Cara Buat Telur Separuh Masak
cara masak telur ni supaya menjadi macam ni. Senang je rupanya.
Resepi telur separuh masak yang cantik masaknya
1. Panaskan air dalam periuk, paras air paling kurang pun harus 3 suku rendam telur tu
2. Bila air dah mendidih, matikan api dapur.
3. Masukkan telur dan tutup dengan penutup periuk. ( pastikan basuh telur tu dulu tau) masuk hati – hati ye. Telur mudah pecah dalam air panas.
4. Set jam berapa minit yang perlu. Kalau nak masak macam anies ni lebih kurang 7 minit, keluarkan dan terus basuh dengan air paip supaya cepat sejuk dan mudah nak dikeluarkan.
5. Siap untuk dimakan. Tadaaaa
Kiraan masa :
2-3 minit untuk yang suka putihnya cair dan kenyal sedikit
4-5 minit putih dah mula kenyal tapi kuning masih cair
6-7 minit putih n kuning mula kenyal
8-10 minit telur dah mula masak
Lebih 10 minit dah kerass
Tapi bergantung juga pada kuantiti air dan telur yang direbus pada satu masa ye.
Selamat mencuba semua