Sistem Pemerintahan Persekutuan STPM Semester 3

Kongsikan Sekarang

Sistem Pemerintahan Persekutuan STPM Semester 3

Sistem Pemerintahan Persekutuan

 

4.1 Sistem Pemerintahan

4.1  Sistem Pemerintahan

Soalan 95: Huraikan sistem pemerintahan persekutuan, Raja Berperlembagaan dan demokrasi berparlimen di Malaysia


Pengenalan

  • Konsep pemerintahan


Isi-isi Penting:

Persekutuan

  1. a)Pemerintahan persekutuan dibahagikan kepada dua peringkat pemerintahan – kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri. Setiap peringkat kerajaan mempunyai autonomi dalam bidang perundangan tertentu
  2. b)Ketua negara – YDP Agong ( mengikut nasihat     Jemaah Menteri Persekutuan serta Majlis Raja-Raja)
  3. c)Perdana Menteri – ketua pentadbir Negara
  4. d)Terdapat Parlimen – mengandungi 2 Dewan ( Dewan Rakyat dan Dewan Negara)
  5. e)Setiap negeri diketuai oleh Sultan / Gabenor dan dibantu oleh Menteri Besar/Ketua Menteri

Raja Berpelembagaan

  1. a)YDP Agong sebagai ketua negara yang memerintah berdasarkan kuasa yang diberikan kepada baginda oleh perlembagaan
  2. b)Menjadi lambang perpaduan
  3. c)Mempunyai kuasa eksekutif, perundangan dan kehakiman
  4. d)Dipilih daripada 9 orang Raja Melayu secara bergilir-gilir dalam tempoh 5 tahun

Demokrasi Berparlimen

  1. a)Perlembagaan menjadi asas pembentukan kerajaan
  2. b)Kuasa pemerintahan dibahagi kepada tiga badan (perundangan, eksekutif dan kehakiman)
  3. c)Parlimen adalah lambang pemerintahan demokrasi
  4. d)Pilihanraya diadakan 5 tahun sekali
  5. e)Wujud parti-parti politik dengan ideologi tersendiri
  6. f)Setiap warganegara ada hak kebebasan asasi

Penutup

  • Apa-apa yang berkaitan

Soalan 96: Jelaskan peranan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja Berperlembagaan dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan di Malaysia

Pengenalan

  • Ketua negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong (YDPA). Baginda merupakan Raja Berperlembagaan dan tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia. Jawatan baginda diwujudkan sejak tahun 1957 mengikut Perlembagaan Malaysia. YDPA merupakan lambang kedaulatan dan ketertinggian kuasa negara. Baginda menjadi tumpuan taat setia seluruh rakyat tanpa mengira bangsa dan kaum. YDPA dipilih oleh Majlis Raja-raja dalam kalangan sembilan orang sultan Melayu mengikut peraturan pemilikan yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia.
  • Jawatan YDPA dipegang secara bergilir-gilir dan bukan diwariskan mengikut keturunan. Jawatan YDPA dipegang seiama lima tahun oleh setiap raja yang dipilih untuk memegang jawatan tersebut. YDPA tidak memiliki kuasa mutlak kerana baginda terikat dengan kuasa Perlembagaan Persekutuan. YDPA menjalankan kuasa pemerintahan negara berdasarkan nasihat Perdana Menteri.

Isi-isi Penting:

  1. a)Pemerintah tertinggi angkatan tentera bersenjata Persekutuan Malaysia. Baginda merupakan lambang kedaulatan dan menjadi penaung kepada kekuatan negara. Majlis Angkatan Tentera di bawah kuasa am YDPA bertanggungjawab untuk memerintah, menjaga tatatertib, mentadbir dan menguruskan segala perkara yang berhubung dengan angkatan tentera. Baginda juga berkuasa untuk menjatuhkan hukuman, pengampunan dan menangguhkan hukuman bagi kesalahan yang dibicarakan dalam mahkamah tentera. YDPA juga berkuasa mengampunkan kesalahan-kesalahan lain di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan dan segala hukuman yang dijatuhkan dalam Mahkamah Syariah di Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan.
  1. b)Dari aspek agama, YDPA ialah ketua agama Islam bagi negeri-negeri yang tidak beraja seperti Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan. YDPA merupakan pelindung dan penaung agama Islam di kawasan-kawasan tersebut.
  1. c)Dalam bidang perundangan, YDPA bertanggungjawab untuk memperkenankan rang undang-undang yang dilakukan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara sebelum diisytiharkan menjadi undang-undang yang sah. Semua pelaksanaan undang- undang yang diluluskan oleh Parlimen memerlukan pengiktirafan baginda sebelum dikuatkuasakan. Baginda mestilah mengiktiraf undang-undang yang baharu dalam tempoh 30 hari selepas diluluskan oleh Parlimen. Sekiranya baginda tidak bersetuju dengan rang undang-undang tersebut, baginda boleh merujuknya kepada Parlimen untuk dibincangkan semula.
  1. d)YDPA mempunyai kuasa untuk melantik Perdana Menteri, Hakim dan Jemaah Menteri. Baginda juga berkuasa melantik dan mewujudkan jawatan Jemaah Menteri atas nasihat Perdana Menteri. Baginda berkuasa melantik anggota Jemaah Menteri selepas berunding dengan Majlis Raja-raja.
  1. e)YDPA juga bertanggungjawab untuk melantik Ketua Hakim Negara Mahkamah Agung dan hakim-hakim mahkamah tinggi. YDPA turut bertanggungjawab untuk memelihara kedudukan istimewa masyarakat Melayu dan kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak.
  1. f)YDPA juga berkuasa untuk memanggil, menangguh dan membubarkan Parlimen atas nasihat Perdana Menteri. Tiada orang lain yang berhak melaksanakan tanggungjawab tersebut. Baginda juga boleh menolak permintaan untuk membubarkan Parlimen jika belurn cukup tempoh lima tahun. Baginda boleh memberikan ucapan dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Di samping itu, YDPA boleh meminta supaya diadakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja tentang keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja Melayu.
  1. g)YDPA juga bertanggungjawab untuk mentauliahkan duta-duta yang dihantar ke luar negara dan menerima tauliah duta dari negara asing. Baginda juga perlu menyambut tetamu luar negara yang setaraf dengan baginda seperti Ratu England atau Maharaja Jepun. Baginda juga berperanan menganugerahkan pingat kehormat kepada orang yang telah berjaya atau banyak berjasa kepada negara. YDPA juga bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan rakyat secara menyeluruh.

Kesimpulan

  • Kesimpulannya, YDPA sebagai ketua negara memikul peranan dan tanggungjawab tidak terhad di dalam dan luar negara. Namun dalam menjalankan kuasa eksekutif, baginda bertindak atas nasihat Perdana Menteri seperti melucutkan jawatan atau melantik hakim, Jemaah Menteri, Ketua Peguam Negara, Ketua Polis Negara dan Pengerusi Suruhanjaya.

 

 

Baca juga Pembentukan Negara Bangsa STPM Semester 2

Sumber nota Sejarah blog STPM

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *