Resepi Honey Butter Biscuit Sedap!
Resepi Honey Butter Biscuit Sedap!
BAHAN-BAHANNYA IALAH:
(*)2 cawan tepung gandum
(*)4 sudu teh serbuk penaik
(*)1/2 sudu teh garam
(*)2 sudu reh gula
(*)1/2 cawan lemak sayuran
(*)1 sudu teh krim tartar
(*)2/3 cawan susu penuh krim
(*)4 sudu teh mentega (dicairkan)
(*)1/3 cawan madu
CARA MEMASAKNYA IALAH:
(*)1. Campurkan tepung gandum, gula, garam dan krim tartar ke dalam mangkuk.
(*)2. Kemudian masukkan lemak sayuran dan pukul bersama bahan-bahan tadi sehingga sebati.
(*)3. Masukkan pula susu dan sebatikan sehingga membentuk doh.
(*)4. Bahagikan menjadi doh -doh kecil dan sapukan mentega cair tadi.
(*)5. Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar selama 10-12 minit.
(*)6. Baki mentega tadi bolehlah dimasak bersama madu.
(*)7. Apabila biskut sudah siap dimasak, oleskan dengan mentega madu untuk rasa lemak yang enak.
Baca Juga : Resepi Kek Batik Viral