Bagaimana Saya Jana Untung RM15,000 Sebulan Menjual Tudung

Kongsikan Sekarang

Bagaimana Saya Jana Untung RM15,000 Sebulan Menjual Tudung, Walaupun Tanpa Premis

 

Bisnes Jimat Kos, Hanya Dari Rumah!

Nak mula buat bisnes tudung ni, tidaklah susah sangat! Kita boleh mula dengan modal beberapa ratus ringgit sahaja! Pulangannya juga agak cepat. Duit modal akan dapat dipusingkan dengan cepat! Lubuk jualan juga senang dijumpai.

Bila kita buat bisnes tudung ni…  Banyak sangat kos yang dapat kita potong dan jimatkan!
Sebabnya, bisnes tudung ini kita boleh buat dan mula dari rumah sahaja!

Penghantaran pun tak perlu pergi ke pejabat pos! Tetapi abang posmen yang datang sendiri ke rumah ambil barang! Dah jimat kos minyak dan masa disitu!

Dalam menjalankan bisnes tudung ni juga, saya tak gunakan model dan photoshot dalam studio yang memerlukan kos beratus, bahkan beribu ringgit untuk mengambil gambar setiap jenis tudung.

Cukup sekadar pelanggan saya yang jadi model menerusi feedback yang mereka hantar dan sekali-sekala, saya sendiri yang akan menjadi model. Ambil gambar pun guna handphone sahaja!

Bisnes Tepu? Banyak Persaingan?

Bila saya cerita pasal seronoknya buat bisnes tudung ni… ada juga yang kata… mereka nampak, bisnes tudung ni macam dah tepu dan terlalu ramai sangat orang yang menjual tudung. Jadi.. masih boleh cari makan ke?

Saya senyum je… memang saya akui, memang kita nampak ramai orang yang jual tudung… tapi.. dalam masa yang sama.. permintaan dan pasaran tudung ini juga sangat besar. Orang yang pakai tudung pada zaman kini, sangat ramai… malah, boleh saya katakan, majoriti wanita islam di Malaysia hari ini, memakai tudung. Tidak seperti zaman 60-an dulu, zaman-zaman P.Ramlee… zaman dulu, memang segelintir sahaja wanita yang memakai tudung.

Tapi hari ini, dari kanak-kanak, sekolah rendah, sekolah menengah, pelajar kolej & universiti, wanita bekerja dan wanita berumur… semuanya memakai tudung. Dan apa yang lebih menarik lagi, golongan wanita berhijab ini, akan terus membeli tudung walaupun mereka sudah mempunyai berpuluh dan beratus helai  tudung.

Boleh dikatakan hampir setiap bulan, mereka akan membeli tudung baru. Lebih-lebih lagi bagi golongan wanita yang kerap berada di luar rumah seperti wanita bekerja dan juga golongan pelajar. Mereka ini tidak akan putus-putus membeli tudung… sebabnya, setiap helai tudung yang dibeli, mempunyai nilai dan cirinya tersendiri yang berbeza dengan tudung yang lain, tambahan lagi, setiap helai tudung itu pula, hanya padan dipakai bersama beberapa helai baju sahaja.

Jadi, anda tidak perlu risau… walaupun sudah ramai orang yang menjual tudung, namun,  orang yang membeli tudung juga ada sangat ramai. Apa yang penting, anda perlu ada ilmu serta strategi yang tersendiri…. salah satu strategi yang boleh di gunakan.. ialah dengan mempunyai “produk killer”…

Mesti Ada Produk Killer!

Apabila kita buat bisnes tudung ni, kita mesti kena ada produk KILLER ! Produk KILLER inilah  yang akan buatkan tudung kita berbeza dari tudung-tudung penjual yang lain… dengan produk killer inilah nanti , bisnes dan jualan kita akan menjadi stabil pada setiap bulan!

Macam mana kita nak tahu tudung mana yang akan menjadi  produk killer?

Senang je! Produk killer ini adalah tudung yang paling banyak jualan dia.  Selalunya, dalam masa 3 bulan kita buat  bisnes tudung ni nanti,  kita dah boleh tahu, mana satu produk killer dalam banyak- banyak jenis tudung yang kita jual. Bila dah ada produk Killer.. Kita dah tak perlu promot sangat, sebab orang dah mula kenal dan tahu , mana nak beli tudung yang mereka sukai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *