Sumbangan Tokoh Sejarah Dunia STPM Semester 1

Kongsikan Sekarang

Sumbangan Tokoh Sejarah Dunia STPM Semester 1

 

Sumbangan Tokoh

3.2.2  Sumbangan Tokoh

Soalan 81: Bincangkan karya dan sumbangan Charles Louis Montesquieu dalam aspek intelektual.

Pendahuluan

Chales Louis Montesquieu (Chales L.M) dilahirkan pada 18 Januari 1689. Beliau dilahirkan di Chanteau de la Brede barat daya Perancis. Ayahnnya Jacques de Scondat merupakan seorang tentera. Ibunya pula bernama Marie Francoise de Pesnel seorang wanita warak dan kaya. Montesquieu bersekolah di Chatholic Collage of Juiny dan melanjutkan pelajaran difakulti undang-undang di university Bordeux dan berjaya menjadi seorang peguam (1708). Pada tahun berikutnya Montesquieu mewarisi kekayaan dan gelaran ‘Montesquieu’ setelah bapa saudaranya meninggal. Menghasilkan 3 karya yang terpenting iaitu; Lettres Persanes (1721), The Considerations on the cause of the Grander and Decandenve of the Romans (1734) dan Spirit of the Laws (1748). Beliau meninggal dunia pada 10 Februari 1775.


Isi-isi penting:

Karya Lettres Persanes (1721)

Bagi karya Lettres Persanes mengisahkan dua orang Persia yang bernama Usbek dan Rica yang menggembala ke Perancis. Dalam bentuk surat karya ini menceritakan cara wanita dikawal oleh sida yang bertanggungjawab terhadap wanita sehingga dibenarkan membunuh. Selain itu, pemerhatian kedua-dua pengembara ini tentang masyarakat Perancis dan persepektif mereka sebagai orang luar juga di garap dalam karya ini. Tema yang ingin dipaparkan ialah kemerosotan moral di penghujung zaman pemerintahan  Raja Louis XIV dan Raja Louis XV.

Karya The Considerations on the cause of the Grander and Decandenve of the  Romans  

Mengenai sejarah kebangkitan,kegemilangan dan kejatuhan kerajaan Rom. Dalam karya ini, Monstesquie menyelidik sebab-sebab dan latar belakang serta kehancuran kerajaan Rom. Beliau menyatakan bahawa untuk memahami kegemilangan dan kehancuran sebuah empayar, seseorang harus memahami masyarakatnya. Beliau juga mengkaji peristiwa yang menimpa tentera Rom yang akhirnya membawa kepada kejatuhan Rom.


Karya Spirit of the Laws (1748)

Karya Spirit of the Laws Menjelaskan tentang undang-undang manusia dan institusi sosial. Beberapa perkara dibincangkan di dalam buku ini seperti bentuk-bentuk pemerintahan, adat  kebiasaan dan iklim. Menjelaskan konsep dan maksud pengasingan kuasa dalam pemerintahan mengikut doktrin ini, kuasa pemerintahan sesebuah negara terbahagi kepada tiga buah badan iaitu perundangan,eksekutif dan kehakiman. Selain itu, karya ini juga menekankan bahawa bidang tersebut mempunyai bidang kuasa yang tersendiri. Tujuan pengasingannya ialah untuk menggelakan pertindihan bidang kuasa bagi memastikan seseorang tidak berkuasa lebih daripada satu.

Penutup

Menghabiskan sebahagian besar hidupnya untuk mengembangkan idea politik pemerintahannya iaitu doktrin pengasingan kuasa di dalam tulisan tesebut. Atas kesungguhan beliau, karya tersebut telah member kesan yang mendalam sama ada intelektual mahupun politik. mereka juga mempopularkan istilah feudalisme walaupun telah lama wujud . Namun Mosontesquieu menjadikan istilah ini dikenali dan diterima oleh masyarakatnya.

Soalan 82 : Bincangkan karya dan sumbangan Adam Smith dalam aspek intelektual.

Pendahuluan

Beliau merupakan seorang pakar ekonomi dan ahli falsafah dari Scotland yang terkenal kerana pengaruh bukunya  The Wealth of Nations dan dianggap sebagai bapa ekonomi moden. Merupakan anak kepada Margeret Dauglas. Dilahirkan di Kirkcaldy. Ketika berumur 4 tahun, pernah diculik oleh sekumpulan Gipsi tetapi Berjaya diselamatkan oleh bapa saudaranya. Beliau sangat rapat dengan ibunya dan ibunyayang menggalakkan beliau Berjaya dalam pelajaran. Pada tahun 1762, pihak university Glasgow menganugerahkan beliau Doktor undang-undang. Beliau meninggal dunia pada 17 julai 1790 di Edinburg dan disemadikan di Canongate ,Kirkyard.


isi-isi penting

Pengasas kepada disiplin ekonomi moden 

  • Beliau memperkenalkan satu teori yang mengatakan seseorang individu boleh membina kehidupan lebih bermoral dengan mengetengahkan idea untuk mengakhiri sistem feudal dan memperkenalkan laissez-faire iaitu satu kerajaan berasaskan pasaran bebas.
  • Didalam bukunya , The Teory of moral Sentiment ,beliau menulis tentang teori motivasi yang cuba untuk mengamankan perasaan yang menekankan kepentingan sendiri.

Karya The Wealth of Nations

  • Beliau menyatakan bahawa pasaran dibawah sesuatu syarat mengaturi sistem dengan sendirinya akan mengeluarkan lebih banyak barangan daripada satu pasaran yang terkawal yang menjadi satu perkara yang biasa pada waktu itu.
  • Hanya membenarkan kerajaan memegang tanggungjawab yang tidak dapat dilakukan oleh badan yang bergantung kepada keuntungan sahaja. Sebagai contoh, menghalang seseorang daripada menggunakan kekasaran atau penipuan untuk mengelakkan persaingan, perdagangan atau pengeluaran.

Kepercayaan ekonomi yang tersendiri

  • Kekayaan Negara di nilai dari segi stok emas dan perak. sebagai contoh, mengimport barangan dari luar Negara dianggap merosakkan kerana ini bermakna kekekayaan mesti dilepaskan untuk membayar barangan tersebut. Manakala mengisport barangan dianggap baik kerana kekayaan, iaitu logam emas dan perak kembali kepada mereka.
  • Seterusnya, pekeja-pekerja mahir tidak dibenarkan bergerak bebas ke Bandar lain untuk memasarkan barangan. Pengilang dan pedagang hendaklah menghantar petisyen kepada raja untuk melindungi monopoli. Peralatan yang menjimatkan tenaga buruh dilarang sekali kerana di anggap menjadi ancaman kepada pihak pengeluar.

Karya the theory of moral sentiments 1759

§  Kesedaran terhasil daripada perhubungan sosial. Beliau menyatakan bahawa moral bergantung kepada simpati antara agen dan penonton. Dengan kata lain, indivudu dan masyarakat berkait rapat dengan moral.

  • Beliau cuba menyelaraskan tentang punca dan kebolehan manusia untuk membentuk pertimbangan moral walaupun wujud kecenderungan kearah kepentingan semula jadi.
  • Beliau juga menyelidik pemikiran moral masyarakat pada ketika itu dan menyatakan bahawa kesedaran sebenarnya adalah hasil daripada perhubungan sosial.

Penutup

  • Adam s. Percaya bahawa kerajaan mempunyai tiga fungsi utama iaitu rakyat  dilindungi daripada pemikiran tentera, warganegara dilindungi daripada ketidakadilan dan menyediakan kemudahan seperti jalan raya dan sebagainya yang tidak boleh disediakan oleh individu.

Soalan 83.  Bincangkan Sumbangan Jean-Jacquas Rousseau Dalam Aspek Intelektual.

Pendahuluan

  • Intelektual atau intelengensia berasal dari Rusia dan digunakan pada abad ke-19. Merujuk kepada satu kumpulan kecil golongan elit. Direkrut daripada segala kelas atau golongan. Selain itu juga, ditemui dalam kalangan pendukung atau penentang pergerakkan budaya atau politik. Ia juga menjauhi diri daripada bergaul dengan masyarakat tetapi bergaul didalam golongan sendiri.Tertarik kepada idea pengetahuan mekanikal, teknikal, idea2 agama dan sebagainya.
  • Seterusnya, beliau merupakan salah seorang pemikir yang sangat berpegaruh pada zaman Englightmen pada abad ke-18 di Eropah. Zaman Englightmen merujuk kepada gerakkan budaya intelektual yang berusaha untuk menggembleng kuasa mereformasikan masyarakat dan berpengetahuan. Malahan, sains dan perkembangan intelektual diberi penekanan dan perkara berkaitan tahyul tidak diterima. Gerakan ini menentang penyalahgunaan kuasa dalam gereja dan negara.

Isi-isi Penting:

Karya muzik Diderot dan D’ Alemberts

  • Menghasilkan beberapa hasil karya muzik untuk Diderot dan D’ Alemberts. Pada 1750, beliau menerbitkan karya bertajuk Discourse on the Arts and Sciences. Malahan, hasil karyanya telah memenangi anugerah akademi dan menjadi terkenal. Selain itu, muzik masih merupakan perkara penting dalam hidupnya dan selepas beberapa tahun operanya yang bertajuk Le Devin Do Village telah menjadikan Rousseau sangat terkenal dan menyebabkannya diterima dan dihargai.
  • Selepas itu Rousseau telah berhenti berkarya dalam bidang muzik.Namun begitu, terhasillah karyanya seperti Discourse On The Origen of Ineaquality (1755), La Novvella Heloise (1761), Emile (1762), The Sosial Contract (1762) dan Confessions (1770) yang meningkatkan popularitin beliau. Karya terakhirnya ialah Judge of Jean-Jaques dan Reveries of a Solitary Walker.

Karya Discourse on The Arts and Sciences

  • Karya Discourse on The Arts and Sciences telah mengharumkan nama Rousseau. Selai itu, bahagian pertama mengenai kajian sejarah dan Rousseau menunjukkan bagaimana masyarakat yang maju berkembang dari segi seni dan sains mengalami kemerosotan dari segi moral dan nilai2 murni. Seterusnya, beliau mendakwa bahawa Mesir purba mula runtuh setelah falasafah dan seninya berkembang maju.
  • Malahan, menurutnya lagi perkara ini turut berlaku kepada Greek purba yang mengalami nasib yang sama walaupun asalnya Greek purba sangat mementingkan nilai keberanian tetapi apabila sains dan seni mula berkembang, masyarakatnya menjadi masyarakat yang berasaskan kemewahan dan keseronokkan. Di samping itu, beliau menyokong Sparta yang mengetepikan artis dan para saintis.

Memperjuangkan pengetahuan tingkahlaku dan akhlak yang baik

  • Rousseau juga mengiktiraf Socrates sebagai seorang yang bijak kerana menyedari kebinasaan yang disebabkan oleh seni dan sains. Tambahan pula, beliau menyatakan seni dan sains lahir daripada kemaksiatan manusia.Hal ini dapat dilihat seperti, geometri lahir daripada kerakusan, fizik daripada semangat ingin tahu yang sia2 dan falsafah moral daripada rasa bangga.
  • Malahan, Rousseau terus menyerang sains dengan mengutarakan bagaimana sains tidak menyumbang kepada nilai moral. Selain itu, menurut beliau sains menjadikan hidup lebih mudah dan menyeronokkan tetapi bukan bertambah baik dari sei moral. Walaubagaimanapun, beliau menyokong pemikir yang dianggap bijak seperti Bacon, Descrates dan Newton. Beliau juga mahu majority rakyat memberikan perhatian kepada memperbaiki tingkah laku dan akhlak berbanding memajukan seni dan sains.

Menghasilkan Karya Discourse on The Origin of Ineaquality

  • Karya Discourse on The Origin of Ineaquality pula didedikasikan oleh Rousseau kepada Republik Geneva. Rousseau cuba menjelaskan sifat manusia secara semula jadi tanpa kualiti2 yang terbia akibat sosialiasi, iaitu memahami manusia dalam keadaan alam semula jadi tulen.Namun begitu, bertentangan dengan pendapat pada zaman itu terutamanya pendapat Aristotle yang menyatakan bahawa keadaan masyarakat sivil itu adalah keadaan semula jadi manusia. Selain itu, gambaran Rousseau tentang manusia dalam keadaan semula jadi adalah berbeza dengan pendapat pada zamanya. Di samping itu, menurut Rousseau cara hidup seperti ini boleh menghasilkan kebebasan dan keselamatan serta mewujudkan persaudaraan.
  • Karya Discourse on The Origin of Inequalitydikatakan salah satu dokumen yang paling revolusioner pada abad ke-18 dieropah.Seterusnya, karya ini menujukkan bagaimana perkembangan tamadun merosakkan kebahagiaan semula jadi dan kebebasan manusia dengan mencipta ketidaksamaan tiruan dalam kekayaan,kuasa, dan keistimewaan sosial. Malahan, menunjukkan bahawa manusia primitif adalah sama dengan manusia lain kerana setiap individu adalah bebas tetapi apabila masyarakat menjadi lebih moden, ahli-ahli yang kuat dan paling pintar dalam masyarakat memperolehi kelebihan yang tidak semula jadi ke atas saudara mereka yang lemah.Selain itu, perlembagaan yang digubal untuk membetulkan ketidakseimbangan ini melalui keamanan dan keadilan sebenarnya tidak melakukan apa2 tetapi mengekalkan perkara ini.

Penutup

  • Jean Jaques Rousseau telah memberikan banyak sumbangan yang penting kepada perkembangan intelektual di Eropah. Beliau juga telah menulis beberapa buku yang bermanfaat dalam perkembangan tersebut. Malahan idea-idea Rosseau telah menjadi elemen utama di dalam pengisytiharan Perhimpunan Kebangsaan Revolusi Perancis serta digunakan oleh pemikir-pemikir Amerika.
  • Selain itu, Beliau juga menjadi terkenal melalui bidang pendidikan kerana teori Naturalisme yang diperkenalkan melalui karyanya bertajuk Emile yang mengkhusus kepada pendidikan awal kanak2.Akhir sekali, falsafah beliau juga menekankan empat perkara seperti kebebasan, perkembangan, minat dan aktiviti.Kemudiannya pendapat yang diutarakan beliau telah menjadi asas kepada pembentukan kurikulum.

Baca Juga >> Perkembangan Ekonomi Pertanian Nota Sejarah STPM Semester 1

Sumber Nota Blog Sejarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *