SENARAI PENULISAN DI FB YANG RAMAI FOLLOWER

Kongsikan Sekarang

Ini antara senarai SEE FIRST saya. Follower dorang antara 150K hingga 215K. Of course penulisan dorang best. Kalau tak, takkan ramai orang nak follow, kan. Setiap hari saya disaji dengan tulisan dorang ni.

1. Kamarul Ariffin Nor Sadan doktor perubatan yang suka cerita pasal kesihatan dan kisah seram. Meremang bulu roma kalau baca malam-malam. Ha!

2. Khairul Hakimin Muhammad paling power antara 7 orang ni. Banyak cerita pasal resepi, kehidupan dan memang mahir bab tulis konten yang berkualiti.

3. Khairul Ezuwan suka cerita bab kewangan dan keluarga. Dialah abam botak yang suka sakat scammer kat Malaysia ni, terutamanya Boy Iman dan Norsham.

4. Taufiq Razif doktor yang suka cerita pasal ilmu parenting. Mak mak memang suka sangat dengan dia. Eh, silap. Suka dengan tulisan dia.

5. Azizul Azli Ahmad (Dr) seorang pensyarah yang sangat selalu cerita pasal hartanah, kewangan dan kutuk Honda. Tulisan dia memang sangat best, sentap, lucu.

6. Mohd Fadli Salleh seorang cikgu yang hari-hari viral. Sangat konsisten bantu orang susah dengan menubuhkan Dana Kita. Selalu juga ajar teknik kiraan Matematik.

7. Harith Faisal dia ni biasa-biasa je. Cuma paling muda dan kacak antara semua yang lainlah. Tu saja kelebihan dia. Ha! – HF

Klik SHARE supaya orang lain pun dapat tau kewujudan lelaki-lelaki ni. Tak lengkap hidup kau kalau tak SEE FIRST dorang semua.

SHARE tanpa was-was!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *