunakan jentera berat atau cangkul bagi kolam yang kecil.
-
Kedalaman kolam yang sesuai = lebih kurang 4 – 5 kaki.
-
Komponen utama kolam yang perlu ada/ dibina :
-
Batas atau ban – pastikan tidak mudah runtuh (tebing mesti bersudut 45 darjah).
-
Saluran untuk sumber air masuk ke dalam kolam dan juga untuk membuang air.
-
|
Gambar 3 : Parit untuk saluran sumber air masuk |
Gambar 4 : Saluran air keluar melalui ‘monk |
Contoh Keratan lintang sebuah kolam ternakan ikan
PERSEDIAAN KOLAM SEBELUM PELEPASAN BENIH IKAN
-
Keringkan air asal kolam untuk menggelakkan kematian ikan daripada jangkitan penyakit.
-
Buang lumpur pada dasar kolam kerana ia akan menurunkan kualiti air. Selain itu, buang semua tumbuhan air yang tidak memberi manfaat kepada ikan.
-
Taburkan kapur pada dasar, tebing dan batas kolam. Biarkan sekurang-kurangnya 2 minggu di bawah sinaran matahari. Kebaikan pengapuran adalah:
-
Meningkatkan pH air
-
Mengeraskan dasar kolam
-
Menghapuskan parasit (penyakit), musuh ikan dan tumbuhan yang tidak dikehendaki.
-
Mempercepatkan proses pereputan bahan organan serta meninggikan kesuburan kolam.
-
Mencepatkan proses mendakan bahan organan yang berlebihan di dalam air.
Berikut adalah jenis-jenis dan kadar penggunaan kapur yang disyorkan : -
pH
|
Bawah 4
|
4 – 4.5
|
4.5 – 4.0
|
5.0 – 5.5
|
5.5 – 6
|
6 – 6.5
|
Kg/ha
|
||||||
Kapur Batu Putih – Limestone, CaMg (CO) |
3805
|
3044
|
2283
|
1902
|
1012
|
888
|
Kapur Abu Panas, CaO2 (Quicklime/ Burnt Lime) |
2917
|
2283
|
1776
|
1395
|
761
|
634
|
Kapur Abu Sejuk, Ca (OH)2 (Hydrated/ Slake Lime) |
1903
|
1522
|
1142
|
1015
|
507
|
507
|
Gambar 7: Kolam yang telah dikapur dan dibiarkan kering sehingga dasar merekah/pecah
|
-
Setelah sekurang-kurangnya 1/3 kolam dipenuhi air, baja ikan ditabur untuk menyuburkan kolam dari segi kandungan plankton (makanan semulajadi ikan). Kadar penaburan baja air mengikut jenis adalah seperti berikut :
Jenis Baja |
Kadar yang disyorkan |
Baja Fosfat | |
|
400 kg/ ha/ setahun
|
|
340 kg/ ha/ setahun
|
Baja Nitrogen | |
|
80 kg/ ha/ setahun
|
|
1,350 kg/ ha/ setahun
|
|
550 kg/ ha/ setahun
|
|
67 kg/ ha/ setahun
|
-
Setelah dibajai, kolam dibiarkan sekurang-kurangnya 2 minggu sehingga air kolam menjadi kehijauan.
Gambar 9: Kolam yang sama iaitu setelah air dimasukkan
|
Gambar10 : Beberapa buah kolam penternak untuk ternakan ikan tilapia
|
-
Kemudian kualiti air diuji agar menepati keperluan mengikut kesesuaian seperti berikut :
Parameter
|
Nilai Yang Sesuai |
|
Lebih dari 2.5 ppm
|
|
Kurang dari 25 ppm
|
|
6 – 8
|
|
20 – 35oC (optimum 28 – 32oC)
|
|
Kurang dari 1.0 ppm
|
PELEPASAN BENIH IKAN TILAPIA
-
Kadar pelepasan = 3,000 – 5,000 ekor/ ha.
-
Biasanya benih ikan yang hendak dimasukkan ke dalam kolam disimpan di dalam beg plastik. Beg plastik ini perlu diapungkan di atas permukaan kolam sekurang-kurangnya setengah jam. Ini bertujuan supaya benih ikan tidak mengalami tekanan akibat perubahan suhu yang mendadak. Selepas itu, benih ikan dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam air.
PEMAKANAN
-
Ikan Tilapia adalah daripada jenis “Omnivorous” ataupun Maserba (iaitu boleh memakan makananan berasaskan haiwan dan juga tumbuhan).
-
Terdapat 3 punca utama iaitu :
-
Makanan semulajadi – bentos, nekton, plankton, lumut, tumbuhan air dll
-
Makanan tambahan – dedak, hampas kacang tanah, kelapa, soya, makanan berfomulasi (pellet), bahan-bahan buangan sayuran dan sebagainya.
-
-
Cara pemberian makanan :
-
Tabur – makanan ikan ditabur ke dalam atau di tepi kolam
-
Cara Cuba-cuba – makanan diberi perlahan-lahan sehingga ia berhenti makan. Cara ini agak lambat, namun demikian pemberian makanan boleh dikawal dengan senang.
-
-
Makanan haruslah diberikan ditempat yang sama setiap masa
-
Ikan perlu diberi makan 2 kali sehari iaitu pada sebelah pagi dan petang. Kadar pemberian makanan adalah seperti berikut :
Saiz Ikan |
% Makanan yang patut diberi mengikut berat badan
|
Anak ikan kurang dari 2 inci
|
6 – 10%
|
Anak ikan antara 2 – 6 inci
|
3 – 6%
|
Ikan lebih dari 6 inci
|
2%
|
Gambar11 : Makanan ikan iaitu pellet (kiri) dan tumbuhan (kanan) |
Gambar 12 : Aktiviti menabur makanan. |
|
|
Gambar 13: Salah satu jenis makanan berfomulasi (pellet)
|
Gambar 14: Salah satu jenis makanan berfomulasi (pellet)
|
AKTIVITI HARIAN
Pemeriksaan ke atas kolam biasanya dibuat khususnya pada waktu pagi. Ini bagi mengelakkan penternak mengalami masalah-masalah diluar jangkaan. Antara aktiviti yang perlu ialah:
- Memberi makanan
- Pemeriksaan kebocoran kolam/ tambak/ batas
- Memeriksa kualiti air.
- Membersihkan penapis saluran air masuk dan keluar
- Mengawal rumpair
- Mengawal pemangsa
- Membuat catatan harian
PENUAIAN
-
Penuaian boleh dilakukan mengikut bilangan ikan yang hendak dituai iaitu samada :
-
Penuaian secara sebahagian – menggunakan jala, dengan tangan, pukat tarik.
-
Penuaian keseluruhan – dilakukan dengan mengeringkan kolam sepenuhnya.
-
-
Umumnya tidak semua ikan yang dituai dapat dijual sekaligus. Oleh itu, penternak perlu menyediakan tempat seperti kolam khas (kecil), tangki atau bekas yang mengandungi air dan dibekalkan alat pengudaraan untuk menyimpan hasil tangkapan sebelum dipasarkan.
-
Semasa penyimpanan ini, air batu boleh digunakan ke dalam tangki berkenaan dengan tujuan untuk menurunkan suhu dan mengurangkan aktiviti-aktiviti bakteria dan sebagainya.
|
Gambar 18: Aktiviti penuaian ikan menggunakan pukat
|
PENGANGKUTAN IKAN UNTUK PEMASARAN
Terdapat 2 cara utama yang boleh digunakan :
-
Bekas-Bekas / Tangki – berbagai bekas boleh digunakan seperti tong plastik, basin, bakul, kotak kayu dll. Bekas-bekas ini perlu dibekalkan pengudaraan dan suhu air dikawal.
-
Membungkus – sesuai sekiranya destinasi pasaran yang jauh. Selalunya bahan pelali dan air batu digunakan bagi memastikan ikan berada dalam keadaan yang baik.