Berapa Modal Untuk Ternak Kambing?
Berapa Modal Untuk Ternak Kambing?
Soalan paling popular yang biasa kita dengar tentang penternakan kambing ini ialah:
“Agaknya berapakah jumlah modal dan kos yang diperlukan untuk memulakan projek ternakan kambing?”
Ya, permintaan terhadap daging kambing serta susu kambing sangat tinggi dari semasa ke semasa sehinggakan negara kita terpaksa mengimport lebih 12,000 ekor kambing 2 tahun lepas dari negara luar terutamanya pada musim perayaan..
Dengan permintaan yang sangat tinggi dan meningkat pada setiap tahun ini, membuatkan lebih ramai orang memilih untuk terjun ke bidang pertenakan kambing..
Bayangkan jika anda mempunyai ladang ternakan kambing yang luas, dipenuhi dengan kambing-kambing yang sihat dan 3G (gemuk, gebu, gempal).. Sudah pastinya anda mampu menjana keuntungan yang lumayan daripada hasil projek ternakan ini!
Tapi untuk memulakan projek ternakan kambing ini sangat memerlukan MODAL yang mencukupi mengikut skala ataupun matlamat projek penternakan anda..
Jika anda melakukan secara suka-suka, anda boleh memulakan projek ternakan ini secara kecil-kecilan sahaja dengan modal yang minimum..
TAPI jika anda benar-benar mahu jadikan projek ini sebagai satu kerjaya, anda perlu keluarkan modal yang lebih besar untuk pastikan ianya berjalan lancar..
Baca Juga : 10 Barang Paling Laku di Shopee 2021
Berikut antara 7 pecahan kos yang diperlukan untuk memulakan projek ternakan kambing:
#1 – Kos membeli atau menyewa tanah untuk membangunkan ladang ternakan
#2 – Kos membina kandang kambing (Kos minimum hanya RM2000)
#3 – Kos menanam rumput Napier di ladang sebagai makanan kambing.
#4 – Kos membeli makanan tambahan atau pallet untuk ternakan kambing.
#5 – Kos membeli baka kambing ternakan (harga dari RM600 hingga RM1500 bergantung kepada jenis baka dan usia)
#6 – Kos membeli ubat-ubatan seperti ubat luka luaran, ubat luka berulat, antibiotik, ubat penyakit kutu, kurap dan kecacingan
#7 – Kos membayar pekerja, bil utiliti dan lain-lain bil tambahan
Jika anda sudah ada tanah sendiri dan mahu memulakannya secara kecil-kecilan, modal yang diperlukan adalah sekitar RM5000 hingga RM10,000 bergantung kepada keperluan projek ternakan kambing anda.
Maka jumlah minimum yang perlukan ialah sebanyak RM5000 (jika anda melakukannya secara kecil-kecilan).. Anda boleh mulakannya dengan membela 2 ekor kambing (sepasang jantan dan betina) dulu untuk permulaan dengan modal yang terhad..
Jika anda betul-betul serius untuk memulakan projek ternakan kambing berskala besar dan memerlukan modal yang banyak, anda boleh cuba untuk memohon pinjaman bank dengan syarat anda mempunyai perancangan yang jelas & kertas kerja yang detail mengenai projek anda.
DAN paling penting anda perlukan ILMU & LATIHAN tentang ternakan kambing. InsyaAllah, anda pasti mampu berjaya dalam projek penternakan kambing anda jika anda mempunyai ilmu serta pengalaman cara sebenar menguruskan ternakan kambing..
Klik link berikut jika anda mahu belajar lebih lanjut tentang penternakan kambing:
Belajar Ternak Kambing