Lirik Lagu Hujan – Altimet Feat Mimifly

Kongsikan Sekarang

Lirik Lagu Hujan – Altimet Feat Mimifly

Lirik Lagu Hujan

 

Hujan damaikan aku
Khayalan ku semakin membawaku jauh
Apa maknanya hidup
Beban di bahu ini siapa yang tahu
Dari mana datang suara-suara ini
Hujan bisikkan padaku

Berat pikul buah fikiran kelat
Kudrat tinggal dua tiga kerat
Minda medan perang sambil waras ku meniti sendiri di atas benang
Tergelincir takleh terbang
Tergantung pegang kuat
Di bawah ada jurang
Terapung sedetik jerit
Memenuhkan ruang
Lemas tanpa air
Cemas ku beku belum cair
Toleh kiri kanan tiada siapa yang hadir

Pandai cerdik mengherdik
Kau memang mahir
Suara itu batin tak nampak mulut yang zahir
Kadang berbisik kadang bergema
Kadang membelai kadang mencaci cela
Kadang dia senyap memerhati bukan lenyap
Kadang dia masam kadang manis manja sedap
Selalu dia aku menyamar sebagai kamu
Kembar siam yang tak diam aku dengan aku

Hujan damaikan aku
Khayalan ku semakin membawaku jauh
Apa maknanya hidup
Beban di bahu ini siapa yang tahu
Dari mana datang suara-suara ini
Hujan bisikkan padaku
Sekiranya aku musuh ku sendiri
Siapa yang kan selamatkan aku

Kalau hari ni dah khatam besok permainan baru
Kerja gila judikan waras kita baling dadu
Bertekak dalam otak bertarung dalam kalbu
Kita tengok siapa tewas aku atau aku

Kau memang licik tak boleh bagi muka sikit
Mula naik toncet pijak kepala sampai robek
Air muka tenang bawah permukaan bergelut
Tiada lawan mulut perang hujan tak bersebut

Pidato si angkuh aku ni patuh
Lebatnya debatnya aku sekerat je
Menang dan kalah aku tak salah
Tak boleh tabah aku tak gagah

Aku tak sempat rehat kita teruskan sambung
Dua belah dalam satu jasad yang bernaung
Bila akal bertarung personaliti bersabung
Bila mantik tersadung buah fikirannya maung

Dalam hujanku bersihkan kekalutan
Ombak datang ombak pergi aku tenang

Hujan damaikan aku
Khayalan ku semakin membawaku jauh

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Baca Juga Lirik Lagu Cinta – Ismail Izzani

 

Di blog ini, kami hanya memaparkan lirik lagu. Anda juga boleh membuat carian ataupun pembelian di media streaming online seperti Google Play Music, Apple Music dan iTunes, Amazon, Qobuz, Joox, Langit Musik, Spotify, Deezer, KKBOX, Youtube dan lainnya. Lirik lagu Negaraku kebangsaan Malaysia adalah seperti berikut:

Blog lirik lagu ini tidak menyediakan sebarang link untuk download lagu mp3 * dari * samada dalam format mp3 atau sebarang format audio yang lain. Untuk pembelian lagu sila beli melalui laman media streaming yang sah, atau pun apa-apa saluran lain yang dibenarkan oleh undang-undang dan mengikut saluran yang betul. Paparan lirik lagu * didalam website ini adalah untuk tatapan umum dan setiap lirik lagu adalah hak milik sepenuhnya empunya pencipta lirik / syarikat rakaman. Sumber rujukan lirik 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *