Contoh Karangan Cara mengenang jasa ibu bapa
Seperti yang kita ketahui, ibu bapa adalah insan yang paling banyak jasa yang mereka korbankan untuk kita sepanjang hayat kita. Merekalah yang akan sentiasa menjaga kita dari kita di dalam kandungan, bayi, kanak-kanak dan kemudian meningkat remaja hinggalah kita sudah menjadi dewasa dan mempunyai pekerjaan tetap serta mempunyai keluarga sendiri. Hari demi hari usia mereka pun akan semakin melanjut, semakin banyak penyakit yang datang pada mereka dan sehinggalah mereka uzur serta tidak mampu untuk membuat aktiviti dan kerja seperti dahulu. Apabila mereka sudah uzur, kita yang sebagai anak haruslah memikul tanggungjawab yang besar untuk menjaga kedua ibu bapa kita serta sentiasa mengenang jasa ibu bapa kita.
Antara berikut adalah cara-cara untuk mengenang jasa kedua ibu bapa kita yang pertama ialah kita sebagai anak haruslah melayan kerenah ibu bapa. Seperti yang kita ketahui, apabila seseorang telah lanjut usianya pasti perangai keanak-anakan mereka akan muncul dalam jiwa mereka, terutama sekali jika mereka sedang sakit. Oleh hal yang demikian, mereka menjadi seperti begini adalah kerana mereka inginkan perhatian daripada anak-anak. Maka itu, kita sebagai anak haruslah melayan kerenah ibu bapa kita walaupun kita tahu bahawa permintaan mereka itu adalah mengarut dan kita sebagai anak janganlah sesekali untuk marah atas permintaan mereka walaupun semudah untuk membawakan air.
Selain itu, kita sebagai anak mestilah pandai untuk meluangkan masa bersama-sama dengan ibu bapa kita. Apabila kita sudah mempunyai keluarga sendiri dan mempunyai pekerjaan yang tetap sudah pasti kita akan sukar untuk meluangkan masa bersama ibu bapa kita serta terkejar-kejar untuk menghabiskan kerja agar dapat meluangkan masa bersama keluarga dalam masa yang untuk menjaga ibu bapa. Oleh itu, kita mestilah bijak untuk menguruskan masa supaya dapat menjaga ibu bapa kita yang telah uzur. Sebagai contoh, jika kita tinggal bersama dengan ibu bapa kita. Kita haruslah luangkan masa bersama mereka dengan membawa mereka ke tempat yang boleh menenangkan fikiran seperti di tepi sungai. Di samping itu, sekiranya ibu bapa kita memerlukan penjagaan yang rapi, kita sebagai anak sekurang-kurangnya mengambillah cuti untuk menjaga mereka. Sebagai anak seharusnya tahu bahawa ibu bapa adalah sangat penting dari segala-galanya kerana merekalah yang membesarkan kita sehingga kita menjadi anak yang berjaya dan berguna.
Seterusnya, kita juga haruslah memberi ganjaran kepada ibu bapa kita dengan cara membuatkan mereka gembira. Maka inilah masanya untuk kita membalas jasa ibu bapa kita dan membahagiakan mereka. Membahagiakan kedua ibu bapa kita bukan bermaksud kita membahagiakan mereka dengan wang ringgit dan membuatkan mereka tertawa. Kita sebagai anak boleh mengembirakan ibu bapa kita dengan melawat mereka dengan membawa anak-anak kita agar mereka dapat meluangkan masa dengan cucu mereka. Selain itu, kita boleh membuat mereka bahagia dengan berkongsi kejayaan kita kepada yang dapat kepada mereka. Seperti mndapat gred cemerlang dalam peperiksaan, mendapat segulung diploma dan ijazah ataupun mendapat kenaikan pangkat.
Akhir sekali, jika kita mempunyai ibu bapa yang menghidap pelbagai penyakit sudah tentu banyak wang ringgit yang sudah kita habiskan untuk membiayai kos perawatan ibu bapa kita serta mencari pelbagai cara untuk merawat mereka. Maka sesungguhnya,kita tadahkanlah kedua-dua telapak tangan kita untuk memohon kepada Allah supaya ibu bapa kita diberi kesihatan seperti yang sedia kala. Sesungguhnya kepada Allah tempat yang paling layak untuk mengadu. Tetapi seperti yang kita ketahui berdoa kepada Alah bukanlah hanya ketika ibu bapa kita ditimpa musibah dan sakit sahaja. Malah kita sebagai anak sehatusnya mendoakan kesejahteraan kedua ibu bapa kita setiap hari. Oleh hal yang demikian, kita sebagai anak haruslah ingat bahawa jasa ibu bapa kita tiada tandingannya maka janganlah kita sesekali mengabaikan ibu bapa kita atau menghantar mereka ke rumah orang tua.