Contoh Karangan Aku Sebatang Gigi Kacip

Kongsikan Sekarang

Contoh Karangan Aku Sebatang Gigi Kacip

Contoh Karangan Aku Sebatang Gigi Kacip

 

ARANGAN AKU SEBATANG GIGI KACIP

Aku  adalah sebatang gigi kacip. Badanku berbentuk pipih dan tajam. Tuanku seorang budak lelaki yang comel. Namanya Amirul.
   Aku membesar bersama-sama adik-adikku yang bernama Sang Taring, Sang Geraham dan Sang Geraham kecil. Tugasku adalah menggigit dan memotong. Aku perlu sentiasa dibersihkan sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Aku perlu dijaga dengan cara yang betul.
  Tuanku selalu membersihkanku. Tuanku membersihkanku menggunakan berus gigi dan pencuci mulut supaya gigi tuanku bersih. Penggunaan benang flos dapat mengeluarkan sisa makanan yang terselit di celah-celah gigi tuanku. Aku juga perlu dikumur dengan pencuci mulut yang berflorida.

Selain dari menjaga kebersihanku, Amirul juga mengambil makanan yang sihat agar kesihatanku baik. Makanan seperti sayur-sayur dan buah-buahan dapat menjaga kesihatanku dan tuanku. Minuman seperti susu juga dapat menjaga kesihatan.

Amirul juga mengambil makanan seperti zat besi, vitamin, kalsium dan protein. Amirul juga membuat pemeriksaan gigi dua kali setahun. Hal ini kerana, aku perlu dijaga dengan rapi agar aku dapat berkhidmat.

Aku disayangi oleh tuanku. Aku gembira kerana dapat berkhidmat. Aku bangga kerana dijaga dengan baik.

Sumber karangan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version