Tanggungjawab Anak Terhadap Ibu dan Ayahnya

Kongsikan Sekarang

Tanggungjawab Anak Terhadap Ibu dan Ayahnya

Didunia ini kita amat memerlukan ibu bapa. Tanpa mereka siapalah kita didunia ini. Ibu bapa merupakan insan yang amat penting dalam hidup kita sebagai seorang anak. Cinta dan kasih sayang ibu bapa kepada kita ialah cinta tanpa syarat. Tulus mereka menyanyangi kita walaupun kita sering menyakiti hati mereka. Terdapat perpatah arab yang berbunyi,”ridha Allah terletak pada ridha kedua ibu bapa.”

Disini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai beberapa tanggungjawab seorang anak terhadap kedua orang tuanya.

1. Menyangi kedua orang tuanya

Ibu dan ayah amat menyangi kita sejak kita didalam kandungan sehingga kini. Kasih sayang mereka tiada galang gantinya. Mereka rela bersengkang mata menjaga kita dikala kita sakit, mereka meberi sokongan moral kepada kita disaat kita gagal dalam peperiksaan dan begitu banyak lagi jasa dan pengorbanan mereka yang tidak mampu untuk saya tuliskan disini. Sebagai anak, kita hendaklah membalas jasa dan pengorbanan mereka. Walaupun kita tahu bakti yang kita lakukan tidak mampu uuntuk membalas selaut jasa dan pengorbanan mereka. Ibu dan ayah tidak mengharapkan wang dan kemewahan yang kita berikan kepada mereka. Mereka cuma mengharapkan perhatian dan kasih sayang daripada kita.

2. Mematuhi perintah kedua orang tua

sebagai seorang anak, kita hendaklah mentaati segala arahan kedua orang tua kita melainkan perkara tersebut melanggar perintah Allah. Apabila kita mentaati perintah kedua orang tua kita nescaya mereka akan berasa gembira dan mereka akan mendoakan kesejahteraan untuk kita didunia mahu pun diakhirat.

3. Berusaha untuk menjadi anak yang baik.

Anak yang baik akan mengembirakan hati kedua orang tuanya. Anak yang baik mampu menjadi kebanggaan keluarga. Seperti yang kita ketahui ank yang baik mampu menjaga air muka kedua orang tuanya.

4. Rajin dalam manuntut ilmu

Walaupun kita tidak memiliki kebijaksanaan seperti sesetengah individu yang lain dan kita mempunyai prestasi akedemik yang biasa-biasa sahaja di sekolah, perkara tersebut tidak mampu menghalang kita daripada menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh. Ilmu yang kita miliki tidak hanya digunakan didalam peperiksaan sahaja, malah ilmu tersebut hendaklah digunakan dalam kehidupan seharian.

5. Rajin beribadat dan mendoakan kesejahteraan kedua orang tua

Ibu bapa amat mengimpikan anak-anak yang soleh dan solehah. Hal ini kerana anak yang soleh merupakan aset mereka yang amat berharga untuk hari akhirat. Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa “ketika meninggal anak adam maka akan terputus semua amalannya kecuali tiga perkara iaitu ilmu yang bermanafaat, sedekah jariah dan doa anak-anak yang soleh.”

6. memberi nafkah kepada orang tuanya apabila mereka telah lanjut usia.

Apabila kedua orang tua telah lanjut usia, sebagai anak kita hendaklah memberi nafkah kepada mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *