Akta Perlindungan Pemberi Maklumat (Akta 711)
Akta Perlindungan Pemberi Maklumat (Akta 711)
1. Apakah yang dimaksudkan dengan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 [Akta 711]?
Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 [Akta 711] ialah akta yang baru digubal bagi memperuntukkan perlindungan terhadap Pemberi Maklumat yang telah mendedahkan sesuatu kelakuan tidak wajar. Sebagai contoh,sekiranya seseorang Pemberi Maklumat itu mendedahkan kesalahan rasuah majikan atau rakan mereka sendiri di tempat kerjanya, maka beliau berhak untuk mendapatkan perlindungan di bawah akta ini.
2. Apakah perlindungan yang diberikan kepada pemberi maklumat?
Perlindungan yang diberikan merangkumi tiga perkara seperti berikut:
- perlindungan maklumat sulit. Sebagai contoh, maklumat mengenai identiti, pekerjaan, alamat kediaman, tempat pekerjaan dan lain-lain;
- kekebalan daripada tindakan sivil atau jenayah yang cuba dikenakan terhadap pemberi maklumat.Sebagai contoh, seseorang pemberi maklumat, tidak boleh disaman atau didakwa oleh pihak yang telah didedahkan kelakuan tidak wajarnya; dan
- perlindungan terhadap tindakan yang memudaratkan. Sebagai contoh, seorang pemberi maklumat telah memberi maklumat mengenai perbuatan rasuah majikannya. Jika majikannya ingin mengambil tindakan balas seperti membuang kerja si pemberi maklumat itu, maka pemberi maklumat itu adalah dilindungi di bawah akta ini.
3. Apakah yang dimaksudkan dengan kelakuan tidak wajar?
Kelakuan tidak wajar bermaksud suatu kesalahan yang boleh terjumlah kepada kesalahan tatatertib atau kesalahan jenayah. Kesalahan tatatertib bermaksud tindakan yang melanggar tatatertib dalam badan awam atau badan swasta. Kesalahan tersebut hendaklah diperuntukkan oleh undang-undang atau dalam suatu tatalaku, kod etika atau pekeliling atau kontrak kerja. Manakala kesalahan jenayah pula adalah kesalahan yang telah diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang jenayah Negara ini seperti Kanun Keseksaan.
4. Apakah pula yang dimaksudkan dengan tindakan yang memudaratkan?
Tindakan yang memudaratkan termasuklah perbuatan mencederakan, ugutan, gangguan, diskriminasi, penamatan perkhidmatan, gantung kerja, ancaman atau apa sahaja yang menyebabkan kerugian yang disebabkan oleh mana-mana orang ke atas pemberi maklumat.
5. Kepada siapakah Akta ini terpakai?
Akta ini terpakai dalam kepada mereka yang berada dalam sektor awam dan swasta. Semua badan, agensi dan jabatan di bawah Kerajaan Persekutuan, Kerajaan-Kerajaan Negeri, pihak berkuasa tempatan, badan berkanun dan badan swasta seperti syarikat adalah tertakluk kepada pemakaian Akta ini.

6. Bilakah pemberi maklumat akan dilindungi di bawah Akta ini dan adakah pembatalan boleh dilakukan terhadap perlindungan yang telah diberikan?
Pada saat pemberi maklumat mendedahkan kelakuan tidak wajar (aduan), dia sudah menikmati perlindungan di bawah Akta ini.Perlindungan ini akan kekal selama-lamanya kecuali dibatalkan di bawah seksyen 11 Akta ini. Antara sebab-sebab pembatalan perlindungan adalah :

- pemberi maklumat sendiri telah menyertai kelakuan tidak wajar itu;
- pemberi maklumat sengaja membuat pernyataan palsu;
- pendedahan adalah remeh atau menyusahkan;
- pendedahan mempersoalkan merit dasar Kerajaan;
- pendedahan dibuat semata-mata untuk mengelak daripada dibuang kerja/tindakan tatatertib yang lain; dan
- pemberi maklumat telah melakukan kesalahan di bawah Akta ini.
7. Sekiranya saya mempunyai maklumat mengenai kelakuan tidak wajar mengenai majikan saya, siapakah atau di mana saya perlu mendedahkan maklumat tersebut? Bolehkah saya mendedahkan melalui e-mel, telefon atau surat?
Pemberi maklumat boleh mendedahkan maklumat tersebut kepada mana-mana agensi penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysa (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Imigresen Malaysia dan sebagainya. Agensi penguatkuasaan tidak akan menolak pendedahan tersebut atas dasar “no wrong door policy”.
Mengikut Akta ini, pendedahan boleh dibuat secara lisan atau bertulis. Pegawai yang diberi kuasa hendaklah mengubahnya ke dalam bentuk bertulis. Pendedahan boleh dibuat secara e-mel, telefon atau surat tetapi tetap perlu hadir untuk pengesahan.
Untuk melindungi pemberi maklumat tersebut, pegawai yang diberi kuasa akan menghubungi pemberi maklumat untuk menghadiri temujanji supaya perlindungan di bawah Akta ini dapat dilaksanakan.
8. Apakah remedi yang boleh dituntut oleh seseorang pemberi maklumat sekiranya tindakan memudaratkan telah dikenakan terhadapnya?
Pemberi maklumat dan orang yang mempunyai hubungan atau kaitan dengan pemberi maklumat boleh menuntut remedi daripada mahkamah jika tindakan yang memudaratkan sebagai tindak balas terhadap pendedahan kelakuan tidak wajar telah diambil atau pemberi maklumat bimbang tindakan yang memudaratkan akan diambil terhadapnya. Remedi yang boleh dituntut oleh pemberi maklumat :

- Ganti rugi atau pampasan;
- Injunksi (tegahan); atau
- Relief lain yang difikirkan patut oleh mahkamah.
9. Bilakah Akta ini dikuatkuasakan?
Akta ini telah dikuatkuasakan pada 15 Disember 2010.
Akta ini telah dikuatkuasakan pada 15 Disember 2010.