Cara Nikah Online 2020

Kongsikan Sekarang

Cara Nikah Online 2020

Cara Nikah Online 2020

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu kita tahu tentang permohonan dan prosedur nikah online ini.

1. KELONGGARAN KEPADA PASANGAN YANG TELAH MEMPEROLEHI KEBENARAN BERKAHWIN

Majlis nikah online itu selaras dengan ketetapan terbaru JAWI pada 17 April lalu yang memberi kelonggaran kepada pasangan yang memperolehi Kebenaran Berkahwin daripada JAWI untuk melaksanakan akad nikah secara sidang video (video conference) berdasarkan garis panduan dan borang permohonan ditetapkan.

2. HENDAKLAH DILAKUKAN DALAM SATU MAJLIS

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia menegaskan bahawa para fuqaha’bersepakat mensyaratkan bahawa bagi memastikan sesuatu akadnikah itu sah, ia hendaklah dilakukan dalam satu majlis (ittihadal-majlis) supaya semuanya terlibat secara langsung semasa pelaksanaan ijab dan qabul.

3. SYARAT-SYARAT LAIN

Menurut JAWI, akad nikah menerusi sidang video telah memenuhi syarat Ittihad al-Majlis kerana ia dikelaskan sebagai Ittihad al-Majazi.

Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa adalah harus melakukan akad nikah menerusi sidang video dengan syarat- syarat seperti yang berikut:

  • Hendaklah majlisini berlangsung ditahap al-yakin bukan al-zhan.
  • Tidak ada unsur penipuan (al-gharar) dan keraguan.
  • Cukup semua rukun dan syarat-syarat sah nikah menurut hukumsyarak.
  • Digalakkan wali sendiri yang mengakad-nikahkan pasangan.
  • Terdapat halangan untuk melakukan akad nikah di tempat yangditentukan kerana berjauhan seperti berada di luar negara dan sukar bagi kedua-dua belah pihak berada dalam satu majlis yang sama disebabkan sakit, banjir dan sebagainya.
  • Tertakluk kepada semua peraturan dan undang-undang (seperti Enakmen Keluarga Islam Negeri-negeri) yang sedang berkuatkuasa.

4. CARA PERMOHONAN NIKAH ONLINE

Permohonan nikah secara online melalui video conference boleh dirujuk melalui Jabatan Agama Islam negeri masing-masing kerana setiap negeri mungkin berbeza cara pelaksanaannya.
Untuk muat turun SOP, Borang dan Carta Alir berkaitan Majlis Akad Nikah Secara Sidang Video (Video Conference) oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di Laman Web JAWI anda boleh terus ke pautan di bawah ini:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *