Blog Sejarah STPM

Perkembangan Ekonomi Pertanian Nota Sejarah STPM Semester 1

By Jack

August 07, 2019

Perkembangan Ekonomi Pertanian Nota Sejarah STPM Semester 1

 

Perkembangan Ekonomi Pertanian

Pendahuluan

Iklim Belanda yang sederhana membolehkan pertanian menjadi punca ekonomi yang utama. Belanda mempunyai tanah yang subur dan sungai utama seperti sungai Rhine dan sungai Mass serta beberapa terusan yang membantu perkembangan ekonomi Belanda pada abad ke-17 hingga ke-18

Isi-isi penting Sistem pengairan yang baik digunakan untuk mengairi tanaman. Petani mengusahakan tanaman sayur-sayuran untuk memenuhi permintaan di Bandar. Belanda masih mendahuluhi dalam bidang pertanian pada ketika ini. Pengeluaran pertanian Belanda meningkat kerana penebusgunaan tanah yang dilaksanakan. Pada separuh pertama abad ke-17, penyaliran tanah secara besar-besaran telah dijalankan. Benteng-bentebg yang dibina menggunakan dinding tanah, kadang-kadang kayu yang di perkukuhkan san diliputi rumput. Sejenis alat digunakan untuk mengepam air yang berlebihan dari kawasan rendah. Penyelanggaraan sistem seperti ini  memerlukan usaha bersama dan menjadi Belanda jurutera enjin hidrolik yang terbaik pada zaman itu.

Belanda juga merupakan pengasas dalam inovasi pertanian. Pertanian bergilir diperkenalkan oleh petani-petani Belanda. Tanah yang telah dituai hasilnya tidak dibiarkan begitu sahaja. Sementara menunggu masa untuk menanam semula, tanaman lain seperti lobak, kacang pis dan sebagainya diselang-selikan dengan bijirin-bijirin. Ini membolehkan meraka mengekalkan pengeluaran pertanian yang tinggi di samping memastikan kesuburan tanah. Penggiliran tanaman dengan bijirin membolehkan mereka membela haiwan ternakan dan menggunakan najis haiwan tersebut sebagai baja untuk tanah. Walaupun Belanda merupakan Negara yang maju dalam pertanian, Negara itu tetap terpaksa mengimport bijirin untuk kegunaan penduduk kerana penduduknya sangat padat. Petani di Belanda juga mengusahakan penternakan haiwan secara intensif. Lembu-lembu di sini dijaga dengan baik dan hasilnya sangat memberansangkan. Belanda memiliki kawasan yang sesuai untuk member makan lembu dan menggemukkan lembu-lembu sebelum penyembelihan. Akhirnya, lembu-lembu yang telah disembelih dieksport ke Bandar-bandar wilayah selatan. Perdagangan lembuh disembelih berkembang dari tahun 1500 hingga tahun 1660. Tetapi langkah-langkah perlindungan di pihak berkuasa Belanda yang mahu menggalakkan penggemukkan lembu di rumah belaan menyebabkan pengucupan perdagangan lembu antarabangsa antara tahun 1660 dan tahun 1750.

Perdagangan gandum dengan baltik telah menjadi sumber utama pekerjaan bagi Belanda bukan sahaja dalam bidang maritim tetapi juga dalam hal menguruskan bekalan. Perdagangan ini telah diibaratkan sebagai ibu perdagangan. Ini bermaksud perdagangan yang tertua dan teguh merangkumi perkapalan, kelasi dan komoditi. Dalam jangka waktu panjang ,gandum dari Baltik telah memajukan sektor perkapalan, perdagangan, dan industri pembuatan.

Penutup

Ekonomi pertanian di Belanda telah menggalakkan pertumbuhan ekonomi perdagangan dan seterusnya industri perkapalan

Pendahuluan

Menjelang abad ke-17 dan  18, berlaku  pertambahan bilangan penduduk di Belanda. Dalam pada itu, bilangan penduduk yang tinggal di Bandar-bandar turut meningkat. Peningkatan penduduk di kawasan Bandar menyebabkan permintaan untuk sayur-sayuran dan hasil tenusu meningkat. Perkembangan ini menyebabkan muncul kawasan-kawasan pertanian di sekitar Bandar.

