25 intipati ringkas Pelan Jana Semula Ekonomi Negara

Kongsikan Sekarang

25 intipati ringkas Pelan Jana Semula Ekonomi Negara

 

25 intipati ringkas Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA)

1. Keseluruhannya terdapat 40 inisiatif bernilai RM35 bilion dengan RM 9 bilion daripadanya adalah untuk golongan pekerja.

2. Program subsidi upah diperluaskan dengan tambahan tempoh 3 bulan sehingga September 2020 dengan peruntukan 5 bilion, bezanya ia hanya pada 1 kadar iaitu RM600 setiap pekerja.

3. Insentif pengambilan pekerja baru bawah 40 tahun sebanyak RM800 dan bagi yang lebih 40 tahun atau OKU pula sebanyak RM1,000 bagi tempoh 6 bulan.

4. Majikan juga layak menerima insentif sebanyak RM600 jika sediakan peluang perantis kepada lepasan sekolah dan graduan.

5. Peruntukan RM 25 juta kepada MDEC untuk membimbing rakyat malaysia menjana pendapatan secara online untuk pelanggan antarabangsa.

6. Pengecualian cukai sehingga RM5,000 untuk manfaat pekerja yang diterima dari majikan dalam bentuk telefon bimbit, laptop atau tablet.

7. Insentif cukai pendapatan untuk bayaran kepada taska dan tadika sehingga RM 3,000. Ini untuk galakkan ibu bapa yakin untuk hantar anak mereka ke taman asuhan. Geran pula akan diberikan kepada pengusaha Taska.

8. Perkhidmatan internet percuma dari 8 pagi – 6 petang setiap hari bagi melayari laman web berkaitan pendidikan dan aplikasi persidangan video.

9. Peruntukan RM100 juta Geran Padanan Digital PKS dan RM100 juta Geran Automasi Pintar untuk bantu proses digitalisasi PKS selain pinjaman mudah RM 500 juta untuk tujuan sama.

10. RM 3.4 bilion untuk pelbagai skim pembiayaan dan skim mikro termasuk RM 50 juta khas untuk usahawan wanita.

11. Khas buat usahawan bumiputera pula, pembiayaan berjumlah RM 500 juta melalui PUNB dan juga MARA.

12. Skim pembiayaan SME-GO dari SME bank untuk 16,000 kontraktor Gred G2 dan G3 yang telah mendapat projek dibawah PRIHATIN tanpa cagaran atau deposit.

13. Potongan cukai untuk perbelanjaan operasi perniagaan bagi pembelian PPE dan kos ujian saringan.

14. Remisi penalti untuk bayaran lewat cukai dan melanjutkan tempoh perbelanjaan pengubahsuaian dan pembaharuan penalti. Kita tunggu info lengkap mengenainya ya.

15. Ini paling menarik pada saya, rebat cukai pendapatan berjumlah RM20,000 setahun untuk entiti baharu PKS yang ditubuhkan dan beroperasi antara 1 Julai 2020 sehingga 31 Disember 2021. Rebat adalah untuk 3 tahun taksiran pertama.

16. Kerajaan akan mengkreditkan RM 50 dalam e wallet pengguna dengan peruntukan RM 750 juta bermula Julai 2020.

17. PENGECUALIAN CUKAI Keuntungan Harta Tanah (CKHT) ke atas pelupusan rumah kediaman yang dibuat mulai 1 Jun 2020 sehingga 31 Disember 2021 terhad kepada 3 buah rumah setiap individu.

18. Pengecualian duti setem untuk pembelian rumah kediaman bernilai antara RM 300,000 hingga RM 2.5 juta. Ia bagi perjanjian jualbeli yang ditandatangani mulai 1 Jun 2020 hingga 31 Mei 2021.

19. Had pinjaman untuk rumah ketiga dan seterusnya bagi nilai RM 600,000 ke atas tidak lagi tertakluk kepada 70% nilai sepanjang tempoh kempen pemilikan rumah.

20. Harga kereta lebih rendah sehingga 31 Disember ini kerana kerajaan telah memberi pengecualian 100% cukai jualan untuk pemasangan tempatan dan 50% untuk kereta yang diimport.

21. Perniagaan dibawah industri pelancongan tidak lagi perlu menjelaskan ansuran anggaran cukai yang perlu dibayar dari 1 April 2020 hingga 31 Disember 2020.

22. Pelepasan cukai individu sehingga RM 1000 untuk belanja melancong dalam negara dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021. Ada berani?

23. Industri kreatif, hiburan dan acara dijana semula dengan peruntukan RM 225 juta melalui MDEC dan MyCreative Ventures.

24. Pinjaman Dana Agrofood diperuntukkan sejumlah RM350 juta untuk industri pertanian dan makanan.

25. Untuk pengilang, pemilik ladang dan kebun sawit, mulai 1 Julai 2020 sehingga 31 Disember 2020 duti eksport kini dikecualikan 100%, moga ini boleh beri kesan kepada harga komoditi ini nanti.

Cubalah teliti mana satu insentif yang boleh anda perolehi dan nikmati ya. Moga bermanfaat.

-Amal Hashim-

#bijakcukai
#bijakbisnes

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *