Cara Renew Roadtax Motosikal Lebih Setahun.

Kongsikan Sekarang

Cara Renew Roadtax Motor  Lebih Setahun.

 

Cara Renew Roadtax Motor Lebih Setahun.

Sila ikuti Panduan ini Langkah demi langkah.

Langkah 1: Buat Insuran Kenderaan tersebut.

Mula2, Kita kena buat insuran kereta @ motosikal tersebut untuk tujuan perjalanan ke puspakom kena ada insuran kenderaan.Buat Insuran ikut kemampuan kita kalau yang nak murah buat yang insuran third party saja.

Langkah 2. Dapatkan One Day Permit ( Permit Perjalanan Sementara Untuk Tujuan Pemeriksaaan Kenderaan (JPJ K12)

Dapatkan permit Perjalan sementara di JPJ berdekatan untuk tujuan pemerikasaan di Puspakom (ini Kira Macam Roadxat sehari gitu, sebab jika kita tidak ambil borang ini takut dalam perjalanan ke puspakom kena tahan polis atau JPJ lepas tu kena saman..hahaha..
Sebelum ke Puspakom, pastikan anda bawak geran asli, IC dan lesen memandu.

Langkah 3. Booking Puspakom

booking appointment inspection kat Puspakom di talian 03 – 5101 7000. No talian ini hanya untuk Wangsa Maju dan Seremban sahaja. Untuk lokasi selain dari ini anda boleh refer di sini. (Bagi Motosikal Anda boleh membuat pemeriksaan di JPJ secara percuma, Namun Kereta Perlu buat di Puspakom.)

Langkah 4. Buat Pemeriksaan dan Bayaran

Sebelum ke Puspakom, pastikan anda bawak geran asli, IC dan lesen memandu.
Di Puspakom wangsa maju, anda perlu ke pondok sekuriti untuk pendaftaran. Anda perlu mengisi borang dan pihak puspakom akan beri kepada anda no giliran. Anda boleh terus ke payment counter sebelah pondok sekuriti. Bayaran yang dikenakan kepada saya RM20 sahaja.

Selepas pembayaran, anda hanya perlu tunggu pegawai puspakom datang untuk inspect kenderaan anda. Untuk motosikal, senang dan singkat sahaja inspection yang di buat. Mereka bandingkan nombor chasis di motosikal dan geran samada sama atau tidak. Kemudian, mereka check lampu signal, lampu brake dan hon. Semuanya OK, kira lulus dan seterusnya anda hanya perlu menunggu untuk laporan inspection kenderaan anda. Laporan ini Sah Laku Sebulan saja dan penting untuk permohonan road tax di JPJ.

Langkah 5. Renew RoadTax Di JPJ

Anda Boleh Pergi ke Pejabat JPJ berdekatan dengan anda bawa sekali ic, lesen, geran asal, laporan puspakom, sijil Takaful untuk permohonan road tax baru.

Untuk maklumat lanjut boleh rujuk Puspakom , di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *