Karangan Faedah-Faedah Belajar Mengguakan Komputer

Kongsikan Sekarang

Karangan Faedah-Faedah Belajar Mengguakan Komputer

FAEDAH-FAEDAH BELAJAR MENGGUNAKAN KOMPUTER

 

Dewasa ini, komputer merupakan  alat penting  yang  digunakan di kebanyakan sekolah di negara kita. Sebagai contoh, komputer seringkali digunakan oleh guru-guru semasa menyampaikan pengajaran kepada para pelajar. Kini boleh dikatakan ramai dalam kalangan murid sekolah telah mahir dalam menggunakan computer seperti kata kata peribahasa alah bisa tegal biasa. Oleh itu, terdapat banyak faedah belajar menggunakan komputer.

 

Antara faedah belajar menggunakan komputer ialah pelajar-pelajar  dapat berkongsi  maklumat   bersama-sama rakan. Hal ini demikian kerana rakan-rakan yang berkebolehan dalam mengendalikan komputer akan saling menunjuk cara dan menyampaikan maklumat antara satu sama lain. Sebagai contoh, memuat turun bahan pembelajaran daripada Internet dan lain-lain. Oleh itu belajar menggunakan komputer akan membentuk perkongsian maklumat dalam kalangan pelajar.

 

Di samping itu, belajar dengan menggunakan komputer akan menjadikan aktiviti  pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Hal ini demikian kerana setiap pelajar akan berasa seronok dan ingin melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran secara aktif. Sebagai contoh, program Skor A atau program interaktif yang memerlukan pelajar menyelesaikan tugasan secara langsung  atas  talian. Sudah terang lagi bersuluh, belajar menggunakan komputer menjadikan suasana pembelajaran akan lebih ceria.

 

Seterusnya, faedah belajar menggunakan komputer ialah  dapat menjimatkan masa sesi pembelajaran.  Pada kebiasaannya  bahan-bahan pembelajaran  akan disediakan  terlebih dahulu oleh guru atau pelajar.  Selain itu, tugasan  atau latihan  pelajar juga dapat dijawab atas talian tanpa memerlukan bahan edaran bersesuaian dengan kata peribahasa, masa itu emas.  Oleh itu, faedah belajar menggunakan komputer dapat menjimatkan masa dalam pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas.

 

Selain itu, belajar menggunakan komputer  boleh meningkatkan prestasi akademik seseorang  pelajar  di sekolah.  Hal ini demikian kerana terdapat banyak informasi dan maklumat terkini boleh dijadikan sumber ilmu.  Sebagai contohnya, pelajar-pelajar boleh mengakses internet untuk menambahkan ilmu pengetahuan dalam subjek tertentu.  Jika ini dilakukan, sudah tentu pelajar-pelajar boleh meningkatkan kejayaan dalam peperiksaan seperti kata cogan kata , Usaha Tangga Kejayaan.  Oleh itu, belajar menggunakan komputer akan memudahkan pelajar berjaya dalam pelajaran.

 

Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama dan berganding bahu dengan menjadikan komputer sebagai alat teknologi yang berkesan dalam pembelajaran.  Di samping menjadikan generasi yang celik komputer, kaedah ini juga mendatangkan banyak faedah.  Hal ini bertepatan dengan dasar  kerajaan dan saranan Perdana Menteri ke arah konsep 1 Malaysia iaitu ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *