JPJ Kuala Lumpur

Cara Renew Lesen P ke Lesen Full (CDL) 2020

Kongsikan Sekarang

Cara Renew Lesen P ke Lesen Full (CDL) 2020

Cara dapatkan Lesen Memandu hilang

Cara Renew lesen P ke CDL

 

Setelah tempoh 2 tahun, anda layak untuk renew lesen P anda ke lesen Full Competent Driving License (CDL).

Kebanyakan pemegang lesen P tidak tahu, sebenarnya anda boleh memohon penukaran lesen P anda ke lesen kompeten penuh 7 hari sebelum tamat tempoh percuban.

Jadi, anda boleh renew lesen P ke CDL awal seminggu.

 

Berapakah tempoh masa untuk renew lesen P?

Tempoh masanya adalah 1 tahun daripada tarikh tamat tempoh percubaan.

Adakah anda akan di denda jika anda lupa, lewat ataupun lambat renew lesen P?

Sebenarnya, anda tidak akan di denda.

Tetapi, tarik tamat lesen memandu akan di selaraskan dengan tarik lahir anda.

Jika anda lewat ataupun lambat renew lesen P, anda di kehendaki membayar lebih sedikit untuk samakan tarik lesen dengan tarik lahir.

Bayarannya tidak banyak, cuma RM15 sahaja dan tarikh lesen tamat tempoh di tambah 1 tahun.

Berapakah harga untuk renew lesen P ke CDL?

Harga pembaruan lesen bergantung kepada tempoh lesen yang anda pilih.

Anda boleh pilih renew lesen kompeten sehingga maksimum 5 tahun.

 

Berikut adalah harga bayaran rasmi daripada JPJ:

1 tahun – RM30
2 tahun – RM60
3 tahun – RM90
4 tahun – RM120
5 tahun – RM150

Di mana renew lesen P?
Di manakah anda boleh renew lesen percubaan anda?

 

Lesen P boleh di tukar ke lesen penuh CDL di pejabat-pejabat JPJ dan Urban Transformation Centre (UTC).

Apakah prosedur untuk renew lesen P?

Prosedurnya adalah amat mudah.

Pergi ke pejabat JPJ ataupun UTC yang terdekat.

Ambil Borang JPJ L1 dan isi setelah itu,

Ambil nombor dan tunggu giliran anda.

Bila nombor anda di panggil, pergi ke kaunter dan beritahu pegawai bertugas anda ingin tukar lesen P ke lesen kompeten CDL.

Serahkan kad pengenalan dan lesen P anda.

Beritahu pegawai bertugas berapa tahun anda hendak renew lesen.

Jika anda ingin tukar gambar di lesen, bawa bersama gambar sendiri berlatar belakang putih berukuran 25 mm x 32 mm.

Anda juga boleh kekalkan gambar lesen P ke lesen CDL, cuma beritahu pegawai bertugas.

Buat bayaran dan tunggu.

Lesen CDL anda akan di cetak dalam beberapa minit sahaja.

 

Bolehkah anda renew lesen P di Pejabat Pos Malaysia?

Malangnya tidak boleh.

Apabila anda tukar lesen percubaan ke lesen kompeten, anda akan di beri kad lesen yang baru tanpa tanda “P”.

Di Pejabat Pos, anda boleh renew lesen kompeten anda dan anda akan di beri slip pembaruan lesen.

Slip

Slip pembaruan lesen memandu

Bolehkah anda renew lesen P di laman MyEG online?

Tidak boleh.

Servis di laman MyEG adalah sama dengan servis di Pejabat Pos.

Anda hanya boleh menggunakan MyEG and renew lesen CDL anda yang tamat tempoh.

Kesimpulan
Sebagai pemegang lesen P, anda di kehendaki melalui tempoh percubaan memandu selama 2 tahun.

Jika anda tidak mengumpul 15 mata demerit dalam tempoh 2 tahun, anda layak untuk renew lesen P ke lesen full kompeten ataupun Competent Driving License (CDL).

Masa yang di beri untuk menukar P and CDL adalah 1 tahun.

Tiada denda yang akan di kenakan jika anda lewat renew P ke CDL.

Anda cuma perlu membayar RM15 untuk menyelaraskan tarikh tamat tempoh lesen dengan tarikh lahir anda.

Tapi, masalahnya ialah jika anda tidak renew lesen percubaan ke CDL melebihi 1 tahun daripada tarikh tamat tempoh percubaan.

Jika insiden ini berlaku, anda akan di kehendaki melalui semula prosedur untuk mendapatkan lesen memandu di Malaysia.

Jangan biarkan ini berlaku kerana anda akan membazir wang dan masa.

Adakah lesen P anda sudah tamat tempoh?

Keluarkan lesen daripada beg ataupun dompet dan periksaan tarikh tamat tempoh sekarang juga.

 

Baca juga : Cara Renew Lesen

Rujukan

Comments

  1. jika saya nak renew untuk 2 tahun, saya perlu bayar 60 dan untuk selaraskan dengan tarikh lahir saya perlu tambah lagi 15? macam tu ke

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *