Lirik Pejamkan Mata – Malique ft Dayang Nurfaizah

Kongsikan Sekarang

Lirik Pejamkan Mata – Malique ft Dayang Nurfaizah

 

(Malique)
sebermula maka dipaksa diam
dengar, patuh dan terpaku tunduk
selesakan di bawah, sujudnya rujuk telunjuk
tenagamu kencanaku katanya fitrah gawai
kedanamu ketawaku dekahnya hingga sawai
berontak, dongak, lembayung ku ternampakkan
si hering menyorak, ngoyak awan canggung dan berantakan
dah diragut total, cinta resiprokal
bila dipersoal kekal equivokal
katanya tanggal tali leher itu
cukuplah seharian digembala
lupuskan logarithma yang menghantui kepala
dalam tafakur, akur, sadur mimpi yang dikabur
karektor kartun kantor dan karikatur diktator
dikabur takbur shabab yang bermusim
tak punya tempat di benak jiwaku jemaah mereka bermukim
al-malik, al-kudus, as-salam, al-mukmin
ubat gementar senja suara ngekor roh ke kasur
masyghul, runsing… jah
[Chorus: Dayang Nurfaizah]
pejamkan mata
mata yang lesu itu
dan mimpikan yang indah
mimpikan aku
biarkan gelita
menghapus derita
pejamkanlah matamu
(Malique)
aku terdengar suara itu lagi
dari tenggara namaku diseru
disuruh hembusnya lilin di setiap empat penjuru
katanya mata penamu tak mencoret solusi
kata magismu takkan mampu cetus revolusi
manusia kan sentiasa menyakiti
yang tak membunuh buatmu kebal sehari lagi
masa untuk koktel Lorazepam, Ambien, Risperdal
semoga afdal bertemu di astral
selamat tiba kita ke republik cinta
lagenda dimensi ruang dan waktu tak bersempadan
halaman terbentang suci, dicuci noda dan nista
terhapus dogma dan stigma, kepincangan dan kehilangan
arasy yang tiada penghuni mengugut buli
tak perlukan runut bunyi, sembunyi, bersunyi sakan
di hati dan pituitari menarinya tanpa bumi
menyanyinya tanpa bunyi, keghaibannya kita raikan
[Chorus: Dayang]
pejamkan mata
mata yang lesu itu
dan mimpikan yang indah
mimpikan aku
biarkan gelita
menghapus derita
pejamkanlah matamu
(Malique)
(hakikatnya nirvana di sana
di sini masih lagi samsara
cuba tak diperhambanya dunya
sukar tapi aku cuba
sukar tapi aku cuba ya)
(Dayang Nurfaizah)
kembalikan senyuman
serimu yang dulu
kembali ke dakapan
ku perlindunganmu
walaupun gerhananya
seakan tak berakhir
selagi ku di sisi
tak usah khuatir
[Chorus]
pejamkan mata
mata yang lesu itu
dan mimpikan yang indah
mimpikan aku
biarkan gelita
menghapus derita
pejamkanlah matamu

Baca Juga Lirik Lagu Cinta – Ismail Izzani

 

Di blog ini, kami hanya memaparkan lirik lagu. Anda juga boleh membuat carian ataupun pembelian di media streaming online seperti Google Play Music, Apple Music dan iTunes, Amazon, Qobuz, Joox, Langit Musik, Spotify, Deezer, KKBOX, Youtube dan lainnya. Lirik Pejamkan Mata – Malique ft Dayang Nurfaizah adalah seperti berikut:

Blog lirik lagu ini tidak menyediakan sebarang link untuk download lagu mp3 * dari * samada dalam format mp3 atau sebarang format audio yang lain. Untuk pembelian lagu sila beli melalui laman media streaming yang sah, atau pun apa-apa saluran lain yang dibenarkan oleh undang-undang dan mengikut saluran yang betul. Paparan lirik lagu * didalam website ini adalah untuk tatapan umum dan setiap lirik lagu adalah hak milik sepenuhnya empunya pencipta lirik / syarikat rakaman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version