Cara Keluarkan Duit ASB Secara Online

Kongsikan Sekarang

Cara Keluarkan Duit ASB Secara Online

Cara Keluarkan Duit ASB Secara Online

 

Cara keluarkan duit ASB online 2020 (TERKINI)
Pada 20 April 2020, pemegang unit ASB dibenarkan untuk mengeluarkan duit ASB dari akaun sendiri secara online.

Namun, had maksimum pengeluaran yang dibenarkan ialah RM500 sebulan, sahaja.

Pengeluaran ASB ini boleh dilakukan dari mana-mana akaun unit amanah ASNB seperti Amanah Saham Bumiputera, Amanah Saham Nasional, Amanah Saham Wawasan 2020 dan lain-lain lagi.

Jumlah minimum untuk sekali pengeluaran ialah RM100.

Jumlah transaksi dibenarkan hanyalah sebanyak 3 kali sebulan.

Ikuti langkah seperi di bawah untuk buat pengeluaran ASB secara online:

  • Klik laman web rasmi www.myasnb.com.my
  • Ada dua pilihan bahasa, iaitu Bahasa Melayu dan English
  • Pilih BM iaitu Bahasa Melayu
  • Klik Log Masuk di bahagian kanan atas
  • Di bahagian Log Masuk Pengguna, masukkan ID Pengguna
  • Klik Teruskan
  • Akan keluar satu frasa keselamatan
  • Jika ini bukan frasa keselamatan yang anda pilih, jangan teruskan urusniaga. Klik Tidak.
  • Jika ini ialah frasa keselamatan yang anda piliah, klik Ya.
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik menu Portfolio
  • Akan terpapar No Ahli dan senarai Jenis Unit Amanah yang anda langgan
  • Di hujung sebelah kanan unit amanah, iaitu Amanah Saham Bumiputera, ada butang Transaksi
  • Klik butang Transaksi
  • Pilih Jualan Balik
  • Kini anda berada di bahagian 1, iaitu Pengisytiharan
  • Sila baca, fahami dan mengakui penafian pelaburan berikut dan kriteria minimum sebelum meneruskan transaksi.
  • Tick di bahagian Saya telah membaca, memahami dan bersetuju dengan kenyataan Terma & Syarat, Penafian
  • Pelaburan, Kriteria Minimum untuk Urus Niaga, termasuk semua notis dalam semua perkara di atas.
  • Kini anda berada di bahagian 2, iaitu Jualan Balik
  • Maklumat ini akan terpapar secara automatik:
  • Sila masukkan amaun duit ASB yang ingin dikeluarkan
  • Tick di bahagian Saya mengesahkan maklumat diatas yang diberikan adalah tepat
  • Akan keluar satu popup yang menatakan Jualan balik anda akan dikreditkan ke dalam akaun bank anda yang
  • didaftarkan dengan ASNB dalam tempoh satu (1) hari bekerja.
  • Jika bersetuju, klik Teruskan
  • Kini anda berada di bahagian 3, iaitu Pengesahan
  • Klik Permintaan TAC
  • Masukkan nombor TAC yang diterima dalam bentuk SMS pada nombor telefon yang didaftarkan
  • Klik Seterusnya
  • Transaksi untuk keluarkan duit ASB secara online kini sudah berjaya
  • Sila semak akaun bank anda untuk mengesahkan duit ASB sudah masuk
  • Maklumat Tambahan:
  • Anda sebagai pemegang untui boleh keluarkan duit ASB secara percuma
  • Semua unit amanah boleh dikeluarkan, kecuiali ASN Equity 5 dan ASN Sara 2

Image may contain: 1 person, textNo photo description available.Image may contain: textImage may contain: textImage may contain: possible text that says 'Pengisytiharan Jualan Balik Pengesahan Sila baca, fahami dan mengakui penafian pelaburan berikut dan kriteria minimum sebelum meneruskan transaksi. Ada 3 Step Je Nak Keluarkan Duit Dari ASB Ni. Jom Teruskan Penafian Pelaburan Investors are advised read and understand the contents of the relevant Master Prospectus/Prospectus(es) and Supplementary Prospectus(es) (if any) before investing any ASNB's trust funds. The printed Master Prospectus/Prospectus(es) and Fund's Product Highlights Sheet are available at offices and agents'No photo description available.Image may contain: possible text that says 'Pengisytiharan Jualan Balik Pengesahan NUR ALIAH MOHD CHETTAKI Sila masukkan jumlah bagi Jualan Balik. Mohon maklum bahawa unit yang ditebus adalah berdasarkan kepada Nilai Aset Bersih (NAV) untuk tabung berkenaan. Jualan Balik adalah berdasarkan jumlah Jualan Balik yang dinyatakan dalam Portal myASNB. Langkah 2 Jualan Balik Nama Bank Bank Sekarang Kita Dah Di Step 2. Just Double Check Segala Info Bank Kita Pula. Maybank Islamic Berhad No. Akaun Bank'No photo description available.Image may contain: possible text that says 'ASNB tidak akan bertanggungjawab terhadap pembayaran yang gagal atau salah sekiranya maklumat akaun bank anda tidak tepat atau tidak sah. Jumlah jualan balik anda akan dikreditkan ke dalam akaun bank anda yang didaftarkan dengan ASNB dalam tempoh satu (1) hari Jika pengkreditan pembayaran tidak berjaya, cek akan dihantar alamat yang didaftarkan dengan ASNB. Sila pastikan anda masukkan jumlah yang betul Saya mengesahkan maklumat diatas yang tepat adalah NOR 7. Klik Tanda & Klik Seterusnya SETERUSNYA'No photo description available.No photo description available.Image may contain: possible text that says 'Langkah 3| Pengesahan Telefon Bimbit XXXXXXX4310 PERMINTAAN TaC NOTIS PENTING: Sebelum membuat permohonan SMS-TAC sila pastikan tiada sekatan dibuat ke atas no 62000 di telefon bimbit atau oleh oleh oembekal rangkaian telekomunikasi telefon bimbit anda. Tac .··.· Gunakan Secure Tac untuk pengesahan lebih mudah dan cepat. Daftar di aplikasi myASNB. Untuk transaksi lebih selamat, ketahui lebih lanjut OME 10. Klik Seterusnya Cancel SETERUSNYA'No photo description available.

ASNB Perkenal Pengeluaran Dalam Talian

KUALA LUMPUR, 20 April 2020: Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat
pengurusan unit amanah Permodalan Nasional Berhad (PNB), mengumumkan kemudahan
pengeluaran pelaburan secara dalam talian untuk tabung-tabung unit amanah terpilih di
bawah pengurusannya menerusi portal myASNB bermula hari ini. Kemudahan ini bertujuan memberi lebih fleksibiliti kepada para pelabur dalam pengurusan
pelaburan masing-masing dan pada masa yang sama, dapat memastikan mereka kekal
fokus terhadap objektif pelaburan, khususnya bagi mengimbangi keperluan kewangan
semasa dan jangka panjang.
Ini selaras dengan komitmen ASNB untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada
para pelabur, terutamanya dalam memastikan keperluan kewangan pelabur dapat dipenuhi
pada setiap masa. Menerusi kemudahan pengeluaran ini, pemegang unit boleh mengeluarkan wang pelaburan
dari mana-mana akaun unit amanah ASNB kecuali ASN Sara 2 dan ASN Equity 5. Jumlah
tersebut seterusnya akan dipindahkan ke akaun bank pelabur yang didaftarkan di myASNB
pada hari bekerja yang berikutnya. Waktu pengeluaran dibenarkan adalah mengikut waktu operasi sedia ada portal myASNB
iaitu:  Unit Amanah Harga Tetap
7:00 pagi – 6:00 petang waktu tempatan, Isnin hingga Ahad kecuali cuti umum
 Unit Amanah Harga Berubah
7:00 pagi – 4:00 petang waktu tempatan, Isnin hingga Ahad kecuali cuti umum
2/2
Pemegang unit dibenarkan membuat pengeluaran dengan jumlah minimum sebanyak
RM100 bagi setiap transaksi. Walau bagaimanapun, kemudahan pengeluaran menerusi
myASNB ini dihadkan kepada tiga kali transaksi setiap bulan dengan jumlah maksimum
terkumpul sebanyak RM500 dari mana-mana akaun unit amanah ASNB pelabur. Kemudahan pengeluaran dalam talian ini juga akan ditawarkan menerusi aplikasi mudah
alih myASNB bermula 27 April 2020. Untuk maklumat lanjut, para pemegang unit boleh merujuk kepada soalan-soalan lazim di
www.asnb.com.my atau menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan ASNB di talian 03 –
7730 8899.

 

 

 

Soalan Umum Cara Keluarkan Duit ASB Secara Online

Mengenai Kemudahan Pengeluaran dalam Talian @ myASNB

  • Kemudahan pengeluaran secara dalam talian @ myASNB ini membolehkan pemegang unit mengeluarkan wang pelaburan dari mana-mana unit amanah ASNB menerusi portal dan aplikasi myASNB.
  • Wang akan dipindahkan dari akaun unit amanah ASNB ke akaun bank pemegang unit.
  • Had maksimum pengeluaran yang dibenarkan ialah RM500 sebulan, terkumpul dari mana-mana akaun unit amanah ASNB pemegang unit.
  • Jumlah minimum untuk sekali pengeluaran ialah RM100.
  • Jumlah transaksi dibenarkan sebanyak 3 kali sebulan.
  • Pemegang unit hanya dibenarkan mengeluarkan wang dari akaun sendiri sahaja.
Kemudahan ini boleh digunakan melalui portal myASNB pada 20 April 2020, manakala aplikasi mudah alih myASNB pada 27 April 2020.
Kemudahan ini adalah PERCUMA sahaja
Pemegang unit boleh mengeluarkan pelaburan mereka secara dalam talian dari mana-mana unit amanah ASNB kecuali ASN Equity 5 dan ASN Sara 2.
Sama seperti waktu urus niaga sedia ada myASNB seperti berikut:

  • Unit Amanah Harga Tetap: 7:00 pagi-6:00 petang, Isnin hingga Ahad*
  • Unit Amanah Harga Berubah: 7:00 pagi-4:00 petang, Isnin hingga Ahad*

(*kecuali cuti umum)
Wang anda akan dimasukkan ke akaun bank pada hari berikutnya.

Tidak boleh. Anda perlu mendaftar sebagai pengguna myASNB terlebih dahulu untuk menggunakan kemudahan ini.

Anda boleh mendaftar dengan mudah di portal myASNB di www.myASNB.com.my. Klik pautan di sini untuk cara-cara mendaftar myASNB.

Sebelum mendaftar, pemegang unit yang belum mengemaskini nombor telefon, perlu berbuat demikian terlebih dahulu di mana-mana cawangan atau ejen ASNB. Sila bawa bersama kad pengenalan anda untuk tujuan pengesahan diri.

Untuk sebarang masalah berkaitan myASNB, anda boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB di talian 03 – 7730 8899.

Kemudahan pengeluaran dalam talian ini ditawarkan selaras saranan kerajaan supaya institusi kewangan mengaplikasikan kemudahan urus niaga digital serta untuk memenuhi permintaan pemegang unit yang inginkan fleksibiliti dalam pengurusan pelaburan mereka.

Pemegang unit bagaimanapun dinasihatkan supaya menggunakan kemudahan pengeluaran ini dengan bijak dan berhemah serta hanya mengeluarkan wang sekiranya benar-benar memerlukan.

Pelaburan dalam unit amanah sebaiknya dilakukan untuk jangka masa sederhana dan panjang supaya wang yang dilaburkan boleh menikmati kuasa faedah kompaun dan terus berkembang.

Melabur dalam unit amanah sepatutnya dilakukan untuk jangka masa sederhana dan panjang supaya pelabur dapat mengembangkan modal pelaburan mereka, Namun ASNB juga memahami bahawa pelabur memerlukan sumber kewangan pada waktu memerlukan.

Sehubungan itu had pengeluaran maksimum RM500 sebulan adalah satu jumlah yang memadai sebagai sumber kewangan segera pada waktu memerlukan.

Untuk mengeluarkan wang dalam jumlah lebih besar, pemegang unit boleh berbuat demikian di Cawangan atau Ejen ASNB.

ASNB akan sentiasa berusaha memastikan keperluan kewangan pelabur dapat dipenuhi pada setiap masa terutamanya dalam keadaan yang sukar, namun pada masa yang sama kami komited untuk membantu mereka mencapai matlamat pelaburan yang diinginkan.

Sumber rujukan ASNB

Baca juga  Cara Nikah Online 2020

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *