Laporan Reflektif MPU3133 Kursus Tamadun Islam Dan Tamadun Asia
MPU3133 Kursus Tamadun Islam Dan Tamadun Asia adalah kursus yang saya ambil semester ini juga merupakan kursus wajib yang perlu diambil oleh semua pelajar program pengajian peringkat Ijazah di Open University Malaysia (OUM).
Bagi melengkapkan kursus ini, saya telah mengulangkaji secara individu dan kadangkala secara berkumpulan. Selain itu juga, saya mengambil bahagian dalam aktiviti dalam talian dan menghadiri semua kelas tutorial yang telah diadakan di pusat pengajian. Melalui kursus ini saya dikehendaki menjawab 4 kuiz secara atas talian pada jangka waktu yang telah ditetapkan oleh pihak Universiti berdasarkan 10 topik yang dipelajari.
Saya telah mempelajari mengenai keunggulan tamadun-tamadun besar dunia, kelebihan dan kelemahan mereka. Pengajian ini membuatkan saya lebih memahami perbezaan agama, kebudayaan dan bangsa antara tamadun Islam, tamadun Cina dan tamadun India serta tamadun saya sendiri iaitu tamadun Melayu. Kini saya sedar dengan memahami tentang latar belakang masyarakat, sistem kepercayaan agama dan kepelbagaian budaya pada tamadun silam menyedarkan saya untuk menyumbang ke arah kebaikan untuk semua tanpa mengira agama ataupun bangsa.
Saya mendapati tamadun-tamadun ini telah memberi sumbangan besar di dalam bidang sosial, ekonomi, perubatan, metematik, astronomi, seni muzik, politik dan pelbagai lagi bidang. Sumbangan ini telah memperlihatkan kehebatan hasil ciptaan manusia dalam pelbagai aspek kebendaan di samping pengamalan kerohanian untuk membina dunia moden yang dinikmati sejagat pada hari ini.
Sejarah atau ketamadun merupakan minat saya sejak dari dulu lagi kerana dari catatan sejarah, kita akan belajar banyak perkara yang tidak mengetahuinya sebelum ini. Selain daripada pembelajaran melalui kelas, saya berharap pengajian ini juga dilakukan di luar kelas dengan melawati tempat-tempat yang mempunyai nilai sejarah bagi mengambil iktibar dari masa silam dan melahirkan mahasiswa-mahasiswi yang berfikiran lebih luas, berpandangan global dan melengkapkan ilmu dan memupuk serta membentuk tiang negara di masa hadapan.