Cara hilangkan Ketumbit

8 Cara hilangkan Ketumbit

Kongsikan Sekarang

8 Cara hilangkan Ketumbit

Cara hilangkan Ketumbit

Cara hilangkan Ketumbit

Ketumbit Sebab Intai Orang Mandi Ke..?!

Buat mereka yang pernah kena ketumbit, biasanya orang tua-tua akan kaitkan ketumbit dengan sebab mengendap atau mengintai orang lain.

Betul ke intai orang mandi boleh kena ketumbit?

Menurut Dr Muhaya, ketumbit terjadi apabila bakteria membiak di akar bulu mata, seterusnya menyebabkan masalah keradangan ini.

Lazimnya, ketumbit boleh pulih dengan sendirinya. Namun, ia mungkin mengambil masa paling lama kira-kira seminggu.

Berikut adalah 8 cara bagi menghilangkan ketumbit :

1. Bersihkan kelopak mata dengan air bersih. Guna putik kapas dan syampu bayi untuk membersihkan bahagian kelopak dan bulu mata.

2. Tuam guna kain yang direndam dalam air sederhana panas / suam.

3. Selain kain, guna sudu yang direndam dalam air suam dan tuam pada mata juga boleh membantu.

4. Uncang teh hijau yang direndam dalam air panas, dan tuam pada bahagian mata yang kena ketumbit juga boleh mengurangkan bengkak ketumbit ini.

5. Ambil daun sirih dan panaskan sedikit, seterusnya tekap pada mata ketumbit. Air perahan daun sirih juga dikatakan berkesan untuk membersihkan ketumbit.

6. Garam juga dikatakan boleh mengurangkan ketumbit. Masukkan sedikit garam dalam air panas. Selepas garam larut, tuam pada mata ketumbit menggunakan kapas.

7. Kaedah yang sama pada

6 juga boleh digunakan menggunakan cuka epal.

8. Petua paling popular. Seulas bawang putih diguris sedikir pada hujungnya hingga keluar sedikit cecair. Sapukan pada bahagian ketumbit.

Apa pun, ini hanya petua. Segeralah berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan yang lebih professional.

Baca Juga : 6 Cara Hilangkan Rasa Mengantuk

Baca Juga Artikel Penuh Ketumbit dari Website Myhealth.gov.my

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *