Pengubahsuaian dalam Pentadbiran, Ekonomi dan Sosial

Kongsikan Sekarang

Pengubahsuaian dalam Pentadbiran, Ekonomi dan Sosial

Pengubahsuaian dalam Pentadbiran

 

2.3 Pengubahsuaian

2.3 Pengubahsuaian dalam Pentadbiran, Ekonomi dan Sosial

Soalan 125: Huraikan kesan penjajahan asing terhadap perubahan sistem pentadbiran di Indonesia pada abad ke-19

Pendahuluan:

  • Belanda bertapak dgn kukuh di pulau jawa sejak abad ke-17 manakala kwsn lain yg masih ditadbir oleh raja2 tempatan jatuh ke tangan belanda menjelang pertengahan abad ke-19.

Isi-isi Penting:

1.Institusi pemerintahan beraja di Pulau Jawa.

  • Sehingga awal abad ke-19 terdapat 2 bentuk sistem pemerintahan dipulau jawa. Bentuk pertama ialah kerajaan yg diperintah oleh belanda di kenali sbgai kerajaan betawi. Bentuk kedua ialah kerajaan tempatan yg terdiri drpd beberapa kerajaan kcil di bawah sultan an susunan spt kerjaan Surakarta, Jogjakarta,bantam dan cheribon. Raffles bertidak terhadap bantam, iaitu sultan muhamad yg tlah dinaikan takhta oleh belanda sbelum kdatangan raffles. Raffles memaksa sultan turun takhta dgn memberikan pencen sbnyk 10 000 wang sepanyol. Pemerintahan sulatan dibantam tamatBagi pemerintahan kesultanan bantam dan cheribon sultan tidak lagi mempunyai kuasa mutlak. Mereka dibenarkan memakai gelaran sultan tetapi kuasa sama spt seorang bupati.
  • Di mataram, kdatangan belanda menyebabkan keruntuhan kuasa pentadbiran pusat tempatan. Awal abad ke-19 sebelum peluasan kuasa belanda, kekuasaan pemerintah mataram merangkumi empat bulatan. Selepas perang jawa, kerajaan  betawi bertindak thdp Jogjakarta. Sempadan antara Surakarta dan Jogjakarta ditentukan scra jelas. Penjajahan belanda jga menjejaskan institusi kesultanan di daerah2 spt sambas, bali dan Banjarmasin.
  1. Sistem pentadbiran tradisional tempatan.

(a)      Zaman pemeritahan daendels.

  • Daendels membahagikan bhgian timur laut jawa kpd 5 bhgian dan setipa bhgian kpd 28buah daerah. Daerah jawa diluar kerajaan Surakarta dan Jogjakarta dibhagikan mjadi 9daerah pentadbiran yg dikenali sbgai perfectur dibwh pengawasan prefect. Perfectur dibwh pentadbiran pusat di betawi.
  • Peranan bupati amat penting dlm pentadbiran daendels sbg perantara antra pemerintah dgn rakyat. Bupati mendapat kedudukan militer di bwh kekuasaan perfect. Hak jawatan scra tradisional para bupati, iaitu scra turun temurun tetap dipertahankan. Pentadbiran daendels tdk mbawa faedah kpd kerajaan belanda. Hubungan daendels dgn glongan bupati adalah renggang. Semua msalah ini membebankan krajaan belanda dan akhirnya daendels dipanggil pulang pd tahun 1811.

(b)      Zaman pemerintahan raffles.

  • Asas2 pemeritahan smentara british dipulau jawa ditentukan oleh raffles selaku leftenan gabenor yg sgt dipengaruhi oleh pentadbiran british di india, iaitu pemerintahan scara langsung. Pulau jawa dibahagikan kpd 16 residensi dan setiap residensi dan setiap residensi ini diperintah scra langsung oleh seorang residens. Namun begitu. Pentadbiran raffles tdk mengakui kedudukan tradisi para bupati scra turun temurun, malah beliau cuba menghapuskan kekuasaan dan pengaruh bupati thadap rakyat sgt kuat. Untuk mengurangkan kuasa bupati, raffles btindak menolak sistem penggantianbupati scra turun temurun dan mengambil mreka sbgai pegawai umum pemerintahan british di bwh pemerintahan langsung oleh resinden dan penolong residen.
  • Dari segi kehakiman, raffles mperkenalkan undang2 yg sma bgi smua pduduk dipulau jawa. Mahkamah keadilan, mahkamah polis, mahkamah ulang bicara, mamahkamah awam,  mahkamah ulang bicara, dan mahkamah jenayah ditubuhkan.

(c)      Pemerintahan belanda selepas tamatnya perang napoleon.

  • Pemerintahan scara tdk langsung diwujudkan smula untuk menggantikan pemerintahan lngsung raffles. Dipulau2 luar, pentadbiran brada dibwh pembesar2 yg dikwal oleh gabenor belanda. Belanda meneruskan usaha utk mengurangkan kuasa dan kedudukan para bupati usha belanda ini tlah menimbulkan penentangan yg memuncak shgga mletusnya perang jawa. (1825-1830)
  • Peristiwa ini tlah mnyedarkan belanda btapa pentingnya hbungan baik dgn pihak pembesar tmpatan. Akan tetapi, usaha mengawal glongan bupati msih diteruskan. Rombokan struktur birokrasi di Indonesia bermula pd tahun 1848. Sistem pmerintahan yg diterapkan ialah sistem pemerintahan colonial belanda yg memegang kuasa tertinggi.
  • Struktur ptadbiran belanda dikenali sbg binenland bestuur yg tdiri drpd gabenor jeneral, residen, penolong residen, dan controleur. Bupati dilantik oleh gabenor jeneral atas cadangan residen dan pnolong residens. Pada awalnya, para bupati dipilih dan dilantik bdasarkan keturunan, trutama anak lelaki sulung dlm keluarga, kemudiannya, pelantikan bupati mengikut beberapa syarat spt pencapaian pendidikan

Penutup:

  • Dengan kehadiran penjajah belanda, sistem pemerintahan tradisional digantikan dgn sistem pemerintahan colonial yg mana penjajah sbg pihak yg menguasai manakala msyarakat peribumi mrupakan pihak yg harus tunduk kpd sgala peraturan pihak kolonial.

Soalan 126: Huraikan kesan penjajahan asing terhadap perubahan sistem pentadbiran di Myanmar pada abad ke-19.

Pendahuluan

  •  Dalam kehadiran kuasa Barat di Asia Tenggara telah membawa pelbagai perubahan dalam sistem pentadbiran, ekonomi dan pendidikan. Perubahan yang dibawa oleh British di Myanmar telah menyebabkan berlakunya penentangan rakyat tempatan. Mereka berasa tidak puas hati kerana kepentingan mereka terjejas dan terpaksa menerima pendidikan Barat yang bersifat tegas, memonopoli serta membebankan mereka dengan pelbagai jenis cukai.
  • Tujuan perubahan ini adalah untuk membolehkan kuasa barat mengukuhkan kedudukan mereka di tanah jajahan.

Isi-isi Penting

1)        Penghapusan Sistem Pentadbiran Tradisional

  • Sistem pemerintahan beraja atau monarki dihapuskan setelah British berjaya menawan Myanmar Utara. British menjadikan ketiadaan putera raja yang layak untuk ditabalkan sebagai waris takhta kerajaan sebagai alasan untuk menghapuskan sistem beraja di Myanmar. Sistem pentadbiran tradisional seperti Myothugyi dan Thaithugyi, Hutdaw, dan Thatnabaing dihapuskan. British melantik sebahagian daripada ahli Hutdaw sebagai pegawai kerajaan yang bergaji tetap. Namun, mereka tidak mendapat kerjasama dan penghormatan daripada penduduk tempatan kerana bekerja dengan pihak British. Desakan daripada penduduk tempatan agar sistem Thatnabaing dikekalkan telah ditolak oleh pihak British.
  • Sir Charles Crosthwaite telah merancang untuk menjadikan kampung-kampung sebagai unit pentadbiran supaya kesalahan jenayah dapat dipertanggungjawabkan kepada lingkungan kawasan tersebut. Pada tahun 1889, Undang-undang Kampung Myanmar diperkenalkan untuk membolehkan pelaksanaan Majlis Kampung dikuatkuasakan. Berdasarkan undang-undang tersebut, ketua kampung akan dilantik sebagai pegawai kerajaan dan bertanggungjawab menjaga keamanan dan mengutip cukai di kawasan kampung mereka.

2)        Pelaksanaan Sistem Pentadbiran India di Myanmar

  • British telah menggunakan corak pentadbiran berdasarkan Dasar Liberal yang disesuaikan dengan pentadbiran tempatan di wilayah Pegu. Wilayah Pegu dibahagikan kepada 5 buah daerah dengan setiap daerah diketuai oleh seorang Pesuruhjaya Daerah berbangsa Inggeris. Daerah-daerah pula dibahagikan kepada bandar-bandar kecil di bawah seorang Pegawai Bandar atau Myo-ok. Setiap bandar dipecahkan kepada sistem bulatan dengan seorang ketua sebagai penasihat. Sistem ini mirip dengan sistem di India kerana pegawai-pegawai Inggeris yang dilantik pernah berkhidmat di Benggala dan Madras, India.
  • Myanmar Utara pula dibahagikan kepada 14 buah daerah. Pesuruhjaya British yang pertama, Sir Charles Bernard mengusulkan supaya pentadbiran awan dan pungutan cukai dijalankan melalui wakil-wakil tempatan dan mengikut peraturan tempatan. Namun, pengganti beliau, Sir Charles Crosthwaite menjalankan pentadbiran mengikut sistem di India.

3)        Penubuhan Dewan Perundangan

  • Pada tahun 1897, pemerintahan British di Myanmar telah melakukan perubahan terhadap sistem pentadbiran di peringkat pusat. Jawatan Ketua Pesuruhjaya, iaitu ketua eksekutif pada peringkat pusat telah dinaikkan menjadi Leftenan Gabenor. Leftenan Gabenor Myanmar yang pertama ialah Arthur  Phayte. Bagi membantu Leftenan Gabenor dalam pentadbiran, Majlis Perundangan ditubuhkan. Terdapat 9 orang ahli yang terdapat dalam majlis ini yang terdiri daripada pegawai kerajaan dan ahli-ahli terpilih.
  • Selepas tahun 1897, British melakukan beberapa perubahan dalam dasar penjajahannya di Myanmar, seperti; Mewujudkan jawantan-jawatan tinggi untuk menambahkan kecekapan pentadbiran. Terlibat secara aktif dalam hal ehwal kerajaan untuk memajukan kegiatan ekonomi dan Meningkatkan kebajikan rakyat Myanmar.
  • Pada tahun 1909, jumlah anggota Dewan Perundangan telah ditambah menjadi 15 orang. Pada tahun 1920, anggota Dewan Perundangan telah ditambah menjadi 30 orang. Golongan pedagang mempunyai wakil terbesar dan diikuti beberapa orang Myanmar sebagai anggota dewan tersebut.

Penutup

  • Kesimpulannya, perubahan yang dilakukan oleh pihak British dalam sistem pentadbiran di Myanmar ini telah membangkitkan perasaan cinta akan negara dalam kalangan rakyat tempatan serta keinginan untuk membebaskan diri daripada cengkaman penjajahan British.
  • Keadaan ini berlaku apabila rakyat tempatan mula menyedari tentang kepentingan sebuah negara yang merdeka.

Soalan 127: Bincangkan pengubahsuaian dalam bidang ekonomi di Indonesia

Pendahuluan

  • Sistem ekonomi sara diri bermaksud aktiviti yang hanya dilaksanakan untuk menampung keperluan harian. Hasil yang dikeluarkan tidak bertujuaan untuk dijual atau di perdagangkan. Lebihan yang ada akan diperdagangkan atau di tukarkan kepada keperluan asas yang lain. Kegiatan yang dilakukan tertumpu kepada pertaniaan padi, perikanan secara kecil-kecilan, penternakan, dan pemungutan hasil hutan. Kegiatan tersebut tidak memerlukan modal yang besar dan peralatan yang di gunakan ialah peralatan primitif yang digunakan oleh keturunan yang terdahulu.
  • Kegiatan ekonomi sara diri bersifat keperluan diri dan keluarga dan tidak mementingkan kelebihan untuk diperdagangkan serta tidak wujud satu pengkhususan kerja yang jelas. Kegiatan ekonomi sara diri ialah kegiatan utama yang dijalankan oleh rakyat Vietnam dan Indonesia sebelum kedatangan barat.  Namun, masyarakat peribumi di Indonesia juga menjalankan kegiatan ekonomi komersial. Ekonomi komersial merujuk kepada kegiatan ekonomi yang bertujuan bukan sahaja untuk memenuhi keperluan harian sekeluarga tetapi juga di perlukan sebagai asas dalam pertukaran atau penjualan barangan.

Isi-isi Penting:

  1. Pertanian
  • Kegiatan ekonomi yang utama di Indonesia ialah penanaman padi. Padi di tanam di sepanjang dataran pantai lanar, lembah, lembangan, dan lereng gunung berapi yang di teres. Penanaman padi sawah di usahakan secara giat di pulau jawa dan Madura kerana kesuburan tanah dan terdapat sistem pengairan. Padi sawah di tuai pada bulan april setiap tahun dengan menggunakan kaedah primitive.
  • Selain penanaman padi sawah, padi huma atau padi bukit juga di tanam oleh masyarakat peribumi Indonesia. Padi ini di tanam di kawasan timur jawa yang lebih kering dan dilereng bukit yang tinggi. Kaedah penanaman padi bukit ialah sesuatu yang primitive, iaitu tebang dan bakar. Sebelum musim hujan, petani akan membakar kawasan hutan. Pembakaran hutan akan dilakukan sebanyak 3 kali untuk memastikan kesuburan tanah. penanaman padi bukit hanya akan berlaku selama 2 hingga 3 tahun diatas kawasan yang sama. Selepas itu, petani akan berpindah ke tempat lain dan melakukan kaedah yang sama.
  • Selain penanaman padi huma, tanaman lain seperti ubi kayu dan tanaman berasaskan ubi juga di tanam untuk menambahkan hasil keluaran makanan. Jagung juga penting sebagai bahan makanan dalam ekonomi sara diri. Jagung di tanam di Madura, jawa timur, dan sumatera. Tanaman ini di perkenalkan oleh portugis pada abad ke-16.
  • Masyarakat Indonesia juga menanam tebu dan kelapa. Tebu di tanam di wilayah Cheribon, dataran pantai utara, bahagian tengah jawa, Jogjakarta, dan Surakarta. Kelapa terdapat di seluruh pelosok Indonesia. Kelapa hidup subur di kawasan yang mempunyai suhu tinggi, hujan lebat, dan tanah yang berlumpur.
  • Masyarakat peribumi Indonesia menanam rempah ratus seperti bunga cengkih, buah pala, dan kayu cendana. Bunga cengkih banyak di tanam di pulau-pulau Maluku, buah pala di pulau Bonda, dan kayu cendana di pulau timur.
  1. Perusahaan
  • Perusahaan batik di usahakan oleh masyarakat peribumi Indonesia. Perusahaan batik di jalankan secara kecil-kecilan di jawa tengah. Aktiviti ini di lakukan sebelum musim menuai padi pada musim memungut hasil tanaman.
  • Masyarakat jawa meghasilkan corak batik yang mempunyai unsur alam seperti burung, kupu-kupu, buah-buahan, dan sebagainya. Seni melukis corak batik ini diturunkan pada satu generasi kepada generasi yang lain. Biasanya, kemahiran membuat batik akan di ajar oleh ibu kepada anak perempuan mereka.

Kesimpulan

  • Pada keseluruhannya, golongan kapitalis dan pemodal swasta yang berjaya menikmati keuntungan daripada perkembangan ekonomi. Ekonomi telah menjadi pesat dalam bidang pertanian, perladangan, perlombongan, perdagangan, infrastruktur, serta kemudahan asas.
  • Masyarakat peribumi yang menjadi buruh diladang kapitalis asing telah ditindas, dikerah, dan diperhambakan. Penindasan ekonomi menjadi salah satu punca kebangkitan gerakan nasionalisme di Indonesia pada abad ke-20.

Soalan 128: Bincangkan pengubahsuaian dalam bidang ekonomi di Myanmar.

Pendahuluan

  • Masyarakat peribumi menjalankan kegiatan ekonomi tradisional berasaskan tanaman seperti beras, sekoi, minyak sayuran, ikan, garam, sutera, kapas, barang tembikar dan senjata. Dasar pemerintahan kerajaan Myanmar memang tidak berminat menjalankan perdagangan dengan negara-negara luar kerana mampu menyediakan keperluan sendiri.
  • Namun, penjajahan British di Myanmar telah mengubah kegiatan ekonomi tradisional kepada ekonomi komersial yang mendorong perkembangan ekonomi yang pesat bukan sahaja dalam bidang pertanian bahkan dalam bidang perdagangan, perlombongan dan kemajuan kemudahan asas.

Isi-isi penting

1)      Kemajuan kegiatan pertanian

  • Beras. Perkembangan ekonomi yang paling menonjol di Myanmar kesan daripada penjajahan British ialah perusahaan beras. Arakan dan Tenasserim berkembang pesat sebagai kawasan penanaman padi semasa penjajahan British. Beras menjadi eksport utama di Myanmar disebabkan oleh beberapa faktor seperti tanah yang sesuai dan bekalan air yang banyak.   Rangoon merupakan pelabuhan utama yang mengendalikan eksport beras di Myanmar.Hasil daripada perkembangan industri beras, Myanmar menjadi jelapang padi utama di dunia. Kemajuan industri beras turut menggalakkan kemasukan orang india untuk membantu pembangunan Myanmar yang kekurangan penduduk.
  • Kayu balak. Kayu jati ialah bahan eksport utama dalam kegiatan pembalakan di Myanmar. Perkembangan kegiatan pembalakan di Tenssarim pada tahun 1830an telah mewujudkan semula kepentingan perusahaan membina kapal pada tahun 1847. British telah mewujudkan Jabatan Perhutanan pada tahun 1856. Jabatan ini di bawah seorang Ketua Pemelihara Hutan dan tugas beliau adalah untuk memastikan kegiatan mendapatkan sumber dari hutan dijalankan dengan sempurna dan betul.Syarat pembalakan dan pengawalan ditetapkan dan hutan-hutan yang berharga di jadikan hutan simpan untuk dipajakkan kepada pengusaha swasta.Perusahaan pembalakan di kuasai oleh beberapa buah syarikat asing seperti Syarikat Perdagangan Bombay-Myanmar.

2)      Kemajuan kegiatan perlombongan

  • Minyak. Telaga minyak dilombong semasa pemerintahan Raja-raja Burma dan kebanyakkannya berpusat di Yenangyaung. Minyak digunakan dirumah untuk menyalakan pelita dan mengawet kayu, tikar, dan kertas yang dibuat daripada daun palma. Keadaan berubah setelah Syarikat Minyak Myanmar ditubuhkan oleh sebuah firma Britsh di Rangoon pada tahun 1886 yang menjalankan kegiatan menggali minyak dan membeli pajakan kerajaan serta persendirian.Setelah lima tahun beroperasi, hasil minyak berjaya menandingi minyak tanah yang diimport dari AS di pasaran tempatan. Malah, syarikat ini mampu mengeksport minyak ke India dan Pulau Pinang.
  • Bijih timah. Perusahaan bijih timah tidak sepenting industri minyak. Lombong- lombong di Bawdwin menghasilkan timah hitam dan dimiliki oleh syarikat Myanmar. Perlombongan bijih timah diusahakan oleh orang Cina.
  • Galian lain. Perlombongan emas dan batu permata dijalankan di kawasan Mogok. Syarikat eropah memajakkan lombong emas dengan cukai sebanyak 315 ribu paun. Lombong perak dibuka berhampiran Namtu pada penghujung abad ke-19. Lombong besi diusahakan di Mawchi dan Karen.

3)      Kemajuan kemudahan asas

  • Pengangkutan air. Sungai Irrawaddy antara sistem perhubungan air yang penting ke Bhamo di Myanmar Hulu. Menjelang tahun 1900, pengangkutan air sangat penting di Myanmar. Syarikat Flotilla Irrawaddy memonopoli sistem pengangkutan jarak jauh manakala Syarikat Flotilla Arracan mengendalikan kegiatan perdagangan di sepanjang pantai Arakan.
  • Landasan kereta api. Landasan kereta api pertama antara Rangoon dengan Prome siap dibina pada tahun 1877. Landasan Rangoon-Tounggoo dibuka pada tahun 1885. Pada tahun 1889, landasan ini disambung dengan Mandalay dan merentang hingga ke Myitkina pada tahun 1898.

Penutup

  • Ekonomi Myanmar telah menjadi pesat setelah perluasan kuasa British dalam bidang pertanian, perladangan, perlombongan, perdagangan, infrastruktur, serta kemudahan asas. Pada keseluruhannya, golongan kapitalis dan pemodal swasta yang berjaya menikmati keuntungan daripada perkembangan ekonomi. Masyarakat peribumi yang menjadi buruh di ladang kapitalis asing telah ditindas, dikerah dan diperhambakan.
  • Penindasan ekonomi menjadi salah satu punca kebangkitan gerakan nasionalisme di Myanmar pada abad ke-20.

Soalan 129: Bincangkan pengubahsuaian dalam perkembangan pendidikan di Indonesia

Pendahuluan

  • Belanda hanya memberi keutamaan terhadap pendidikan di Indonesia ketika pelaksanaan di bawah Dasar Liberal, iaitu sekitar tahun 1870-1900.
  • Mengikut Dasar Etika, pendidikan penting supaya penduduk tempatan dapat menerima dan menguasai tamadun Barat.

Isi-isi penting

  1. Pada tahun 1867, Jabatan Pelajaran ditubuhkan manakala system persekolahan peringkat rendah dijalankan selama tiga tahun. Menjelang tahun 1892, terdapat kira-kira 516 buah sekolah di Indonesia. Pada tahun 1893, Belanda telah memperkenalkan dua jenis sistem pendidikan, iaitu Sekolah Kelas Pertama dan Sekolah Kelas Kedua.
  2. Sistem pendidikan di Indonesia di Indonesia mengalami perubahan apabila Dasar Etika diperkenalkan oleh Belanda. Pada tahun 1900 J. H Abendonan, Pengarah Pelajaran Indonesia yang pertama telah menggalakkan penubuhan sekolah yang menngunakan bahasa Belanda sebagai bahasa penghantar untuk anak-anak golongan pyiyayi.
  3. Sejak tahun 1900, Sekolah Jawa yang didirikan khusus untuk anak-anak golongan bangsawan atau priyayi dan golongan yang berpengaruh. Pada tahun 1900, Sekolah Jawa yang didirikan khusus untuk golongan menengah kelas bawahan didirikan.
  4. Pada tahun 1907, sekolah desa disediakan untuk anak-anak petani. Sekolah desa atau sekolah rakyat hanya setakat kelas III. Dengan kelulusan ini mereka layak untuk menjadi rendah sahaja.
  5. Belanda juga telah mengadakan beberapa kursus dalam bahasa Belanda sebagai persediaan kepada pelajar untuk menyambung pelajaran ke pelajaran ke peringkat universiti. Bahasa Belanda diwajibkan dipelajari di sekolah menengah.

Penutup

  • Anak-anak peribumi Indonesia tidak berpeluang melanjutkan pelajaran di sekolah menengah dan institute pengajian tinggi kerana syarat kemasukan yang ketat.
  • Bilangan pelajar bumiputera Indonesia yang masuk ke institusi pengajian tinggi amatlah sedikit kerana kebanyakan mereka tidak mampu membayar yuran pengajian yang tinggi.

Soalan 130: Bincangkan pengubahsuaian dalam perkembangan pendidikan di Myanmar.

Pendahuluan:

  • Pendidikan secular diperkenalkan di Myanmar berikutan penjajahan British di Negara tersebut. Sistem pendidikan Barat telah melemahkan sistem pendidikan tradisional yang berlandaskan agama Buddha di Myanmar.
  • Dasar pelajaran penjajah pada abad ke-19 hanya menekankan pendidikan tahap rendah dan asas kepada masyarakat pribumi.

Isi-isi penting:

  1. Penjajah British telah mengubah sistem pendidikan di Myanmar. pendidikan secular dan mubaligh yang diperkenalkan menjadi ancaman kepada sekolah Buddha. penggunaan bahasa Myanmar tidak begitu penting dengan penubuhan sekolah-sekolah Inggeris.
  2. Sekolah-sekolah kerajaan ditubuhkan pada tahun 1870-an dan bantuan kewangan diberikan kepada sekolah-sekolah agama kristian yang dimulakan oleh mubaligh Roman Katolik dan persatuan mengembangkan Kitab Agama Baptist.
  3. Sistem pendidikan di Myanmar dirombak pada tahun 1880-an.perubahan yang dilakukan seperti peperiksaan wilayah diadakan supaya pelajar-pelajar sekolah menengah boleh melanjutkan pelajaran ke Universiti Calcutta. Maktab Ragoon ditubuhkan pada tahun 1884 bertujuan menyediakan penuntut mengambil ijazah luar Universiti Calcutta.
  4. British membina lebih banyak sekolah menengah Inggeris selain mengekalkan sekolah-sekolah kebangsaan Myanmar yang menggunakan bahasa Myanmar sebagai bahasa pengantar.
  5. Dasar pelajaran British di Myanmar adalah untuk menggalakan sekolah sukarela menubuhkan kerajaan.kesannya,menjelang tahun 1900,16 buah sekolah Kristian dan sebuah maktab Baptist yang kecil di Rangoon ditubuhkan untuk pengajian tinggi orang Karen.
  6. Penubuhan sekolah teknikal untuk kemahiran ukur-mengukur, pengetahuan asas ilmu kejuruteraan ,bidang kehutanan dan perbidanan. Menjelang abad ke-20,wujud  170,000 buah sekolah kebangsaan, 341 daripadanya dikhaskan untuk kanak-kanak perempuan.

Penutup:

  • Kesan daripada pengenalan pendidikan Inggeris,lahir golongan intelektual Myanmar yang berpendidikan Barat.
  • Kecewa dengan dasar pilih kasih pihak penjajah akhirnya mendorong kemunculan gerakan nasionalisme berunsur radikal untuk menentang penjajahan dan menuntut kemerdekaan.

 

 

Baca juga Pembentukan Negara Bangsa STPM Semester 2

Sumber nota Sejarah blog STPM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *