Langkah-langkah menjaga keselamatan kanak-kanak

Kongsikan Sekarang

Langkah-langkah menjaga keselamatan kanak-kanak

 

Pada zaman era globalisasi kini, dunia kanak-kanak yang seronok telah terbatas akibat kes penculikan yang semakin menular di negara kita. Hal ini kerana, setiap ibu bapa pasti akan berasa sangat bimbang tentang kes kehilangan kanak-kanak yang telah berleluasa terutamanya melibatkan kes penculikan. Apabila kanak-kanak tidak diawasi oleh orang dewasa, mereka akan diculik dengan mudah oleh penjenayah dan tidak guna lagi untuk menyesal di kemudian hari kerana bak kata pepatah, ‘nasi sudah menjadi bubur. Sebenarnya, pelbagai langkah yang boleh diambil untuk menjaga keselamatan kanak- kanak.

Salah satu langkah untuk menjaga keselamatan kanak-kanak ialah mengawasi anak-anak apabila berada di tempat awam. Hal ini adalah untuk mengelakkan penculikan dan pemerdagangan kanak-kanak. Ibu bapa mestilah sentiasa memimpin tangan anak-anak ketika berada di luar rumah terutamanya apabila berada di pusat membeli-belah serta janganlah leka apabila memilih barang-barang di pusat beli-belah bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Ibu bapa juga perlu menemani anak-anak ketika bermain diluar rumah. Sebagai contoh, kebanyakkan kes penculikkan yang semakin menular di negara kita adalah berpunca daripada kelalaian ibu bapa dan seterusnya telah memberi peluang kepada penjenayah untuk melarikan kank-kanak. Jika ibu bapa sentiasa peka terhadap keadaan sekeliling maka kes penculikkan di negara kita akan mencapai penurunan yang sangat baik dari semasa ke semasa.

 

      Selain itu, penculikan dan pemerdagangan kanak-kanak juga boleh diatasi apabila kanak-kanak sentiasa berada dalam kumpulan kerana kes penculikan selalunya berlaku apabila kanak-kanak berada di luar rumah secara bersendirian. Ibu bapa juga seharusnya perlu sentiasa menasihati anak-anak agar bermain secara berkumpulan ketika bermain di taman permainan dan berjalan-jalan di sekitar taman perumahan bersama rakan-rakan sebaya. Kes penculikan ini akan berlaku di mana-mana sahaja kerana penjenayah akan sentiasa menunggu peluang yang ada untuk menculik kanak-kanak terutamanya kanak-kanak yang mempunyai sifat lurus dan mudah mempercayai sesiapa sahaja.

Seterusnya, ibu bapa juga haruslah menghantar anak-anak ke sekolah seni mempertahankan diri agar kanak-kanak tidak mudah diculik oleh penjenayah yang mahu menjual kanak-kanak ke  negara jiran untuk mendapatkan wang atau meminta wang tebusan daripada ahli keluarga kanak-kanak tersebut. Oleh hal yang demikian, ibu bapa amatlah digalakkan untuk menghantar anak-anak ke pusat pembelajaran yang menawarkan untuk mempelajari ilmu mempertahankan diri agar keselamatan anak-anak dapat terjamin ketika berada di luar rumah. Sebagai contoh, sesetengah kanak-kanak yang telah mempelajari ilmu mempertahankan diri tidak akan berisiko tinggi untuk diculik. Kanak-kanak yang mempelajari ilmu mempertahankan diri juga dapat melindungi diri sendiri daripada menjadi mangsa penculikan.


    Akhir sekali, ibu bapa perlulah bekerjasama dan memainkan peranan masing-masing bagi mengelakkan berlakunya kes penculikan terhadap kanak-kanak agar kanak – kanak yang dianugerahkan oleh Tuhan dapat meneruskan hidup dengan cara yang selamat dan terjamin keselamatannya bagi meneruskan untuk  memperjuangkan negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *