Contoh Penghargaan Kerja Kursus Geografi

Kongsikan Sekarang

Contoh Penghargaan Kerja Kursus Geografi

Contoh Penghargaan Kerja Kursus Geografi

 

Sepanjang proses saya menyiapkan kerja kursus bagi mata pelajaran Geografi, saya telah mendapat banyak bantuan
daripada pihak-pihak lain. Bantuan yang diberikan oleh mereka amat saya hargai kerana dengan bantuan merekalah saya
dapat menyiapkan tugasan kerja kusus bagi mata pelajaran Geografi ini.
Oleh itu, saya ingin menyatakan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru Geografi saya, Puan Faridah yang
telah banyak memberi saya tunjuk ajar dalam bagaimana untuk membuat kerja kursus ini. Dengan bantuan beliaulah saya
dapat menyiapkan kerja kursus ini.
Selain itu, rakan-rakan seperjuangan saya turut membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus ini. Antara rakan-rakan
saya yang telah membantu saya adalah Che Manat, Muhamad Baki dan Azroy. Saya amat menghargai pertolongan yang
diberikan oleh mereka.
Saya juga ingin memberikan penghargaan kepada Tuan Pengetua, Tuan Baharim. Beliau telah membenarkan saya untuk
menyiapkan kerja kursus Geografi ini. Tanpa bantuan beliau, sudah pasti saya tidak dapat melakukan kerja kursus ini.

 

Baca juga Karangan Cermelang SPM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *