Tips penjagaan kesihatan kanak-kanak dan bayi
RAMBUT
↠ Rambut anak-anak yang kerinting memang sukar untuk diurus dan memerlukan penjagaan yang rapi. Oleh hal yang demikian, ibu bapa perlulah menyediakan dan mengamalkan penggunaan syampu khas untuk anak-anak yang berambut kerinting.
↠ Rambut kerinting juga memerlukan sikat yang sesuai agar mudah diurus.Contohnya,sikat yang tidak terlalu rapat.
↠ Anak-anak yang mempunyai masalah rambut yang berkutu, ibu bapa haruslah memastikan penggunaan ubat kutu dan syampu kutu tidak diabaikan.
MATA
↠ Penjagaan mata adalah sangat penting bagi mengelakkan anak-anak daripada rabun.
↠ Pastikan anak-anak tidak membaca atau menonton televisyen dalam keadaan yang gelap.
↠ Ibu bapa hendaklah sentiasa menasihati anak-anak supaya jangan menonton televisyen dengan jarak yang terlalu dekat.
↠ Ibu bapa juga boleh mengamalkan pemakanan yang boleh membantu kesihatan mata kepada anak-anak. Seperti lobak merah dan bayam.
GIGI
↠ Latih anak-anak menggosok gigi sejak awal tumbuh gigi.
↠ Gunakan berus gigi yang bersesuaian dengan umur. Ganti berus gigi setiap 6 bulan.
↠ Ibu bapa sangat digalakkan untuk membiasakan anak-anak dengan doktor pergigian sejak kecil agar perasaan takut mereka dapat ditangkis. Bawa anak-anak untuk pemeriksaan karies gigi dan gusi secara berkala.
↠ Larang atau hadkan makanan yang boleh merosakkan gigi anak-anak.
KUKU
↠Kuku merupakan salah satu anggota yang sangat terbuka. Kuku yang panjang dan kotor menggambarkan tahap kebersihan seseorang.
↠Ibu bapa haruslah sentiasa memastikan kuku anak-anak berada dalam keadaan yang bersih dan pendek.
↠Untuk bayi, ibu bapa mestilah usahakan untuk memotong kuku bayi setiap 3 hari kerana kuku bayi cepat panjang dan tajam.
↠Anak-anak juga harus dilarang apabila bermain kotor kerana kekotoran boleh melekat di celah kuku jika tidak dibersihkan dengan sempurna.
.
KULIT
↠Bayi dan kanak-kanak mempunyai kulit yang cantik dan gebu pada asalnya. Namun, jika penjagaan kulit tidak diterapkan, kulit akan rosak terutamanya untuk kulit yang sensitif.
↠Ketahui dan fahami jenis kulit anak-anak. Kerapkan penggunaan losyen untuk melembabkan kulit anak-anak dan bayi.
↠Jika terdapat ruam, pastikan diubati dengan segera supaya tidak merebak agar tidak sukar untuk dipulihkan pada kemudian hari.
↠Ibu bapa boleh memberikan makanan yang bersumberkan vitamin C kepada anak-anak untuk menjaga kesihatan kulit mereka. Contohnya seperti buah mangga dan buah oren yang kaya dengan vitamin C.
↠Sinaran mentari pada waktu pagi yang mengandungi vitamin D juga baik untuk kulit bukan sahaja anak-anak malah kepada orang dewasa juga.
TELINGA
↠Telinga adalah merupakan salah satu anggota badan yang sering diabaikan. Hal Ini mungkin kerana terlupa ataupun merasakan penjagaan kebersihan telinga merupakan sesuatu yang rumit.
↠Ibu bapa hendaklah memastikan selepas mandi, pastikan seluruh kawasan telinga anak-anak atau bayi termasuk di dalam dan di belakang telinga dilap sehingga kering.
↠Kemudian, buang kekotoran yang ada di dalam telinga dengan menggunakan putik kapas.
↠Ibu bapa haruslah melakukan pembersihan telinga anak-anak secara berkala terutamanya semasa mandi dan selepas mandi.
TANGAN DAN KAKI
↠Dalam menjaga kebersihan diri, anggota yang banyak melakukan aktiviti seperti tangan dan kaki mestilah bersih.
↠Latih anak-anak untuk mencuci tangan sebelum makan atau selepas bermain. Pastikan juga kaki mereka dicuci dengan bersih selepas pulang dari aktiviti luar.
↠Gunakan sabun yang beranti septik untuk mengelakkan jangkitan kuman. Sabun tangan dan kaki anak-anak dengan sempurna.
↠Ibu bapa boleh juga menyediakan cecair pencegah kuman di rumah supaya kebersihan ahli keluarga lebih terjamin.