Cara Buat Duit dengan Menulis

Kongsikan Sekarang

Cara Buat Duit dengan Menulis

 

 

Buat Duit dengan Menulis

 

Jana 100 USD hingga 1000 USD sebulan dengan artikel.

 

Pendahuluan.

 

Di internet, terdapat beribu-ribu peluang untuk anda menjan pendapatan sama ada secara sampingan atau sepenuh masa. Bagi mereka yang sibuk bekerja dan hanya mahukan pendapatan sampingan melalui internet, anda boleh cuba menjana wang dari penulisan. Anda boleh tulis apa yang anda suka dan jana pendapatan darinya.

 

Untuk pengetahuan anda, saya sudah mengkaji lebih 20 website untuk anda jana wang melalui penulisan. Setiap hari, anda hanya perlu menulis lebih kurang 10 artikel dan anda boleh jana wang sehingga 100 USD sehari. Menarik bukan ? Dengan hanya meluangkan masa sejam hingga 2 jam sehari, anda mampu peroleh pendapatan tambahan.

 

Untuk menjana pendapatan melalui penulisan artikel, artikel yang di tulis haruslah bersifat seperti berikut : 

  1. Menarik untuk di baca.
  2. Grammar di susun dengan baik.
  3. Penggunaan Vocabulary yang bagus.
  4. Trend terkini.

 

Tidak mengapa jika anda tidak pandai menulis artikel dalam bahasa Inggeris kerana apa yang anda perlu lakukan sekarang adalah mula menulis. Setiap hari, anda latih diri anda untuk menulis artikel dalam bahasa Inggeris. Lama kelamaan anda akan mula mahir.

Pada awal penglibatan anda, anda boleh menulis mengenai apa yang anda suka dan minat. Selepas sudah biasa dengan penulisan. Anda boleh mula menulis artikel yang berprofil tinggi. Lakkan secara perlahan-lahan kerana wang jika di kejar ia akan lari.

Dalam bab seterusnya saya akan bongkarkan lebih 20 website yang boleh anda daftar dan jana wang darinya.

 

Senarai laman web.

 

About

Link: http://www.about.com

Cara pembayaran: Berdasarkan prestasi artikel anda.

Link untuk permohonan: http://beaguide.about.com/applynow.htm

Review: Di sini, anda akan di bayar secara bulanan berdasarkan prestasi artikel anda. Jika artikel anda di baca oleh ramai orang, maka peluang anda untuk menerima bayaran yang lumayan agak tinggi. 

Website ini memerlukan anda untuk menulis artikel dalam bentuk panduan. Jika anda sudah lama di sini dan artikel yang anda tulis adalah berkualiti, secara tidak langsung, anda mungkin akan menerima layanan istimewa dari pihak syarikat.

 

Article Sale

 

Link: http://www.articlesale.com

Cara pembayaran : Setiap jualan.

Link untuk permohonan : 

http://www.articlesale.com/wp-login.php?action=register

Review: Jika anda mahukan wang segera, di sini mungkin ada jawapannya. Ia seperti gudang membeli belah bagi artikel. Anda boleh tulis apa sahaja artikel yang anda suka dan jualnya di sini. Sehingga ebook ini ditulis, anda tidak di kenakan apa-apa bayaran untuk membuka jualan. 

 

Associated Content.

 

Link: http://www.associatedcontent.com

Cara pembayaran: Untuk rakyat bukan US, anda akan di bayar 1.5 USD untuk setiap 1000 views

Link untuk permohonan: https://publish.associatedcontent.com/signup.shtml

Review: Di sini, anda boleh menghantar apa sahaja artikel yang anda mahu dan anda akan di bayar berdasarkan prestasi anda. Untuk menjana pendapatan melalui website ini, anda memerlukan artikel yang banyak kerana anda di bayar berdasarkan prestasi.

 

Bukisa

 

Link: http://www.bukisa.com

Cara pembayaran: berdasarkan prestasi

Link untuk permohonan: http://www.bukisa.com/join

Review: Di sini ada dua cara untuk menjana pendapatan. Pertama berdasarkan prestasi. Anda akan di bayar sehingga 3 USD untuk setiap 1000 view yang anda peroleh untuk keseluruhan artikel. Di sini, pihak pengurusan tidak telalu tegas dalam menerima artikel. Jadi, anda boleh mula berlatih menulis di sini.

Kedua adalah berdasarkan sistem referral, jika anda mengajak rakan anda menyertai bukisa, anda juga akan menerima komisyen untuknya.

 

Constant content

Link: http://www.constanct-content.com

Cara pembayaran : Setiap artikel yang terjual.

Link untuk permohonan:

 http://www.constant-content.com/are/registerauthor.htm

Review: Constant content membenarkan anda untuk menjual artikel mengikut 3 jenis lesen. Anda boleh ketahui dengan lebih lanjut  dengan melawat laman web di bawah

http://www.constant-content.com/about/faqs.htm

Website ini membenarkan anda untuk menjual sebanyak mana artikel yang anda mahu dan berapa harga yang di tetapkan oleh anda. Artikel anda tidak akan di index oleh engine carian, maka, jangan risau akan risiko kecurian. Di sini sesuai bagi mereka yang mahukan pendapatan segera melalui penulisan.

 

Consumer Search

Link : http://www.consumersearch.com

Cara pembayaran: Setiap review( 350 USD minimum.

Link untuk permohonan: http://www.consumersearch.com/sample-report

Review: Syarikat ini mengupah sesiapa yang berminat untuk menulis review tanpa bersikap berbelah bahagi mengenai sesuatu produk atau perkhidmatan. Anda bakal menerima bayaran lumayan jika anda di pilih untuk laman web ini. 

Untuk proses permohonan, anda akan di uji untuk menulis satu review bagi satu produk. Jika anda terpilih, sudah tentu bayaran lumayan menanti anda. Setiap review memakan masa dan pada masa yang sama anda boleh menjana pendapatan melalui syarikat yang lain pula.

 

Daily article

 

Link: http://www.dailyarticle.com

Cara pembayaran : Jualan untuk setiap artikel

Link untuk permohonan: http://www.dailyarticle.com/writer_registration.php

Review: Di sini juga anda boleh menjual artikel secara terus untuk menjana pendapatan. Anda boleh tulis apa sahaja yang anda mahu dan anda boleh jual berapa sahaja yang anda mahu.

 

Digital Journal

Link: http://digitaljournal.com

Cara pembayaran: Anda boleh lihat di laman web berikut untuk lebih spesifik

http://digitaljournal.com/user/terms.php

Link untk permohonan: http://digitaljournal.com/user/signup.php

Review: Di sini anda akan di bayar untuk setiap berita yang anda tulis. Katakan ada peristiwa unik berlaku di kawasan anda, anda boleh menulis mengenainya di sini. Anda juga boleh hantar berita dalam bentuk video dan gambar. Jika berita anda menarik , anda mungkin di bayar dengan harga yang lumayan.

 

eHow

Link: http://www.ehow.com/write.html

Cara pembayaran: Berdasarkan prestasi.

Application link: https://forms.ehow.com/register.aspx

Review: Di sini, mereka menerima artikel berbentuk tutorial. Anda boleh menghantar apa sahaja artikel yang berbentuk tutorial dan akan menerima bayaran berdasarkan prestasi keseluruhan artikel milik anda.

 

Examiner

 

Link: http://www.examiner.com

Cara pembayaran : Berdasarkan prestasi

Link untuk permohonan: http://www.examiner.com/Become_an_Examiner.html

Review: Examiner sama sahaja dengan website ehow mengenai cara pembayaran. Hanya sedikit sahaja yang berbeza iaitu cara permohonan. Mereka mementingkan latar belakang seseorang sebelum menerima mereka sebagai penulis di syarikat mereka.

 

Gather

Link: http://www.gather.com

Cara pembayaran: berdasarkan prestasi

Link untuk permohonan

http://www.gather.com/register.action?propid=indexdefault

Review: Gather adalah tempat untuk anda berkongsi idea dengan pengguna yang lain. Anda akan di bayar lebih jika anda aktif dan artikel anda mendapat sambutan. 

 

Ground Report

Link: http://www.groundreport.com

Cara pembayaran: berdasarkan prestasi

 (http://www.groundreport.com/info.php?action=faq&questionID=5 )

Link untuk permohonan: http://www.groundreport.com/register.php

Review: Konsep di sini sama sahaja dengan examiner.com. Anda boleh menulis artikel ala-ala wartawan dan anda akan di bayar berdasarkan prestasi dari artikel anda.

 

Helium

Link: http://www.helium.com

Cara pembayaran: Anda di bayar dahulu atau berdasarkan prestasi. Bergantung pada artikel anda.

Link untuk permohonan: https://www.helium.com/registration/signup

Review: Anda boleh jual dan tulis artikel di sini. Untuk kategori tertentu, anda akan menerima bayaran pendahuluan jika artikel yang anda tulis adalah menarik dan menepatai piawaian mereka. Anda juga boleh menjual artikel terus pada pelanggan menerusi Textbroker.

 

Hubpages

Link: http://hubpages.com

Cara pembayaran: Kongsi pendapatan (60% adsence dan 100% dari pendapatan affilate untuk ebay dan amazon)

Link untuk permohonan : http://hubpages.com/user/new/

Review : Hubpages memberi anda peluang pada anda untuk mewujudkan rangkaian blog anda sendiri. Anda boleh menulis apa sahaja yang anda mahu dan anda akan menerima pendapatan dari 3 sumber iaitu adsence, affiliate amazon dan affiliate ebay.

Untuk menjana pendapatan menerusi Hubpages, anda perlu aktif berkomunikasi dengan pengguna hubpages yang lain. Anda boleh memberi komen dan menilai artikel yang di tulis oleh orang lain.

 

Jungle page

Link : http://www.junglepage.com

Cara pembayaran : Setiap tugasan

Link untuk permohonan : https://www.junglepage.com/asp/WriterApply.asp

Review : Di sini, anda akan di bayar untuk setiap tugasan yang anda lakukan. Antara tugasan yang ada di sini adalah akedemik writing, menulis ebook, essay untuk kolej dan proof reading. Sebelum di terima masuk, anda akan di uji mengenai kemahiran menulis anda.

 

Life Tips

Link: http://www.lifetips.com

Cara pembayaran: Berdasarkan prestasi dan setiap jualan.

Link untuk permohonan: http://www.lifetips.com/guru/become-a-guru.html

Review: Di sini, anda akan di gelar Gurus. Tugas anda adalah untuk memberi tips dan panduan untuk di baca oleh pengguna internet. Untuk itu, lebih elok anda menulis sesuatu yang anda tahu dan mahir.

Proses permohonan memerlukan anda untuk menulis 3 tips, resume dan sedikit maklumat lain. Jika anda di terima anda boleh menulis buku mengenai 101 tips dan akan di terbitkan secara fizikal di sini. Anda akan di  bayar 2 USD untuk setiap buku yang terjual. Selain itu, anda juga di bayar jika iklan di laman web tips anda di click.

 

My Lot

Link: http://www.mylot.com

Cara pembayaran: http://www.mylot.com/o/faq/faq6.aspx#15

Link untuk permohonan : http://www.mylot.com/nr/register.aspx

Review : mY Lot lebih mementingkan isi berbentuk hiburan dan berfungsi seperti halaman sosial. Di sini, seseorang akan memulakan satu topic dan anda serta pengguna lain akan berbincang mengenainya. 

Sila rujuk link di atas untuk melihat cara mereka membayar anda.

 

Oboulo

Link: http://en.oboulo.com

Cara pembayaran: Setiap jualan(50%)

Link untk permohonan: 

https://en-secure.oboulo.com/private/newlogin?target=private/sendDoc&connexion=new

Review: Oboulu adalah pusat untuk berbagai dokumen. Antaranya, kertas kajian, esei, laporan dan bahan-bahan akademik yang lain. Oboulo membayar anda 50% bagi setiap jualan yang terhasil dari dokumen yang anda submit.

 

Rate It All

Link: http://www.rateitall.com

Cara pembayaran: 50% dari klik adsence.

Link permohonan: http://www.rateitall.com/Signup.aspz?full=1

Review: Di sini, anda di minta untuk menghantar artikel berkaitan dengan review atau menilai sesuatu. Anda boleh menilai apa sahaja yang anda mahu. Anda juga boleh meletakkan apa sahaja yang anda mahu untuk di nilai oleh pengguna yang lain.

 

Shvoong

Link: http://www.shvoong.com

Cara pembayaran: Berdasarkan prestasi anda.

Link untuk permohonan: http://www.shvoong.com/portfolio/register/

Review: Shvoong adalah tempat untuk anda menulis rumusan atau review pendek mengenai ebook, website, tulisan akademik atau apa sahaja yang anda mahu. Anda juga di beri peluang untuk menjana pendapatan jika pihak shvoong memberi tawaran untuk anda menulis review.

 

Squidoo

Link: http://www.squidoo.com

Cara pembayaran: Kongsi pendapatan (50% adsence ebay, amazon atau produk affiliate yang lain)

Link untuk permohonan : http://www.squidoo.com/member/registration

Review : Squidoo adalah sebuah rangkaian laman web yang besar. Di sini, terdapat terlalu banyak trafik yang masuk. Peluang untuk artikel yang anda tulis di baca adalah tinggi. Anda boleh jana wang menerusi adsence, amazon dan beberapa program affiliate yang lain. 

Anda boleh menulis apa sahaja yang anda mahu di sini.

 

Suite 101

 

Link : http://www.suite101.com/

Cara pembayaran: berdasarkan prestasi

Link untk permohonan: http://www.suite101.com/freelance_writing_jobs/

Review: Di sini sama sahaja dengan artikel direktori biasa. Anda tulis artikel yang anda mahu, kemudian setiap click adsence yang di jana menerusi akaun anda, anda akan menerima wang darinya. Yang menarik, anda boleh berlatih menlis di sini. Di samping berlatih kemahirang menulis, anda boleh jana pendapatan melalui adsence.

 

Triond

Link: http://www.triond.com

Cara pembayaran: Kongsi pendapatan.

Link untk permohonan: http://www.triond.com/signup

Review: Triond menerima artikel dalam bentuk perkataan, audia, video dan gambar. Pendapatan di jana melalui perkongsian wang dari adsence. 

 

Penutup

 

Anda boleh lihat sendiri, terdapat berpuluh laman web yang anda boleh daftar dan jana wang darinya melalui penulisan. Anda boleh menulis mengenai apa sahaja yang anda mahu dan jana wang menerusinya. Jika anda ingin menjana wang sebagai penulis bebas, anda boleh gunakan website di atas untuk membina kredibiliti.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *