5 Cara Penternak Kambing Menjana Keuntungan Lumayan HANYA Dengan Projek Ternakan Kambing..

Kongsikan Sekarang

5 Cara Penternak Kambing Menjana Keuntungan Lumayan HANYA Dengan Projek Ternakan Kambing..

5 Cara Penternak Kambing Menjana Keuntungan Lumayan HANYA Dengan Projek Ternakan Kambing..

 

Pernah tak anda fikir kenapa ya para penternak kambing kecil-kecilan sentiasa tersenyum walaupun banyak menghabiskan masa dan tenaga mereka setiap hari menjaga kambing-kambingnya tanpa rasa jemu?

Ya, ini kerana projek ternakan kambing sangatlah menguntungkan dan mampu buat duit lumayan walaupun ia kelihatan sedikit memenatkan jika anda lakukannya sendiri secara kecil-kecilan!

Bayangkanlah jika anda memiliki ladang ternakan kambing yang luas, dipenuhi dengan baka-baka kambing pedaging & penusu yang sihat dan 3G (gemuk, gebu, gempal), pastinya projek ternakan kambing anda menjana keuntungan yang sangat lumayan- DIJAMIN!

Ia disebabkan oleh permintaan terhadap kambing yang sangat tinggi dari dalam dan luar negara DAN permintaan ini semakin meingkat dari tahun ke tahun..

Tapi bagaimana sebenarnya ternakan kambing ini mampu menjana keuntungan lumayan untuk para penternak?

Berikut antara 5 cara sebenar bagaimana para penternak kambing membuat duit yang banyak dengan hanya menternak kambing:

#1 – Menjual Kambing

Ramai orang mahukan kambing sama ada untuk mendapatkan dagingnya bagi tujuan kenduri atau makan sendiri mahupun mendapatkannya untuk memulakan projek ternakan secara kecil-kecilan. Jika anda mempunyai baka kambing yang bagus, anda mampu buat duit lumayan dengan menjual kambing. Malah anda juga boleh mengeksport daging kambing anda ke luar negara!

Baca juga : 10 Barang Paling Laku di Shopee 2021

#2 – Menjadi Pembekal Susu Kambing

Susu kambing mempunyai khasiat yang banyak dan sangat menyihatkan. Ramai pengeluar produk berlumba-lumba mengeluarkan produk susu kambing sama ada untuk diminum ataupun sebagai produk penjagaan diri seperti sabun dan syampu. Anda pasti dapat jana keuntungan dengan menjadi pembekal susu kambing kepada para pengeluar produk tersebut.

#3 – Menjadi Pembekal Kulit, Bulu & Tanduk Kambing

Kulit, bulu dan tanduk kambing mungkin tidak bernilai di mata anda tetapi ia turut mendapat permintaan yang tinggi bagi tujuan menghasilkan kraftangan. Malah ada yang menghasilkan jaket-jaket kulit serta kasut boot berasaskan kepada kulit kambing. Ia mampu menjana keuntungan besar untuk anda.

#4 – Menjadi Pembekal Baja Organik

Najis kambing mungkin berbunyi agak kotor dan tidak menyenangkan tetapi ia boleh menjadi baja organik yang bagus untuk tanaman-tanaman anda. Ia terbukti sangat berkesan dan tidak mendatangkan sebarang kebahayaan kepada tanaman serta ternakan anda. Ia boleh menjana keuntungan tanpa perlu kos yang tinggi.

#5 – Menjadi Pembekal Usus Kambing

Sekilas pandang, usus kambing mungkinlah antara organ yang kita sering anggap remeh dan tidak berguna tetapi ia sebenarnya sangat bermanfaat dalam bidang perubatan. Usus-usus kambing ini akan diproses dan dijadikan sebagai benang jahitan pembedahan kerana ianya sangat tahan lama dan terbukti selamat digunakan.

Jadi, ini antara 5 cara utama bagaimana para penternak menjana pendapatan lumayan melalui projek ternakan kambing.. Patutlah ramai orang semakin berminat untuk terjun ke bidang penternakan kambing kerana ia terbukti menjanjikan keuntungan!

Bukan setakat itu, anda juga boleh buat duit sampingan setiap bulan sambil-sambil anda menternak kambing.. Ini mampu membantu anda terus menjalani kehidupan harian tanpa perlu berfikir panjang tentang sebarang masalah kewangan..

Jadi tiada alasan lagi untuk anda tidak berani memulakan projek ternakan kambing anda sendiri kerana ia mampu membantu anda menjana keuntungan lumayan DAN menjana income sambilan yang agak menguntungkan walaupun anda masih baru memulakannya!

Nak belajar cara sebenar memulakan penternakan kambing yang benar-benar menguntungkan anda?

Klik link berikut untuk mengetahui lebih lanjut:
Cara ternak Kambing

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *