4 Langkah Membentuk Produk Digital Yang Berkualiti.

Kongsikan Sekarang

 

4 langkah membentuk produk digital yang berkualiti.

 

Pendahuluan.

 

Produk digital adalah lubuk wang di internet. Namun, jika produk tersebut tidak berkualiti, ia hanya akan membantutkan usaha anda untuk menjana sebanyak mungkin pendapatan menerusi jualan produk digital. Produk yang berkualiti akan di agung-agungkan manakala produk digital yang rendah mutunya akan di hindari oleh pembeli

 

Produk digital yang berkualiti bukanlah bergantung kepada template ebook atau video, ecover yang bagus dan tajuk yang menarik. Produk digital yang berkualiti bergantung kepada sejauh mana maklumat yang anda jual sampai kepada pembeli.

 

Jika anda menjual produk panduan memulakan perniagaan, produk tersebut mestilah boleh membantu si pembeli memulakan perniagaannya selepas menggunakan produk digital anda. Sokongan kepada pembeli perlulah hebat. Produk digital yang berjaya menyampaikan maklumat yang di jual adalah produk digital yang bermutu tinggi. 

 

Jika penyampaian maklumat tidak menepati objektif anda menulis ebook, ia adalah produk yang hanya melepaskan batuk di tangga sahaja. Untuk membantu anda menghasilkan produk digital yang berkualiti tinggi, saya senaraikan empat langkah utama iaitu

 

Untuk menghasilkan produk digital yang berkualiti tinggi, anda harus kenal pasti masalah dahulu. Kemudian, kenal pasti penyelesaian yang boleh anda lakukan untuk menyelesaikan masalah. Di sampin menyelesaikan masalah, anda perlu fokus pada tujuan produk digital tersebut di hasilkan. Akhirnya, barulah anda memikirkan tajuk yang paling sesuai untuk anda letakkan pada produk anda.

 

Masalah

 

Lihat keadaan sekeliling anda dan kenal pasti satu masalah. Di sekeliling anda pasti ada masalah. Lihat masalah yang mengganggu jiran anda, ahli keluarga anda, ibu bapa anda, anda sendiri dan rakan-rakan anda. Untuk memudahkan urusan anda, anda pilih beberapa orang dan catat semua masalah yang membelenggu mereka di atas satu kertas kosong. 

 

Dari banyak-banyak masalah, anda pilih satu masalah yang ada pada semua orang yang anda pilih tersebut. Namun, anda bebas untuk memilih masalah yang anda rasa menarik tanpa melihat kepada kesamarataan masalah yang di hadapi oleh orang-orang yang anda pilih.

 

Penyelesaian.

 

Selepas mengenalpasti masalah, anda cuba cari jalan penyelesaian kepada masalah yang anda pilih tadi. Jika masalah yang anda kenal pasti adalah masalah kewangan, anda cari penyelesaian untuk menyelesaikan masalah kewangan tersebut. 

 

Penyelesaian perlulah menyeluruh atau khusus. Bagi masalah kewangan, ada berbagai cara untuk menyelesaikan masalah tersebut. Antaranya, 

 

  • Panduan menyelesaikan hutang.
  • Panduan jimat wang.
  • Panduan meminjam 
  • Panduan perlaburan wang.
  • Panduan perniagaan bagi mereka yang ada masalah kewangan.
  • Panduang pengurusan wang.

 

Terdapat berbagai penyelesaian. Anda boleh tulis penyelesaian secara menyeluruh atau khusus pada satu-satu kemahiran. Pilih yang anda rasa terbaik.

 

Tujuan produk.

 

Langkah seterusnya adalah menentukan tujuan produk anda di hasilkan. Berdasarkan penyelesaian yang anda pilih tadi, anda tentukan tujuan produk anda di tulis. Contohnya bagi masalah kewangan, anda memilih penyelesaian adalah berkisarkan teknik menguruskan wang.

 

Jadi, anda perlu fokus bahawa tujuan produk anda di tulis adalah untuk membantu orang menguruskan wang. Tujuan produk anda bukanlah menyelesaikan masalah orang tetapi bertujuan membantu orang ramai menguruskan wang mereka sendiri.

 

Tajuk produk digital.

 

Sekarang dan langkah terakhir adalah memilih tajuk bagi produk digital anda. Pilih satu tajuk yang menarik dan catchy. 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *