Lirik Lagu 7 Nasihat – Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Kmy Kmo & Luca Sickta

Kongsikan Sekarang

Lirik Lagu 7 Nasihat – Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Kmy Kmo & Luca Sickta

Lirik Lagu 7 Nasihat

( Dato Siti Nurhaliza )

Anak pipit jangan tak dihirau
Gusar esok ke sarang si rimau
Anak didik harusnya dirisau
Gusar esok engkau yang dipisau
Dulu tunggu diturut balik
Dulu diam sekarang celik
Dulu tahu waktu balik
Dulu diam sekarang cerdik
Nak dilenturnya buluh
Biar dari rebungnya
Kelak pasti mereka kan terjaga akhlaknya
Nak dibentukkan tubuh
Bukan dari bengkungnya
Susun atur mereka sebelum kenal dunia

Habis main di tanah sebelum senja ke rumah
Takut nanti tersalah bawa pulang masalah
Tak endah yang sekarang cakap jangan sebarang
Elok awal dilarang untuk kau jadi orang
Dulu tunggu diturut balik
Dulu diam sekarang celik
Dulu tahu waktu balik
Dulu diam sekarang cerdik

( Verse )

Satu
Hendak berjaya mendada jangan pastikan
Jika malu bertanya sesat jalan
Biar Lapar sehari asalkan kenyang bertahun
Biar berkerut dahi asahkan minda beralun
Kedua
Semua nasihat cam petua
Ketua perlu jua nak sihat sampai tua
Masuk semua benua pelusuk dalam luar
Hormat tanpa bersua walau darjah sempoa
Tiga
Lain liga lain cara elak geliga dalam rasa media masa
Dahulu kerna lidah badankan binasa
Sekarang kerna mata jemari berbicara
Cara bicara yang ke 4 semua telinga harus peka
Nenek moyang yang nasihat majoriti ramai leka
Terlena
Dibuai mimpi dek dunia cereka
Hanyut dihempas ombak gah lupa mereka
Lima
Usah dikira kanan kiri
Cermin untuk kerna hidup tiada siri
Kerna hidup tiada sisi bila hati mula hitam
Lupakan kisah silam nilam usah disiram
Kusiram yang ke 6 biar mekar dalam hati
Ingati putus urat dan tenaga urat besi
Korbannya bukan calang tak hilang dimakan hari
Bajakan jasa mereka dengan budi budi

( Dato Siti Nuhaliza )

Anak pipit jangan tak dihirau
Gusar esok ke sarang si rimau
Anak didik harusnya dirisau
Gusar esok engkau yang dipisau
Dulu tunggu diturut balik
Dulu diam sekarang celik
Dulu tahu waktu balik
Dulu diam sekarang cerdik

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Baca Juga Lirik Lagu Cinta – Ismail Izzani

 

Di blog ini, kami hanya memaparkan lirik lagu. Anda juga boleh membuat carian ataupun pembelian di media streaming online seperti Google Play Music, Apple Music dan iTunes, Amazon, Qobuz, Joox, Langit Musik, Spotify, Deezer, KKBOX, Youtube dan lainnya.  adalah seperti berikut:

Blog lirik lagu ini tidak menyediakan sebarang link untuk download lagu mp3 * dari * samada dalam format mp3 atau sebarang format audio yang lain. Untuk pembelian lagu sila beli melalui laman media streaming yang sah, atau pun apa-apa saluran lain yang dibenarkan oleh undang-undang dan mengikut saluran yang betul. Paparan lirik lagu * didalam website ini adalah untuk tatapan umum dan setiap lirik lagu adalah hak milik sepenuhnya empunya pencipta lirik / syarikat rakaman. Sumber rujukan lirik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version