Cara Memohon Bantuan Prihatin Nasional Secara Online

Kongsikan Sekarang

Cara Memohon Bantuan Prihatin Nasional Secara Online

Cara Memohon Bantuan Prihatin Nasional Permohonan Online

Kerajaan telah mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional kepada Penerima BSH atau golongan B40 melalui pangkalan data BSH. Bagi Golongan M40 mereka akan di beri bantuan melalui LHDNM berdasarkan data pembayaran cukai bagi mereka yang belum membayar cukai pendapatan mereka harus mendaftar di www.hasil.gov.my.

Secara ringkasnya:

  1. Sekiranya anda penerima BSH sebelum ini, anda tidak perlu mohon. Hanya tunggu sahaja pengumuman untuk buat semakan secara online.
  2. Sekiranya anda bukan penerima BSH, tetapi berada dalam golongan M40 yang membayar cukai pendapatan di LHDN dan menepati kriteria kelayakan, juga tidak perlu mohon.
  3. Jika anda tidak termasuk dalan dua golongan di atas dan anda rasa diri anda perlu diberikan bantuan kerana tidak tergolong dalam golongan M40 mahupun T20, serta anda tidak pernah memohon bantuan BSH ataupun membayar cukai, sila buat permohonan  Sekarang mulai 1 April 2020 ini.

Semakan status boleh dibuat di Portal Rasmi berikut:
1) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, http://www.hasil.gov.my  ( Klik Sini Untuk Daftar)
2) Bantuan Sara Hidup (BSH), https://bsh.hasil.gov.my
3) Kementerian Kewangan Malaysia, https://www.treasury.gov.my

Sila Rujuk Gambar di bawah!

Klik Pada Bulatan Merah

BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (BPN)

Apa yang Perlu Tahu Sebelum Membuat Permohonan  Bantuan Prihatin Nasional

Apakah Bantuan Prihatin Nasional?

Bantuan Prihatin Nasional adalah salah satu bantuan yang disediakan oleh Kerajaan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang akan diberikan secara one-off kepada golongan B40 dan M40.

Pemberian Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan B40 adalah berdasarkan pangkalan data Bantuan Sara Hidup.

Manakala Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan M40 adalah berdasarkan data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Download PDF Bantuan Prihatin Nasional

Siapa yang layak terima Bantuan Prihatin Nasional?

Golongan sudah berkahwin: Pendapatan Isi Rumah RM4,000 ke bawah

  • Bantuan untuk yang sudah berkahwin
  • Pendapatan isi rumah ialah campuran pendapatan suami dan isteri
  • Keluarga ini akan menerima bantuan berjumlah RM1600.
  • Amaun sebanyak RM1000 akan diberikan pada bulan April 2020
  • Amaun sebanyak RM600 akan diberikan pada bulan Mei 2020

 

Golongan sudah berkahwin: Pendapatan Isi Rumah RM4,001 hingga RM8,000

  • Bantuan untuk yang sudah berkahwin
  • Pendapatan isi rumah ialah campuran pendapatan suami dan isteri
  • Keluarga ini akan menerima bantuan berjumlah RM1000.
  • Jumlah RM500 pada bulan April 2020
  • Jumlan RM500 pada bulan Mei 2020

 

Individu bujang berusia 21 tahun ke atas berpendapatan bawah RM2000

  • Bantuan Prihatin Nasional bujang juga diberikan
  • Khas untuk yang gaji bawah RM2000
  • Individu bujang ini akan menerima bantuan sebanyak RM800
  • Jumlah RM500 akan diberi pada bulan April 2020
  • Jumlah RM300 akan diberi pada bulan Mei 2020

 

Individu bujang berusia 21 tahun ke atas berpendapatan RM2000-RM4000

  • Bantuan Prihatin Nasional bujang juga diberikan kepada golongan ini
  • Khas untuk yang gaji dalam lingkungan RM2000 – RM4000
  • Individu bujang ini akan menerima bantuan sebanyak RM500
  • Jumlah RM250 akan diberi pada bulan April 2020
  • Jumlah RM250 akan diberi pada bulan Mei 2020

 

Bilakah tarikh pembayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 boleh dibuat?

Tarikh pembayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 akan dibuat pada bulan April dan Mei 2020.

5. Bagaimanakah kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 ini dilaksanakan?

Kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 adalah seperti berikut:

Pembayaran sekiranya: 1) Ada maklumat akaun – bayaran adalah secara kredit ke akaun; atau 2) Jika status bayaran adalah gagal kredit – bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional 3) Tiada akaun – bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN)

5  Kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional M40 adalah seperti berikut:

1) Bayaran akan dibuat melalui akaun bank yang dinyatakan di dalam BNCP terkini yang telah dikemukakan. 2) Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank ketua isi rumah. 3) Jika taksiran bersama telah dipilih semasa mengemukakan BNCP, bayaran akan dikreditkan ke akaun bank atas nama pembayar cukai yang ditaksir.

6. Bagaimana jika akaun bank yang didaftarkan adalah tidak aktif atau tutup?
Bagi Bantuan Prihatin Nasional B40: Sekiranya status pengkreditan adalah Gagal Kredit, pembayaran akan dibuat secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional.

Bagi Bantuan Prihatin Nasional M40: Pemohon boleh mengemaskini maklumat akaun bank melalui aplikasi e-Kemaskini (https://ez.hasil.gov.my/ci/ > e-Kemaskini > Profil Diri) untuk memastikan maklumat akaun bank adalah terkini dan aktif. Pastikan akaun bank adalah atas nama penerima.

7. Bila dan bagaimana semakan status penerimaan Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 boleh dibuat?

Penerima yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 boleh membuat semakan status mulai 1 April 2020. Pangkalan data BPN adalah berdasarkan: 1) Untuk B40, senarai penerima BSH yang diluluskan, dan 2) Untuk M40, senarai pembayar cukai pendapatan yang memenuhi kriteria pendapatan BPN yang ditetapkan

Semakan status boleh dibuat di Portal Rasmi berikut: 1) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, http://www.hasil.gov.my 2) Bantuan Sara Hidup (BSH), https://bsh.hasil.gov.my 3) Kementerian Kewangan Malaysia, https://www.treasury.gov.my

8. Adakah permohonan baru boleh dibuat sekiranya tidak tersenarai sebagai penerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40?

Ya. Jika memenuhi kriteria tetapi tidak tersenarai, permohonan baharu Bantuan Prihatin Nasional untuk B40 dan M40 boleh dibuat mulai 1 April 2020 secara dalam talian di Portal Rasmi berikut sahaja:

1) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, http://www.hasil.gov.my

2) Bantuan Sara Hidup (BSH), https://bsh.hasil.gov.my

3) Kementerian Kewangan Malaysia, https://www.treasury.gov.my

Cara Memohon Bantuan Prihatin Nasional klik link di atas

9. Apakah dokumen yang diperlukan semasa membuat permohonan rayuan Bantuan Prihatin Nasional?

Selain daripada mengisi borang atas talian, pemohon boleh mengemukakan bukti pendapatan.

Kesemua permohonan akan disemak berdasarkan data agensi yang telah ditetapkan.

10. Bilakah bayaran bagi mereka yang membuat permohonan Bantuan Prihatin Nasional akan dilakukan?

Sekiranya permohonan baharu Bantuan Prihatin Nasional diluluskan, bayaran akan dibuat pada bulan Mei 2020 secara sekaligus.

11. Jika pemohon Bujang berstatus Pelajar Sepenuh Masa, adakah layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40?

Tidak. Pemohon Bujang yang berstatus pelajar sepenuh masa adalah tidak layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40.

12. Adakah penerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 yang berada di pedalaman negeri Sabah dan Sarawak akan menerima bayaran pada April 2020?

Tidak. Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 bagi penerima Pedalaman di Negeri Sabah dan Sarawak akan dibuat secara sekaligus bersekali dengan bayaran Bantuan Sara Hidup 2020.

13. Bagaimanakah kaedah pembayaran Bantuan Prihatin Nasional bagi penerima pedalaman di Negeri Sabah dan Sarawak dilaksanakan?
Kaedah pembayaran akan dilaksanakan melalui pembukaan kaunter di kawasan pedalaman Negeri Sabah dan Sarawak yang akan diselaraskan oleh Perbendaharaan Malaysia Sabah dan Sarawak melalui Kementerian Kewangan Malaysia. Lokasi dan tarikh akan dimaklumkan kemudian.

https://jackler.my/

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version