Lirik Lagu Kunci Ical Mosh

Kongsikan Sekarang

Lirik Lagu Kunci Ical Mosh

 

kalau jalan ku teruk, ku terjatuh
bagaimana ku hadap hari esok
kalau parut ku nampak, tak disorok
bagaimana ku hadap hari esok

aku perlu kunci, kunci
tuk aku buka semua pintu besi
aku perlu kunci, aku perlu kunci
semua yang terbukak,
ku boleh tutup rapi

dalam gelap ku sendiri
masa tetap berjalan
peluang peluang hampir semua ruang
tak sempat nak bawa pulang

didunia, kita leka
kita alpa, kita lupa
ranap runtuh semua ajaran
janji lulus masuk pasaran

hebat, walau tahu tu salah
walau tahu benda yang kau buat
esok lusa tulat
boleh datang balik
bawak masalah

tenat, tapi ku takkan kalah
rela mati pegang satu panji
janji tiada lain
yang rela ku sembah aku sumpah

semua nak pergi syurga
tapi ramai masih takut mati
semua nak hidup senang
tapi takut hidupnya diuji

semua nak hidup tenang
tapi takut lalu jalan sunyi
sesungguhnya demi masa
kita yang sedang rugi

kalau jalan ku teruk, ku terjatuh
bagaimana ku hadap hari esok
kalau parut ku nampak, tak disorok
bagaimana ku hadap hari esok

aku perlu kunci, kunci
tuk aku buka semua pintu besi
aku perlu kunci, aku perlu kunci
semua yang terbukak,
ku boleh tutup rapi

ku masih dalam kerugian
dilautan fitnah
berenang aku tak tercapai
lemas tak ke dasar

suara tak keluar saat pekik
saatku buta hanya Engkau celik
hidupku bagai tiada lagi nyawa
dosa menimbun tiada lagi rasa

takkan selama macam ni
perlu titik noktah
jahat ku buat
daripada lahir penuh buku nota

dosa ayah dosa ibu
belum lagi ku tebus
dosa anak dosa isteri
bagai menelan kabus

doa selalu terputus
roh ku tak boleh tembus
aku takut bila aku mati
jasa aku tak boleh kambus

timbangan masih kering
didunia aku masih haus
aku harus mencari
dan terus mencari yang kudus

kalau jalan ku teruk, ku terjatuh
bagaimana ku hadap hari esok
kalau parut ku nampak, tak disorok
bagaimana ku hadap hari esok

aku perlu kunci, kunci
tuk aku buka semua pintu besi
aku perlu kunci, aku perlu kunci
semua yang terbukak,
ku boleh tutup rapi

 

Baca juga >> Lirik Lagu Leraikan Black Lagu Terbaru 2019

 

Di blog ini, kami hanya memaparkan lirik lagu. Anda juga boleh membuat carian ataupun pembelian di media streaming online seperti Google Play Music, Apple Music dan iTunes, Amazon, Qobuz, Joox, Langit Musik, Spotify, Deezer, KKBOX, Youtube dan lainnya. Lirik Lagu Kunci Ical Mosh adalah seperti berikut:

Blog lirik lagu ini tidak menyediakan sebarang link untuk download lagu mp3 * dari * samada dalam format mp3 atau sebarang format audio yang lain. Untuk pembelian lagu sila beli melalui laman media streaming yang sah, atau pun apa-apa saluran lain yang dibenarkan oleh undang-undang dan mengikut saluran yang betul. Paparan lirik lagu * didalam website ini adalah untuk tatapan umum dan setiap lirik lagu adalah hak milik sepenuhnya empunya pencipta lirik / syarikat rakaman. sumber 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *