Cara Membuat Nasi Ayam Chinese Style

Kongsikan Sekarang

Cara Membuat Nasi Ayam Chinese Style

 

Cuba dulu Baru Tahu.

NASI AYAM CHINESE STYLE

serving untuk 2 orang
Bahan2 :
2 pot Beras (ofkos lah kann)
1 sudu besar butter
3 batang kayu manis
3 biji bunga lawang
*1 biji bawang besar -dikisar
*2 biji bawang merah sederhana besar – dikisar
*3 ulas bawang putih -dikisar
*1/2 inch halia – dikisar
1 kiub ayam (brand maggi atau knorr)
2 ketul peha ayam (mana2 parts yang korang suka)
2 biji ubi kentang potong 4
daun sup
kicap
sos tiram
garam
bawang goreng
salad
timun
bahan yang bertanda *Bold, kisarkan sekali. kisar tu letak air sikit supaya jadi macam paste.
untuk sambal :
1/2 biji tomato
1/2 inch halia
1 biji cili merah besar
2 biji cili padi (kalau nak pedas, tak letak pun okay)
garam
air sup rebusan ayam
cara-cara :
1. Pertama sekali kena buat sup ayam dahulu. panaskan minyak.bila minyak dah panas, masukkan bahan kisar yang bertanda * Warna  gelap/blod. masukkan juga 2 batang kayu manis dan 2 bunga lawang. tumis hingga naik bau. setelah itu   letak air, ayam, kiub ayam, kentang dan sedikit garam.  pastikan  air tu letak banyak ye. sebab air ni nanti akan digunakan untuk masak nasi dan juga sambal. jadi kena pandai budjet lh untuk : nasi, sambal dan sup. bila ayam dah hampir-hampir masak, keluarkan dan toskan. ketepikan.
2. Kedua untuk nasi pula, masak nasi seperti biasa. tapi gunakan sup ayam untuk masak nasi. juga, masukkan 1 kayu manis dan 1 bunga lawang ke dalam rice cooker. tutup dan biarkan nasi masak macam biasa. bila nasi dah masak, ambil 1 sudu butter dan gaul dengan nasi tu. biarkan butter meresap pada nasi dlm rice cooker.
3. ketiga untuk ayam pula, masa bawa keluar ayam dari sup tu, letakkan ayam dalam tray. kemudian letak kicap + sos tiram (tak perlu banyak) + bawang putih dan halia yang telah  dipotong halus. gaulkan ayam dengan bahan2 tadi. saya suka lebihkan kicap supaya ayam tu nanti tak kering sangat. bila dah gaul (kalau ada masa, blh marinate dlm 10-20mins), masukkan ayam dalam oven untuk 15-20 mins dan set pada 140C.
4. in the meantime tunggu ayam masak, boleh buat sambal. kisar semua bahan2 untuk sambal sekali dengan sedikit air sup ayam tadi.
5. kalau agak2 suka kicap, boleh buat kicap+sos tiram+halia+bawang putih, digaul dan kacau rata. sama bahan macam ayam tadi.
6. potong timun, salad dan letakkan daun sup pada sup ayam tadi.
7. serve cantik2 dan boleh makannnnn 🙂
kalau ada tak faham apa2 boleh tanya di ruangan comment ye. thank you. selamat mencuba 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version