Isi-isi penting Menebus Guna Tanah

Perkembangan pesat dalam sector pertanian disebabkan oleh aktiviti menebus guna  tanah. Melalui aktiviti ini sebahagian besar tanah yang berada di bawah paras laut di tebus guna untuk menjalankan aktiviti pertanian. Menjelang pertengahan kurun ke-17, sebahagian besar tanah di wilayah Zeeland di tebus guna untuk tujuan pertanian. Menerusi kegiatan tebus guna kawasan tanah, seluas 1772 ekar telah ditebus untuk menjalankan aktiviti antara tahun 1765 hingga 1789. Aktiviti menebus guna tanah menyebabkan keluasan kawasan tanah pertanian meningkat di Belanda

Pengenalan Tanaman Bergilir Kemajuan dalam bidang pertanian disebabkan pengenalan sistem tanaman bergilir. Sistem penggiliran tanaman dijalankan secara meluas di wilayah weas pada tahun 1644. Dalam sistem penggiliran tanaman yang diamalkan di Negara Belanda,sistem tanah rang di mansuhkan. Melalui sistem ini, Kesuburan tanah pertanian dipelihara dan hasil pertanian turut meningkat.

Kesuburan Tanah

Salah satu faktor yang mendorong perkembangan aktiviti pertanian di Belanda ialah Kesuburan tanah. Kajian menunjukkan sebahagian besar daripada tanah di Negara Belanda amat subur dan sesuai untuk menjalankan aktiviti pertanian.  Kesuburan tanah menyebabkan petani-petani Belanda memperoleh  hasil pertanian yang banyak. Petani-petani di Belanda mempunyai pengetahuan dalam  memelihara kesuburan tanah. Mereka menjalanjan pelbagai langkah untuk memelihara kesuburan tanah. Antaranya ialah : Melakukan pemugaran tanah, Penggunaan baja asli seperti najis ternakan , Akhir sekali membuang rumput dan Tanaman Perosak

Sistem Penanaman Deretan

Penanaman dalam Deretan telah dipraktikkan di Belanda sejak abad ke-14 lagi. Sistem ini digunakan dalam penanaman tanaman seperti jagung, mader, hop, biji kol dan tembakau. Penanaman dalam deretan menyebabkan berlaku peningkatan dalam pengeluaran hasil pertanian.

Sistem Batas

Petani-petani di Belanda juga memperkenalkan sistem penanaman dengan membuat batas. Melalui sistem ini, Saliran yang baik  dapat diwujudkan bagi memastikan tanaman tumbuh dengan subur. Pengenalan sistem batas menyebabkan penanaman dalam deretan atau jajaran diperkenalkan.

Kemajuan dalam teknologi Peralatan

Perkembangan pesat dalam sector pertanian juga disebabkan oleh kemajuan dalam teknologi peralatan. Petani-petani di Belanda telah mencipta pelbagai jenis peralatan seperti tenggala dan mesin menampi bijirin. Penemuan peralatan-peralatan baharu menyebabkan berlaku peningkatan dalam pengeluaran hasil pertanian.

Penutup

Faktor-faktor yang mendorong perkembanagn Revolusi Pertanian di England ialah dengar menggunakan Menebus Tanah, Pengenalan Tanaman Bergilir, Kesuburan Tanah, Sistem Penanaman Deretan, dan  Sistem Batas. Perkembanagn Revolusi pertanian di Belanda telah mangakibatkan  perubahan-perubahan kemajuan dalam teknologi Peralatan pertanian di Belanda

Menjelang akhir abad ke-17, tercetus revolusi yang dikenali sebagai ‘Revolusi Pertanian’ di England. Revolusi pertanian meletakkan asas bagi kemunculan Revolusi Perindustrian di England.

Perkembangan dalam Bidang Pertanian di England

  1. Pengeluaran Makanan
  1. Sistem Pemilikan Tanah
  1. Akta Pemagaran Tanah
  1. Kaedah Pertanian Baharu
  1. Kaedah Penternakan Baharu
  1. Pengenalan Pertanian Campuran
  1. Ciptaan Baharu
  1. Penggunaan Baja dan Sistem Saliran

Perkembangan dalam bidang pertanian di England pada abad ke-17 dan 18 adalah disebabkan oleh pengeluaran makanan, sistem pemilikan tanah, akta pemagaran tanah, kaedah pertanian baharu, kaedah penternakan baharu, pengenalan pertanian campuran, ciptaan baharu, penggunaan baja dan sistem saliran.

 

Baca juga >> Perkembangan Ekonomi Perdagangan Nota Sejarah STPM Semester 1

Sumber Nota Blog Sejarah