Contoh Pendahuluan Kerja Kursus Geografi

Kongsikan Sekarang

Contoh Pendahuluan Kerja Kursus Geografi

 

Contoh Pendahuluan Kerja Kursus Geografi

 

Kajian lapangan ini merupakan tugasan wajib seperti yang diarahkan oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian
Pendidikan Malaysia untuk dijalankan oleh setiap pelajar tingkatan 3 yang akan menduduki Pentaksiran
Tingkatan 3 (PT3). Tajuk kajian bagi kajian lapangan saya adalah (tajuk kajian) dan saya (nama) pelajar
tingkatan 3 (nama kelas)dari sekolah (nama sekolah) telah melakukan kajian ini di kawasan (kawasan kajian).
Antara sebab utama saya memilih kawasan (kawasan kajian) sebagai kawasan kajian kerana ia merupakan
tempat tinggal saya dan berdekatan dengan sekolah. Ini akan memudahkan urusan saya untuk membuat kajian
kerana berhampiran dengan rumah saya. Selain itu, saya juga mahir dengan kawasan ini justeru memudahkan
saya mendapat data-data yang berguna untuk direkodkan dalam kerja kursus saya.
Tempoh masa yang diberikan kepada saya telah saya gunakan dengan sebaiknya dari hari pertama sehingga
hari kerja kursus ini disiapkan. Sepanjang saya melakukan kajian ini, saya telah menemu bual beberapa orang
responden bertujuan untuk mendapatkan data-data yang tepat. Saya sangat bersyukur dan berterima kasih
kepada semua responden kerana telah memberi kerjasama yang baik dan akhirnya saya berjaya menyiapkan
kerja kursus ini dalam tempoh masa yang diberikan.

 

Baca juga Contoh Penghargaan kerja kursus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *