Cara hilang sakit gigi

11 Cara Hilangkan Sakit Gigi

Kongsikan Sekarang

11 Cara Hilangkan Sakit Gigi Dengan Sangat Mudah

Cara Hilangkan Sakit Gigi

Sakit gigi merupakan kesakitan yang dialami di sekitar gigi atau rahang. Sakit gigi lazimnya terjadi di kalangan mereka yang mengabaikan kesihatan mulut. Ia sering merupakan penyebab utama mengapa seseorang itu berjumpa doktor gigi. Kesakitan yang teruk boleh menyebabkan seseorang itu kehilangan tidur, ketidakhadiran dari sekolah atau kerja dan mengganggu kegiatan sehariannya.
Sebab utama sakit gigi adalah kerosakan (karies) gigi
Selain dari kerosakan gigi, sakit gigi juga boleh disebabkan oleh :
    • Penyakit gusi (penyakit periodontium)
    • Gigi sensitif
    • Gigi retak
    • Sakit sendi rahang
  • Sakit gigi boleh disebabkan oleh masalah yang tidak berasal dari gigi atau rahang seperti:
    • Sinus tersumbat
    • Sakit telinga
Berikut Merupakan Tips Untuk Menghilangkan Rasa Sakit Gigi
1. AKAR POKOK BUNGA RAYA PUTIH
Ambil sedikit, tumbuk dan letakkan pada gigi yang sedang sakit. Kalau gigi berlubang, letak di dalam tempat yang berlubang.
2. CENGKIH
Tumbuk dan letakkan pada gigi. Kalau gigi berlubang letak di dalam tempat berlubang kemudian padatkan.

3. ESEN VANILLA
Letak esen vanilla pada putik kapas dan sapu. Kalau berlubang letak putik kapas dalam gigi berlubang.

4. SODA BIKARBONAT
Sapu atau letakkan pada gigi yang berlubang/rosak.

5. SERBUK CAP KAKI TIGA
Uli kapas pada serbuk dan sapu atau masukkan kapas ke dalam tempat berlubang

6. LISTERINE
Kumur dengan listerine

7. UBAT GIGI
Letak ubat gigi pada gigi rosak

8. GOSOK GIGI BERSIH-BERSIH
Kadang gigi sakit sebab ada sisa makanan terlekat. Gosok gigi bersih-bersih..

9. MOUTHWASH ORADEX
Boleh beli di farmasi. Buat kumur.

10. AIR GARAM
Berkumur….

11. UBAT TAHAN SAKIT
Panadol pon boleh.

12. Dapatkan pemeriksaan dan rawatan daripada doktor gigi dengan segera

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *