Lirik Lagu Negaraku – Joe Filzzow

Kongsikan Sekarang

Lirik Lagu NegaraKu

 

Tajuk Lagu : Negaraku

Penyanyi : Joe Flizzow, Altimet, Sonaone & Faizal Tahir

Pencipta Lagu : Joe Flizzow, Altimet, Sonaone, Faizal Tahir, Ezra Kong & Mike Chan

Lirik : Joe Flizzow, Altimet, Sonaone, Faizal Tahir, Ezra Kong & Mike Chan

 

Negaraku

Negaraku
Negaraku
ku beri sepenuhnya
ku beri sepenuhnya
ini negaraku,
oh darahku
hiduplah sepenuhnya
dirgahayu semua.
Kalau kata itu kota, kami bina tamadun
lihat rangkap-rangkap pantun hidup beratus tahun
bangkit seribu perwira selamat sejuta insan
gelap dalam matahari insan juga bisa insaf
mana cerita panglima yang wujud benar
awang hitam kaji awan putih bila belayar
hamba keliling dunia tuannya yang terkenal
nak merdeka di jasad, harus bebas di akal.
Hatiku tetap hanya padamu
keranamu aku berdiri
tanpamu cita-cita hanya kekal sebagai mimpi
semuanya bermula dari sini.
Negaraku
Negaraku
ku beri sepenuhnya
ku beri sepenuhnya
demi negaraku
oh darahku
hiduplah sepenuhnya
dirgahayu semua
Dan dari 57, jalannya telah disuluh
bangkit seakan subuh rebung dilentur buluh
terus ke 63, kami menjadi kita
jangan dipersia akibat titik-titik nila
biar hujan batu turun selebat tengkujuh
selagi kami mampu semangat tak pernah lumpuh
selagi ada tubuh untuk kamu aku memburuh
usaha yang aku bubuh semua petir tiada guruh.
Hatiku tetap hanya padamu
keranamu aku berdiri
tanpamu cita-cita hanya kekal sebagai mimpi
semuanya bermula dari sini.
Negaraku
Negaraku
ku beri sepenuhnya
ku beri sepenuhnya
demi negaraku
oh darahku
hiduplah sepenuhnya
dirgahayu semua.
Ini untuk kamu yang terima undi aku
try to change the world, bagi dunia suara baru
ini bukan negara aku, ini negara kita
buat je cara kita
buat je cara kita.
Negaraku
Negaraku
ku beri sepenuhnya
ku beri sepenuhnya
ini negaraku
oh darahku
hiduplah sepenuhnya
dirgahayu semua.
Ini untuk kamu yang terima undi aku
try to change the world, bagi dunia suara baru
ini bukan negara aku, ini negara kita
buat je cara kita
buat je cara kita
Negaraku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *