Resepi Pengat Pisang Paling Sedap!
Resepi Pengat Pisang
Pengat pisang merupakan satu hidangan kuah manis yang lazimnya disediakan sebagai hidangan minum petang atau pencuci mulut dalam jamuan tempatan. Hidangan pengat ini cukup popular di negeri-negeri Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu.
Pengat lazimnya, disediakan menggunakan pisang, khususnya pisang Tanduk atau Pisang Lang. Bagi pembaca yang kurang arif tentang pengetahuan pisang, Pisang Tanduk atau plantain merupakan sejenis pisang bersaiz besar yang selalunya digunakan dalam masakan khususnya dalam penyediaan snek kerepek.
Bahan- Bahan untuk membuat Pengat Pisang.
5 biji pisang nangka-hiris
2 cawan santan 3/4 kotak santan 2 keping gula melaka 1/2 sudu teh garam 1/4 cawan sagu-rendam hingga kembang 2 helai daun pandan
1. Hiris pisang dan masukkan 2 cawan air.Masak hingga mendidih
2. basuh dan rendam sagu hingga kembang.Sagu mesti rendam hingga betul-betukl kembang baru cepat jadi jernih bila masak nanti…
3. Santan kotak…
4. Bila mendidih masukkan pandan dan sagu yang sudah direndam…Biar hingga mendidh lagi dan sagu jadi jernih
5. Bila sagu sudah jernih,masukkan garam dan gula melaka
6. Masukkan santan kotak
7. Kacau selalu supaya tidak meruap
8. Masak hingga pisang lembut dan sagu nampak jernih sepenuhnya..
Sumber Resepi dari Blog Namakucella
Baca jugab: Resepi Kek Batik Viral