Tarikh Pembayaran Perkeso 2019

Kongsikan Sekarang

Tarikh Pembayaran Perkeso 2019

 

Berikut dikongsikan tarikh bayaran PERKESO 2019 seperti yang tertera di portal rasmi Pertubuhan Keselamatan Sosial.

Untuk makluman, PERKESO atau SOCSO menyediakan bantuan dari segi perubatan dan kewangan kepada pekerja yang ditimpa malang.

Terbaru, PERKESO melancarkan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) yang bertujuan melindungi pekerja yang kehilangan pekerjaan.

Melalui program SIP ini, bantuan kewangan segera (7 hari selepas pengesahan hilang kerja) akan diberikan iaitu sebanyak RM600 (maksimum 3 bulan).

Untuk maklumat lanjut, layari Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO.

 

TARIKH BAYARAN PERKESO 2019

Pembayaran akan dibuat mengikut tarikh-tarikh yang telah ditetapkan seperti berikut:

  • 31 Januari (Khamis)
  • 1 Mac (Jumaat)
  • 1 April (Isnin)
  • 30 April (Selasa)
  • 24 Mei (Jumaat)
  • 1 Julai (Isnin)
  • 1 Ogos (Khamis)
  • 30 Ogos (Jumaat)
  • 1 Oktober (Selasa)
  • 22 Oktober (Selasa)
  • 29 November (Jumaat)
  • 20 Disember (Jumaat)

Kadar caruman ditentukan berdasarkan gaji bulanan.

Contohnya jika gaji melebihi RM1,400 tetapi tidak melebihi RM1,500, kadar caruman sebanyak RM32.6 sebulan.

Kadar caruman tersebut dikongsi melalui syer majikan dan syer pekerja.

Untuk info lanjut anda boleh rujuk jadual kadar caruman di sini.

 

Baca Juga :

Tarikh Puasa 2020 Malaysia

 

TENTANG PERKESO

Sumbangan PERKESO adalah wajib bagi semua pekerja Malaysia yang  berpendapatan kurang daripada RM3,000 setiap bulan (termasuk yang bekerja sementara atau kontrak).

Walaubagaimanapun, sumbangan tersebut tidak wajib bagi mereka yang berpendapatan RM3,000 ke atas.

Disebabkan oleh prinsip “sekali sertai, sentiasa ahli”, ahli PERKESO yang telah menyumbang kepada PERKESO akan terus menjadi ahli walaupun gajinya telah melepasi RM3,000.

Semua pekerja yang layak perlu didaftar tanpa mengira berapakah umur mereka.

Untuk pekerja yang berumur 60 tahun ke bawah, majikan perlu membayar caruman jenis pertama dan apabila berumur mencapai umur 60 tahun genap, majikan hanya perlu membayar caruman jenis kedua sahaja. Pekerja yang berumur lebih 55 tahun semasa pertama kali masuk kerja di perusahaan yang layak di bawah Akta dan belum pernah mencarum, perlu membayar caruman jenis kedua.

Sama seperti KWSP, mana-mana majikan yang gagal mendaftar boleh dikenakan tindakan kompaun. Jika gagal jelaskan kompaun, tindakan Pendakwaan boleh diambil. Manakala majikan yang gagal mencarum, boleh terus diambil tindakan pendakwaan.

Kadar caruman pekerja adalah berdasarkan kepada gaji pekerja iaitu termasuk upah, kerja lebih masa, komisen dan caj perkhidmatan, bayaran cuti tahun, sakit, bersalin, rehat, kelepasan am, elaun insentif, sara hidup dan sebagainya. Semua pembayaran sama ada mengikut jam, harian, mingguan, bulanan, hasil kerja adalah dianggap gaji.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *