Pemasaran Gerilla

Kongsikan Sekarang

Pemasaran Gerilla

 

Tujuh Langkah Strategi Paling Ganas.

 

Kandungan.

 

Pengenalan pemasaran gerilla atau Gerilla Marketing.

Rahsia terbesar pemasaran

Asas Pemasaran yang anda perlu tahu.

Tujuh Langkah Keramat.

Bagaimana hendak mengaktifkan pemasaran gerilla.

 

Pengenalan pemasaran gerilla atau Gerilla Marketing.

 

Gerilla Marketing di asaskan oleh Jay Conrad Levinson. Konsep gerilla marketing adalah melakukan pemasaran dengan bajet yang rendah tetapi mampu memberi keuntungan yang sangat memberangsangkan. Idea pemasaran gerilla tercetus apabila Jay mengadakan kelas mengenai copywriting pada hujung minggu di satu universiti.

 

Di sebabkan pengalamannya yang agak meluas, dia menjadi tempat rujukan bagi pelajar – pelajar yang berminat untuk menubuhkan perniagaan mereka sendiri. Pada satu hari, salah seorang dari pelajarnya bertanya padanya sama ada dia boleh beri cara bagaimana hendak memulakan perniagaan dengan modal yang sedikit.

 

Di sebabkan jay tidak pernah menulis berkenaan tajuk tersebut, dia berjanji akan memberi cadangan buku rujukan untuk di rujuk oleh pelajarnya. Dia kemudiannya mencari buku berkenaan tajuk tersebut di merata – rata perpustakaan dan kedai buku. Namun, tiada satu buku pun yang bertepatan dengan tajuk yang pelajarnya mahu.

 

Oleh sebab dia sudah berjanji pada pelajarnya bahawa dia ingin membantu mereka, dia nekad untuk menulis sendiri panduan mengenainya sebagai rujukan  untuk pelajar – pelajarnya. Dari sini, terhasillah konsep gerilla marketing. Gerilla marketing sangat berkesan. Ramai usahawan tidak tahu mengenai pemasaran, hanya mengikut sahaja apa yang di ajar oleh gerilla marketing ini dan akhirnya perniagaan mereka maju dengan pesat beserta dengan keuntungan yang sangat luar biasa.

 

Rahsia terbesar pemasaran.

 

Rahsia pemasaran yang paling hebat adalah bermula dengan menulis strategi pemasaran dan mengikut rancangan yang di tulis.’Create a plan and stick to it’. Rancangan pemasaran hanya di ubah jika terdapat keperluan. Contoh paling tepat adalah peristiwa kewujudan Gerilla Marketing itu sendiri.

 

Pada awalnya Jay ingin memenuhi kehendak pelajarnya sebagai mematuhi strategi pemasarannya iaitu memberi servis yang terbaik pada pelanggannya. Namun di sebabkan dia tidak berjaya menemui buku yang sesuai, dia menukar strategi pemasarannya berdasarkan keperluan iaitu menulis buku mengenai tajuk yang di minta oleh pelajarnya.

 

Hasil tulisan bukunya, dia telah di panggil untuk mengadakan seminar di seluruh negara Amerika. Di sebabkan dia nekad untuk mengikut strategi pemasaran yang dia rancang pada awalnya, dia akhirnya menemui satu keperluan untuk di jadikan sebagai produk terbarunya di samping memberi servis terbaik pada anak muridnya. 

 

Buku yang pada awalnya di tulis untuk memenuhi permintaan 100 pelajarnya, telah meletup di pasaran di mana ia telah di alih bahasa kepada 43 bahasa. Hasil nekad dia untuk mengikut strategi pemasaran yang dirancang telah membuka peluang yang sangat besar pada dirinya.

 

Asas pemasaran yang anda perlu tahu.

 

Asas pemasaran yang anda perlu tahu adalah tujuan pemasaran bukannya hendak menjual barang tetapi untuk memberitahu kewujudan perniagaan dan produk anda. Anda tidak boleh memaksa pelanggan untuk membeli barang dari anda. Perasaan ingin membeli datang dari hati mereka sendiri. 

 

Contohnya, anda ingin menjual hanphone terbaru keluaran syarikat anda. Dengan ini, anda beriklan di televisyen mengenai handphone anda. Ramai orang menonton iklan anda dan mereka tahu bahawa syarikat anda sudah mengeluarkan handphone jenis sekian – sekain. Namun, bukannya semua akan membeli. Hanya sebilangan yang terpikat sahaja yang akan membeli.

 

Bilangan mereka yang membeli juga tidak 100 peratus datang dari penonton di televisyen, ia mungkin di beli oleh mereka yang tidak pernah langsung menonton iklan anda di televisyen. Ia terjadi kerana mereka yang menonton iklan tersebut menyebarkan pada pihak ketiga. Jadi, konsep sebenar pemasaran adalah memberitahu.

 

Dari 100 orang yang melihat iklan anda, hanya 10 peratus sahaja yang akan ambil tahu manakala yang akan membeli adalah seorang atau tiada langsung. Namun, 10 peratus yang ambil tahu ini akan menyebarkan pada pihak ketiga di mana ia memberi kelebihan pada produk anda.

Tujuh Langkah Keramat.

 

Tujuh langkah keramat  adalah antara teknik pemasaran yang paling berkesan di dunia. Berikut adalah tujuh langkah keramat

 

  1. Tentukan kaedah pemasaran dan tindakan yang akan di ambil pelanggan untuk membeli produk anda.
  2. Tentukan faedah utama produk anda yang mampu memberi pesaingan yang kompetitif pada pesaing anda yang lain.
  3. Tentukan target pasaran bagi produk anda.
  4. Senaraikan senjata pemasaran yang bakal anda gunakan.
  5. Tentukan niche produk anda.
  6. Tulis identiti syarikat anda.
  7. Bajet bagi pemasaran anda.

 

Langkah pertama : Kaedah pemasaran.

 

Langkah pertama dalam pemasaran gerilla anda adalah anda tentukan kaedah pemasaran bagi produk anda dan tentukan juga kaedah bagaimana pelanggan hendak  membeli produk dari anda. 

 

Apakah kaedah pemasaran bagi produk anda? 

Kaedah pemasaran di tentukan melalui kaedah bagaimana pelanggan hendak membeli produk dari anda. Adakah anda mahu pelanggan membeli secara online, secara runcit, secara jualan langsung, melalui telefon atau datang ke kedai anda secara terus?

 

Jika anda mahu pelanggan mahu membeli secara runcit, kaedah pemasaran anda lebih kepada memasarkan produk anda pada usahawan runcit supaya mereka menerima produk anda untuk di jual di kedai mereka.

 

Jika anda mahu pelanggan anda membeli secara online atau datang ke kedai, kaedah pemasaran anda terdiri dari teknik online dan offline di mana kedua-duanya akan di lakukan serentak.

 

Tentukan bagaimana anda hendak menjual produk anda. Dari situ tentukan pula kaedah pemasaran bagi produk anda. Kaedah pemasaran penting supaya anda boleh fokus di mana dan bagaimana anda hendak melakukan pemasaran.

 

Katakan anda ingin membuka kedai photostat dan cara pelanggan hendak membeli perkhidmatan anda adalah dengan datang ke kedai  anda. Dari sini, fokus pemasaran anda adalah untuk membawa pelanggan datang ke kedai anda.

 

Langkah kedua : Tentukan faedah utama bagi produk anda.

 

Langkah kedua dalam pemasaran gerilla adalah menentukan faedah utama bagi produk anda. Ciri – ciri produk dan faedah adalah berlainan. Ciri – ciri adalah spefikasi dan fungsi produk anda manakala faedah adalah apa yang pelanggan mampu peroleh dari produk yang anda jual. 

 

Anda perlu cari satu feadah utama yang mampu membuatkan pelanggan teruja untuk memilikinya. Kebanyakan penjual kereta tidak bersaing dari segi kualiti kereta yang mereka jual, sebaliknya mereka bersaing dari cara pembayaran. Oleh itu, anda dapat lihat jurujual kereta yang berjaya selalunya di sebabkan mereka mampu memberi apa yang pelanggan mahu iaitu skim pembayaran mudah. 

 

Katakan anda lapar dan mahu makan makanan dengan segera. Di sebabkan anda mahu segera, hati anda lebih cenderung  ke arah kedai makanan segera seperti McD atau KFC di mana anda akan terus memperoleh makanan selepas membuat pesanan. Restoran makanan segera memberi apa yang pelanggan mahu iaitu makanan segera. Faedah utama bagi makanan segera adalah segara, selepas itu, barulah mereka bersaing ddari segi kesedapan.

 

Anda perlu cari satu tema atau faedah utama dalam produk anda. Dengan menggunakan faedah ini, anda akan melakukan serangan gerilla terhadap pasaran. 

 

Cara hendak mencari faedah utama bagi produk anda adalah mencari apa yang bakal pelanggan anda nikmati selepas menggunakan produk anda. Katakan anda menjual ebook, apa yang mampu pelanggan dapat dengan menggunakan informasi dalam ebook anda selepas mereka membeli produk anda. Cari satu faedah utama dan gunakan ia sebagai tema pemasaran anda.

 

Jika anda menjual perkhidmatan pula, anda perlu jelaskan faedah yang bakal pelanggan miliki jika mereka menggunakan perkhidmatan anda. Contohnya anda menjual perkhidmatan menarik kereta yang rosak, anda boleh promosikan faedah anda iaitu 24 jam perkhidmatan sehari. 

 

Anda perlu pilih satu faedah yang bakal memberi tanggapan positif dari pengguna. 

 

Langkah ketiga : Target pasaran produk anda.

 

Kepada siapa anda ingin menjual produk anda? Adakah pada orang ramai atau golongan tertentu sahaja? Anda perlu tentukan target pasaran bagi produk anda.

 

Kedai photostat contohnya. Target pasaran bagi kedai ini sudah pasti golongan yang suka menggunakan perkhidmatan photostat seperti pelajar dan guru. Target utamanya sudah pasti universiti, kolej-kolej dan sekolah. Dengan fokus pada target pasaran iaitu pelajar dan guru, strategi pemasaran anda akan lebih tersusun nanti.

 

Tentukan target pasaran bagi produk anda dengan mengambil kira siapa golongan paling banyak akan menggunakan produk anda.

 

Langkah Keempat :  Senaraikan senjata pemasaran yang bakal anda gunakan.

 

Senjata pemasaran adalah senjata yang bakal anda gunakan dalam pemasaran gerilla anda. Berikut adalah senarai 200 senjata pemasaran gerilla yang saya dapat kumpulkan.

 

  1. Rancangan pemasaran
  2. Kalendar pemasaran
  3. Identiti
  4. Kad perniagaan
  5. Alat tulis.
  6. Surat peribadi
  7. Pemasaran telefon
  8. Talian bebas tol
  9. Nombor telefon untuk pertanyaan.
  10. Yellow pages
  11. Poskad
  12. Penghias poskad.
  13. Classified ads.
  14. Pra order
  15. Iklan percuma di kedai.
  16. Circular and flies.
  17. Papan kenyataan.
  18. Iklan di wayang
  19. Papan tanda kedai di tepi jalan.
  20. Banner
  21. Window display
  22. Inside signs.
  23. Poster
  24. Canvassing
  25. Door hangers
  26. Tempat tekan butang lif
  27. Testimoni 
  28. Jualan backend
  29. Surat rekomendasi
  30. Attendance at trade shows
  31. Pengiklanan 
  32. Direct mail
  33. Iklan di surat khabar.
  34. Iklan di radio
  35. Iklan di majalah.
  36. Bilboards
  37. Iklan di televisyen.
  38. Komputer
  39. Printer atau Mesin Faks.
  40. Ruang chat.
  41. Forums
  42. Internet bulletin boards
  43. Senarai emel
  44. Emel secara peribadi.
  45. Signature emel.
  46. Canned emel
  47. Bulk emel
  48. Audio and video postcards
  49. Nama domain
  50. Website
  51. Landing page
  52. A merchant account
  53. A shopping cart
  54. Autoresponders
  55. Search engine ranking.
  56. Brochures elektronik.
  57. RSS feeds
  58. Blogs
  59. Podcasting
  60. A personal ezine
  61. Ads in other ezine
  62. Ebooks.
  63. Content provision
  64. Webinars
  65. Joint ventures
  66. Word of mouth
  67. Viral marketing
  68. Ebay and other auction sites
  69. Click analyzers
  70. Pay per click Ads
  71. Search engine keywords
  72. Google adwords
  73. Sponsored links
  74. Reciprocal link exchanges
  75. Banner exchanges
  76. Web converson rates
  77. Knowledge of your market
  78. Research studies
  79. Specific customer data.
  80. Case studies
  81. Kongsi
  82. Brochures
  83. Katalogs
  84. Direktori perniagaan.
  85. Public service announcement
  86. A newsletter.
  87. Speeches
  88. Free consultations
  89. Demostrasi percuma
  90. Seminar percuma
  91. Artikel
  92. Columns
  93. Menulis buku.
  94. Publishing on demand
  95. Workshops
  96. Teleseminar
  97. Infomercials.
  98. Pembelajaran berterusan
  99. Marketing insight
  100. Diri sendri
  101. Kebolehan untuk take action
  102. Beri perhatian dengan teliti.
  103. Fokus
  104. Kelajuan
  105. Bersemangat.
  106. Berani bersaing
  107. Agresif
  108. Neatness
  109. Keyakinan diri.
  110. Murah hati
  111. Fleksible
  112. Kesabaran
  113. Sensitif
  114. Minat yang mendalam.
  115. Melayan pelanggan dengan sopan di telefon.
  116. Jujur
  117. Senang dalam proses urusniaga.
  118. Adapting a noble character.
  119. Extra value
  120. Value story
  121. Spying
  122. Referral program
  123. Upgrade opportunity
  124. Harga
  125. Selection
  126. Servis
  127. Quality
  128. Efficiency
  129. Reputasi
  130. Kredibiliti
  131. Financing availability.
  132. Credit card acceptance
  133. Days of operation
  134. Hours of operation
  135. Lokasi
  136. Headline
  137. Copywriting.
  138. Writing ability
  139. Tema
  140. A memo
  141. A name
  142. Inteligent positioning
  143. Brand name awareness
  144. A proper view of marketing
  145. Subliminal marketing
  146. Being a TV talk show
  147. Being a radio talk show.
  148. Product placement.
  149. Branded entertainment
  150. Marketing on hold
  151. A tracking plan.
  152. Follow up
  153. Lead buying
  154. Baking or crafts ability
  155. Jaminan
  156. Pertandingan
  157. Free trial
  158. Kupon
  159. Reprints
  160. Flip charts
  161. Audio visual aids
  162. Gift certificates
  163. Luxury box.
  164. A name tag at event.
  165. Special events
  166. A tradeshow booth
  167. Free directory listing
  168. Club and associations
  169.  Communitiy involvement.
  170. Buzz.
  171. Word of mouse
  172. Barter
  173. Fusion marketing
  174. Public relations
  175. Service
  176. Hadiah
  177. Competitive advantage
  178. Senarai faedah.
  179. Satisfied customers
  180. A call to action
  181. Limited time offer
  182. A sense of urgency
  183. Your core story
  184. Senarai pelanggan.
  185. Media contact
  186. Pemasaran affiliate.
  187. Professional titles
  188. Networking
  189. Use of downtime
  190. Sales training
  191. Stories
  192. Your teaching ability
  193. How you say Hello
  194. Circle of influence
  195. SMS
  196. Target pasaran
  197. Employee attire
  198. Diary tahunan
  199. Pemasaran gerilla yang tersusun.
  200. Wajah anda.

 

Senarai senjata pemasaran gerilla ini saya ambil dari gmarketing.com. 

 

Senjata pemasaran gerilla adalah lebih berkesan jika ia datang dari minda anda sendiri. Anda lebih tahu bagaimana hendak mempromosikan produk anda berbanding orang lain. Gerak hati adalah senjata yang terbaik. Dari gerak hati anda sendiri,  senaraikan senjata pemasaran yang anda akan guna dalam teknik pemasaran anda. Anda tahu bajet yang anda ada, jadi tugas memilih senjata pemasaran lebih sesuai untuk di tulis anda sendiri.

 

Jika anda masih tidak faham apa itu senjata pemasaran, ia adalah alat yang anda bakal gunakan ketika memasarkan produk anda. Alat tersebut boleh jadi medium, perasaan diri sendiri, semangat, teknik promosi. Pendek kata, ia di anggap sebagai senjata pemasaran jika ia boleh meningkatkan peluang produk anda untuk terjual lebih banyak.

 

Katakan anda ingin promosi ebook, senjata pemasaran yang anda mungkin gunakan adalah seperti berikut.

 

  1. Website
  2. Nama domain
  3. JV
  4. Pemasaran affiliate.
  5. SEO
  6. Senarai emel
  7. Pay per click
  8. Copywriting yang baik.
  9. Ecover dan desgin minisite.
  10. Banner.

 

Senaraikan sampai habis senjata yang anda rasa perlu berdasarkan pengalaman dan gerak hati anda untuk di gunakan dalam pemasaran.

 

Langkah kelima : Tentukan niche produk anda.

 

Langkah kelima dalam pemasaran gerilla adalah menentukan nche produk. Niche di perlukan supaya pemasaran anda lebih targeted. Penentuan niche akan membentuk mindset dalam minda anda. Katakan anda ingin menjual majalah, anda perlu tentukan niche bagi majalah anda sama ada ia berbentuk informasi santai, akademik, hiburan atau apa sahaja niche yang anda ingin ceburi.

 

Kebanyakan orang keliru antara niche dan target pasaran. Target pasaran adalah kelompok orang yang anda ingin target bagi produk anda manakala niche adalah kehendak yang anda jual pada orang lain. Contohnya niche kuruskan badan adalah kehendak ingin kuruskan badan. Niche diabetis adalah kehendak maklumat diabetis.

 

Dengan menentukan niche bagi produk anda, anda akan lebih menumpukan kehendak pasaran yang bertepatan dengan produk anda. Jadi, aktiviti pemasaran anda akan lebih bermakna.

 

Tentukan niche produk anda dengan mencari kehendak utama yang anda jual melalui produk anda.

 

Langkah keenam : Tulis identiti bagi syarikat anda.

 

Apakah identiti syarikat anda?  Apa identiti bagi syarikat anda. Siapakah anda dan bagaimana dengan sikap anda sendiri. Anda perlu jujur ketika anda menulis identiti bagi syarikat anda. Apabila anda menulis dengan jujur mengenai syarikat anda, anda tahu kelemahan dan kekuatan yang ada dalam syarikat anda di mana ia akan mempengaruhi kempen pemasaran anda nanti.

 

Langkah ketujuh : Bajet pengiklanan.

 

Langkah terakhir adalah menentukan bajet pengiklanan yang anda sanggup keluarkan. Bajet yang anda akan keluarkan haruslah logik dan selari dengan senjata pemasaran yang anda pilih untuk melakukan pemasaran gerilla. Dalam pemasaran gerilla, anda harus fikir senjata yang modalnya kurang tetapi memberi impak yang besar pada jualan produk anda.

 

Bagaimana hendak mengaktifkan pemasaran gerilla?

 

Jika tiada tindakan yang di ambil, pemasaran gerilla tidak akan menjadi. Pemasaran gerilla adalah teknik pemasaran segera di mana tindakan akan di ambil sejurus selepas anda merancangnya. Ini kerana, pemasaran gerilla adalah sama konsepnya seperti serangan gerilla di mana serangan di lakukan secara tiba – tiba.

 

Anda tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menyiapkan ketujuh-tujuh langkah di atas. Cukup sahaja lima hingga tujuh minit. Ambil satu kertas dan tulis jawapan bagi ketujuh – tujuh langkah di atas. Berikut adalah contoh pemasaran gerilla jika saya ingin menjual ebook kuruskan badan.

Contoh Pemasaran gerilla —–>  ebook kuruskan badan.

 

Ebook di jual secara online. Faedah utama produk ini adalah jaminan berat akan turun selepas beberapa hari di pratikkan.Target pasaran di tumpukan pada mereka yang ingin kuruskan badan dengan kaedah yang lebih berkesan. 

 

Berikut adalah senjata pemasaran 

 

 

  • Ecover
  • Nama domain
  • Copywriting yang menarik
  • Testimoni
  • Design minisite mantap
  • Affiliate
  • JV
  • Senarai emel
  • SEO
  • Pra perlancaran.
  • Forum
  • Gerenti kurus.

 

 

Niche bagi produk ini adalah kuruskan badan.  Saya mempunyai masa 4 jam sehari untuk lakukan promosi secara online. Bajet bagi pengiklanan adalah RM 300.

 

Di atas adalah contoh pemasaran gerilla bagi ebook saya. Saya hanya mengambii masa sebanyak lima minit sahaja untuk membentuk strategi pemasaran bagi ebook saya. Bagi senjata pemasaran, saya akan tambah di kemudian hari jika terdapat idea baru. Maklumat yang di kumpul melalui tujuh langkah ini sudah cukup untuk membentuk strategi yang mantap dalam pemasaran bagi produk anda. 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *