Cara tukar hak milik kereta Di JPJ – Panduan Lengkap

Kongsikan Sekarang

Cara tukar hak milik kereta 

cara tukar hak milik kereta
cara tukar hak milik kereta

Cara tukar hak milik kereta Di JPJ – Panduan Lengkap

Panduan Lengkap Tukar Hak milik Kereta Langkah Demi Langkah

Mula-mula saya ingatkan susah urusan tukar hak milik kereta. Rupanya bukan susah sangat, hanya beberapa langkah sahaja urusan anda akan selesai. Kali ini urusan tukar hak milik kereta myvi  saya dengan pemilik baru , sahabat saya sendiri yang berada di Kuala Lumpur.

Langkah Pertama : Langsai bayar

Mula-mula, mestilah owner baru telah melangsaikan bayaran jual beli kereta tersebut. Melainkan anda seorang yang pemurah dan berniat untuk bersedekah kepada owner baru. huhu…Inilah yang disebut penukaran hak milik secara sukarela di JPJ.

Langkah Kedua : Inspection Puspakom
Owner baru/owner lama perlu ke Puspakom untuk buat inspection. Seperti yang saya maklum sebelum ini, anda perlu buat appointment di Puspakom untuk inspection. Mudah sahaja, hubungi Puspakom terdekat untuk booking appointment. Di puspakom, anda hanya perlu mengisi borang B5 dan tunggu sehingga proses inspection selesai. Puspakom akan mengeluarkan keputusan inspection untuk tindakan selanjutnya. Kos inspection hanya RM30 tidak termasuk GST.

Dokumen yang perlu bawa, IC dan geran asal. Anda juga boleh rujuk di sini untuk keterangan lanjut.

Langkah Ketiga : Urusan di JPJ (owner lama)

Owner lama perlu ke JPJ dan mengisi borang tukar hakmilik kepada pemilik baru. Pihak JPJ akan mengambil thumbprint dan urusan setel. Jangan lupa bawa IC…JPJ akan mengeluarkan slip menunjukkan anda telah selesai urusan thumprint penukaran hak milik. Slip ini tak perlu dibawa bersama oleh owner baru, hanya cukup ambil gambar sahaja. Ada yang original lagi bagus

Details yang perlu di isi dalam borang tukar hak milik (Borang JPJ K3) adalah nama, IC, alamat untuk kedua-dua owner baru dan lama. (NOTA Tempoh Untuk Owner Baru  Untuk Thumprint Di JPJ Di Beri Selama 7 Hari Bermula Tarikh Owner Lama thumprint.)

Langkah keempat : Urusan di JPJ (owner baru)

Owner baru seeloknya Buat insurance Untuk Kenderaan yang ingin Di beli  terlebih dahulu di atas nama beliau kerana setelah urusan thumbprint di JPJ, road tax akan terus terbatal. Jika insurance dah diperbaharui, owner baru boleh terus sambung roadtax  lama Atau  Boleh Terus Renew Roadtax Baru.
Baik, owner baru juga perlu mengisi borang  (Borang JPJ K3) yang sama penukaran hak milik seperti owner lama.
Dokumen perlu di bawa :
1. IC
2. Geran asal (Jika Ada)
3. Result Inspection puspakom yang asal
4. Slip thumprint owner lama ( gambar pun boleh, jika owner lama berada ditempat lain) 

Nanti pegawai akan setelkan thumprint untuk urusan tukar hakmilik dahulu, dan secara automatik roadtax akan mati. Lepas tu owner baru boleh terus apply roadtax baru sebab inusrance baru dah selesai.

Itu sahaja, dan kedua-kedua tak perlu pergi bersama-sama ke JPJ pun. Hanya perlu tunaikan tugas masing. Nak tahu selebihnya, boleh juga rujuk di website JPJ.

Sekian.

Jika  Panduan ini Bermanfaat Tolong Share artikel ini kepada rakan anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *