Soalan Temuduga Pembantu Penguatkuasa KP19
Soalan berkaitan Dengan JPJ
1. Bilakah JPJ ditubuhkan?
2. Apa misi dan visi Bagi JPJ
3. Sebutkan satu dari objektif JPJ
4. Ada berapa bahagian atau jabatan dalam JPJ sebutkan salah satu daripadanya.
5. Siapakan nama ketua pengarah JPJ yang terkini?
6. Apa yang boleh terangkan mengenai logo JPJ?
7. Berikan contoh transaksi dalam talian yang ditawarkan oleh JPJ
8. Berapa lamakah tempoh yang diperlukan untuk membayar kompaun JPJ?
Jika Anda inginkan contoh Soalan dan Panduan Lengkap Untuk Lulus Temuduga Pembantu Penguatkuasa KP19 Sila Klik Pada Panduan Temuduga Penguatkuasa KP19 sekarang juga.
Apakah soalan lazim yang akan ditanya semasa Temuduga SPA?.
Contoh soalan temuduga SPA yang sering ditanya oleh panel penemuduga kepada calon berkisar kepada beberapa aspek seperti :
Latar belakang & kelayakan calon
Jawatan yang dipohon & berkaitan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Dasar kerajaan
Isu semasa dalam & luar negara.
Contoh soalan temuduga SPA berkaitan latar belakang & kelayakan calon
Sila perkenalkan diri anda secara ringkas.
Kenapa anda yang harus kami pilih, dan bukan calon lain? Apa kelebihan anda??
Apa yang menarik minat kami untuk anda diambil bekerja dengan kerajaan?
Mengapakah kami patut mengambil anda bekerja dengan kerajaan?
Semasa projek akhir disemester anda, apa yang anda lakukan? Minta ceritakan…
Apakah kelemahan anda yang harus kami ketahui? Adakah anda melakukan sebarang perkara yang akan membantu anda mengatasi kelemahan tersebut?
Contoh soalan temuduga SPA berkaitan jawatan yang anda pohon.
Setakat yang anda tahu, apakah tugas tugas yang bakal dipikul oleh anda jika nanti?
Peranan Jabatan & Kementerian ini? (bergantung kepada jawatan yang anda pohon ketika itu)
Sebagai seorang jurutera, selain daripada kepakaran teknikal, apa lagi kemahiran lain yang perlu ada pada diri anda untuk membina sebuah kerjaya yang cemerlang dan membolehkan anda menjadi seorang jurutera yang serba boleh?
Apa inisiatif yang anda ingin lakukan?
Sumbangan yang boleh anda berikan jika menjawat jawatan yang dipohon.
Contoh soalan temuduga SPA yang berkaitan dengan dasar kerajaan.
Kerajaan memperkenalkan konsep KPI (Key Performance Indicator) untuk mengukur kecekapan dan keberkesanan menter- menteri yang dilantik di dalam kabinet. Boleh anda ulas sedikit tentang ini?
Selain daripada KPI, apa lagi langkah langkah atau mekanisme yang membolehkan sesebuah majikan mengukur kemampuan seseorang pekerja?
Apakah yang anda faham dengan konsep 1Malaysia? Apa pendapat anda dengan konsep dibawa Perdana Menteri Malaysia?
Apa yang anda faham dengan intipati belanjawan negara 2019 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia?
Senarai dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia?
Apakah tema bajet 2019?
Terangkan dengan dengan ringkas SST?
Apakah GTP?
Contoh soalan temuduga SPA berkaitan isu semasa dalam & luar negara
Isu Semasa Dalam Negara
Boleh nyatakan tentang keputusan Pilihanraya Umum Ke-14?
Isu perkauman yang hangat dibangkitkan ketika ini?
Diskaun pembayaran balik pinjaman PTPTN.
Apakah tema Hari Kemerdekaan 2019?
Isu Semasa Luar Negara
Krisis Palestin yang mengorbankan ribuan nyawa akibat kerakusan regim Israel.
Krisis yang berlaku di Syria.
Krisis yang berlaku diantara Ukraine dan Russia
Campur tangan asing dalam kedaulatan sesebuah negara.
Jika Anda inginkan contoh Soalan dan Panduan Lengkap Untuk Lulus Temuduga Pembantu Penguatkuasa KP19 Sila Klik Pada Panduan Temuduga Penguatkuasa KP19 sekarang juga.
ANDA NAK CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN?
Salam bahagia saya ucapkan kepada anda, calon Temuduga Kerja Kerajaan. Anda sampai ke sini kerana nak cari contoh soalan temuduga dan jawapannya, betul?
Anda berada pada landasan yang betul.
Hi, Nama Saya Rammel Ramli, dan saya nak bantu anda lulus temuduga kerja kerajaan.
Berikut Adalah Beberapa Contoh Soalan Berserta Jawapan Untuk Temuduga Kerja Kerajaan
1.Sila terangkan mengenai diri anda.
Sejak dari bangku sekolah lagi, saya telah berusaha membentuk kerjaya untuk menjadi seorang jurutera yang akan berkhidmat kepada Negara Malaysia. Untuk mencapai matlamat saya, saya telah mengambil pengajian dalam Diploma Kejuruteraan Awam dan 3 tahun selepas itu, saya menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam di UiTM. Saya belajar bersungguh-sungguh sehingga mendapat keputusan yang cemerlang dalam pengajian saya. Saya mempunyai pengalaman 3 tahun bekerja dalam bidang kejuruteraan awam di sektor swasta di mana saya terlibat dalam projek-projek pembangunan bangunan. Saya yakin, dengan gabungan akademik saya dan pengalaman yang ada, saya mampu untuk memikul tanggungjawab yang diberi sekiranya saya berjaya mendapatkan kerja dalam sektor awam ini.
2. Apakah yang anda sertai semasa bersekolah / mengaji di universiti dahulu? Adakah anda seorang yang aktif?
Ya, saya seorang yang sangat aktif. Di sekolah , saya aktif dalam pasukan kadet polis dan selalu menyertai perbarisan di mana-mana acara. Selain itu juga saya seorang yang aktif dalam persatuan Taekwondo di universiti dan banyak memenangi kejohanan yang sering dianjurkan oleh pihak universiti. Semasa bekerja pula, setiap petang saya akan ke gimnasium untuk bersukan dan beriadah demi meningkatkan dan memelihara kesihatan saya.
3. Bolehkah anda terangkan mengenai projek akhir tahun anda di universiti?
Projek akhir tahun saya adalah mengenai kajian kes yang bertajuk “Groundwater Monitoring at Pulau Burung Landfill Area”. Projek ini mengambil masa setahun untuk diselesaikan. Projek ini dijalankan bagi mengetahui sama ada sumber air bawah tanah di kawasan tempat pelupusan sampah di Pulau Burung adalah selamat dari pencemaran atau tidak. Daripada hasil kajian ini, didapati air bawah tanah di sini tidak tercemar di tahap yang tinggi dan ianya masih selamat mengalir ke dalam sungai berdekatan. 50 Soalan Temuduga : Soalan Sebenar Jawatan Kerajaan
4. Adakah anda mempunyai rancangan untuk melanjutkan pelajaran anda?
Ya, saya telah mendapat Ijazah Sarjana Kejuruteraan Awam, dan sekarang saya sedang merancang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD. Saya merasakan dengan berkhidmat di sektor awam, peluang saya untuk melanjutkan pelajaran lebih terbuka dan seterusnya dapat menyumbang kepakaran kepada jabatan setelah tamat pengajian kelak.
5. Apakah tugasan paling sukar yang pernah anda selesaikan dan apakah peranan utama anda?
Projek penyelidikan saya merupakan satu tugasan yang paling mencabar kerana ia begitu kompleks. Saya mengambil masa dua semester untuk menyiapkannya dan saya sangat sibuk dalam proses penyiapannya. Saya terpaksa membuat banyak keputusan sendiri tanpa bantuan daripada sesiapapun. Akhirnya, penyelidikan saya berjaya disiapkan dan mendapat markah penilaian yang tinggi. Saya sungguh puas hati dengan hasil kerja saya walaupun ianya sangat sukar.
NAK LAGI?
6. Apa hobi awak? Hobi saya adalah membaca buku.
Saya suka membaca buku berkenaan motivasi. Buku-buku yang menjadi kegemaran saya adalah buku tulisan Dato Fazilah Kamsah, Dr Tuah Iskandar, dan juga buku pakar motivasi Anthony Robin. Dengan membaca buku motivasi sebegini, saya dapat meningkatkan keyakinan saya dalam melakukan apa-apa sahaja dalam kehidupan seharian, terutamanya semasa bekerja. Saya menjadi lebih berani, yakin, kreatif, berwawasan dan seterusnya ini semua menyumbang dalam kecemerlangan kerjaya saya.
7. Apakah persediaan yang anda buat untuk temuduga ini?
Persediaan yang saya buat untuk temuduga ini adalah saya mencari maklumat tentangnya di Internet, membaca buku panduan temuduga, bertanya kepada rakanrakan yang ada pengalaman temuduga, membaca isu semasa di akhbar, dan bermacam-macam lagi persediaan yang saya buat. Ianya bukan sahaja merangkumi soal zahir saja, saya juga membuat persediaan dari segi mental juga kerana saya tahu bahawa temuduga ini sangat mencabar dan tinggi persaingannya. Hanya yang terbaik sahaja yang akan berjaya, dan sebab itulah saya mesti menjadi yang TERBAIK.
8. Adakah anda gemar untuk bekerja bersendirian ataupun secara berkumpulan?
Saya mudah bergaul dengan sesiapa sahaja. Saya seorang yang boleh bertolak ansur dan menghormati keputusan kerja orang lain di sekeliling saya. Bekerja secara berkumpulan, saya amat sukakannya kerana ianya dapat memberi lebih banyak idea untuk membentuk idea yang terbaik. Saya juga tidak kisah jika bekerja seorang diri kerana usaha saya ini akan menjadikan diri saya lebih kreatif, inovatif dan lebih berdikari.
9. Apa kelebihan diri?
Setiap orang pasti memiliki kelebihan tersendiri.Begitu juga dengan saya. Kelebihan saya adalah saya mudah berkerjasama, mudah mesra dengan orang, bertanggungjawab, dan bercita-cita besar dalam kehidupan. Saya yakin dengan kelebihan saya ini, terutamanya bercita-cita besar ataupun THINK BIG, ianya mampu meningkatkan kecemerlangan saya dalam kerjaya. Kerjaya saya yang cemerlang juga turut membawa kesan yang cemerlang kepada organisasi yang saya sertai.
10. Semasa di universiti, kegiatan yang bagaimanakah yang anda paling anda banyak ceburi?
Sewaktu di universiti, saya menyertai Persatuan Ijazah Sarjana Muda yang dikenali juga sebagai PERSADA dan kami membuat aktiviti berpersatuan ini seminggu sekali di mana kami akan berkumpul untuk bermesyuarat serta berbincang bersama apakah program yang hendak kami jalankan. Selain itu saya juga mewakili universiti dalam sukan bola sepak dan kami pernah menjadi juara dalam pertandingan bola sepak antara university seluruh Malaysia.
Jika Anda inginkan contoh Soalan dan Panduan Lengkap Untuk Lulus Temuduga Pembantu Penguatkuasa KP19 Sila Klik Pada Panduan Temuduga Penguatkuasa KP19 sekarang juga.