Cara tukar nama kereta owner meninggal

Kongsikan Sekarang

Cara tukar nama kereta owner meninggal

 

tukar nama kereta owner meninggal

Proses Tukar Nama/Hakmilik Pemilik Meninggal Dunia

1. Selesaikan dahulu pembahagian harta

Kenderaan pemilik yang telah meninggal dikira sebagai harta pusaka. Disebabkan itu pembahagian harta pusaka perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum pertukaran nama/hakmilik boleh dibuat. Anda memerlukan salah satu dari dokumen berikut untuk memulakan proses pertukaran nama/hakmilik pemilik meninggal dunia:

  • Surat Perintah Mahkamah
  • Surat Geran Probet (Grant Letter of Probate)
  • Surat Akuan Amanahraya
  • Surat Pentadbir Pusaka

 

2.Ujian Puspakom

Seterusnya, anda memerlukan geran asal untuk ujian kenderaan Puspakom. Boleh masuk ke website Puspakom untuk semak Puspakom terdekat. Telefon atau dating sendiri ke Puspakom untuk buat temujanji Ujian Tukar Hakmilik (B5) terlebih dahulu. Pada hari ujian, bawa kenderaan bersama dengan geran asal. Setelah selesai ujian, anda akan dapat surat keputusan pemeriksaan Puspakom. – lulus atau gagal. Jika lulus, boleh teruskan dengan proses tukar nama. Jika gagal, dapatkan kepastian apa yang menyebabkan gagal. Mungkin anda perlu hantar kenderaan ke bengkel untuk baiki dan ulang semula ujian Puspakom.

 

3. Buat Insurans Kenderaan atas Nama Pemilik Baru

Sebelum ke JPJ untuk proses tukar nama, pastikan anda beli insurans kenderaan dahulu atas nama pemilik baru. Jangan lupa bagitahu ejen insurans kereta dalam proses tukar nama. Boleh juga ambik insurans dengan Kak Zai disini.

 

4. Proses Tukar Nama

Anda perlu lengkapkan borang berikut dan sediakan dokumen berkaitan:

  • Dua salinan borang TM3 (Borang Senarai Semak)m
  • Dua salinan borang JPJK3A (Borang Pertukaran Milikan Kenderaan)
  • Geran asal
  • Surat lulus Pemeriksaan Tukar Hakmilik (B5) PUSPAKOM
  • Salah satu dokumen berikut:
    • Surat Perintah Mahkamah
    • Surat Geran Probet (Grant Letter of Probate)
    • Surat Akuan Amanahraya
    • Surat Pentadbir Pusaka

Anda dinasihatkan hadir sendiri di JPJ untuk urusan tukar nama. Jika menggunakan wakil, perlu isi borang tambahan serta maklumat pengesahan identiti.

 

5. Buat Roadtax

Setelah dapat geran baru, boleh terus bayar roadtax di kaunter JPJ. Selesai.

 

Jika nak renew roadtax tetapi belum membuat Tukar hak milik kereta.

Pemilik Kenderaan Meninggal Kurang dari 3 Tahun

Pembaharuan roadtax bagi kenderaan yang pemiliknya meninggal dunia hanya boleh diperbaharui sekali sahaja dalam tempoh 6 bulan oleh waris. Pembaharuan hanya boleh dibuat di kaunter JPJ sahaja (Tak boleh perbaharui di pejabat pos dan MYEG)

Selepas 6 bulan tamat, pembaharuan roadtax hanya boleh dibuat atas budi bicara JPJ, maksima selama 3 tahun. Dalam tempoh 3 tahun ini, waris perlu menyelesaikan pertukaran hakmilik kenderaan. Selepas 3 tahun pemilik meniggal dunia, roadtax tidak lagi boleh diperbaharui kecuali apabila hakmilik telah bertukar.

 

Pemilik Kenderaan Meninggal Lebih dari 3 Tahun

Jika masih ada pinjaman, waris perlu menyelesaikan pinjaman kenderaan itu dahulu. Jika pinjaman sudah selesai atau tiada pinjaman, rujuk di bawah untuk Panduan Tukar Nama/Hakmilik. Selepas selesai tukar nama, boleh perbaharui insurans dan roadtax seperti biasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version