10 Cara Hilangkan Pijar Tangan

Kongsikan Sekarang

10 Cara Hilangkan Pijar Tangan

Cara Hilangkan Pijar Tangan ✋✋✋

Berikut Merupakan Tips Hilangkan Pijar Tangan.

1. GARAM/GULA
Ambil sedikit garam atau gula, kemudian lumurkannya pada seluruh tangan.
Biarkan selama lima (5) minit, kemudian bilas dengan air paip. Selain itu
juga garam atau gula boleh juga dimasukkan ke dalam bekas mengandungi
air suam. Kemudian rendam kedua-dua belah tangan sehingga rasa panas
dan pijar itu hilang.

2. BERAS
Satu lagi petua ialah memasukkan tangan yang telah dibersih ke dalam tong
beras. Biarkan tangan tenggelam di dalam beras sehingga tangan tersebut
berasa lega. Untuk pengetahuan suhu beras di dalam tong ini agak panas
sehingga habanya meresap ke tangan. Orang zaman dulu kalau nak peram
buah agar cepat masak, mereka akan masukan dalam tong beras.

3. MINYAK MASAK
Lumurkan sedikit minyak masak dan gosokan pada bahagian tangan
sehingga rasa panas itu hilang. Petua ini selalu diamalkan oleh orang-orang
zaman dahulu.

4. HAMPAS KELAPA
Ramas tangan dalam hampas kelapa sehingga rasa panas atau pijar itu
hilang.

5. ASAM JAWA
Rendam tangan dalam bekas berisi air asam jawa sehingga rasa panas atau
pijar itu hilang.

6. SUSU PEKAT MANIS
Masukkan sedikit susu pekat manis ke dalam bekas, kemudian lumur pada
tangan yang panas atau pijar itu sehingga ianya beransur pulih. Susu yang
sejuk dari peti ais lagi elok.

Baca juga : 6 Cara Hilangkan Rasa Mengantuk

7. HABA PANAS
Hala tangan ke api dapur yang sedang menyala, biarkan haba panas itu
meresap. Kemudian bersihkan tangan tersebut dengan air paip yang
mengalir.

8. LOGAM
Tangan yang panas atau pijar boleh juga digosokkan pada permukaan logam seperti besi sinki atau sudu. Selepas beberapa minit alirkan air ke atas tangan. Lakukan beberapa kali sehingga rasa panas atau pijar hilang.

9. AIS
Masukkan ketulan ais kedalam bekas berisi air, kemudian rendam tangan beberapa kali sehingga rasa panas atau pijar hilang.

10. SARUNG TANGAN
Tip yang terakhir sekali ialah menggunakan sarung tangan semasa mengasingkan tangkai cili. Apa-apa jenis sarung tangan pun boleh samada kain, getah atau plastik.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *