Blog Sejarah STPM

Kemajuan Pendidikan Sejarah Dunia STPM Semester 1

By Jack

August 08, 2019

Kemajuan Pendidikan Sejarah Dunia STPM Semester 1

 

3.3 Kemajuan Pendidikan

3.3  Kemajuan Pendidikan (Perancis dan Jerman)

Pendahuluan

Isi –isi penting:

  1. A)  Sejarah pendidikan 

Semasa Zaman pencerahan dan Revolusi Perancis.

Sebelum Zaman Pencerahan

Sebelum abad ke 17 dan 18

  1. B)  Pertumbuhan sistem pendidikan

  Penutup 

Pendahuluan

Isi-isi Penting :

  1. Martin Lurther telah menganjurkan kewajipan pelajaran supaya semua rakyat bebas akan dapat membaca dan mentafsir kitab Bible. Pentadbiran sekolah dipengaruhi oleh masalah yang berlaku antara raja, golongan Gereja Lutheran. Golongan ini tidak disukai oleh raja dan golongan Pietism menyebelahi raja. Golongan Pietism merupakan kumpulan reformis dalam Lutheranisme serta mengadakan satu pakatan politik dengan raja Prusia berdasarkan kepentingan bersama untuk memecahkan dominasi Gereja Lutheran. Golongan tersebut menekankan keperluan kerohanian dalaman dan hal ini boleh dicapai melalui pembacaan kitab Bible. Golongan Pietism juga membantu membentuk prinsip-prinsip sistem sekolah awam yang moden termasuklah penekanan pada literasi.
  1. Pendidikan dianggap sangat penting untuk menanamkan ketaatan sosial dalam kalangan rakyat melalui Indoktrinasi.Oleh itu, sekolah-sekolah menggunakan bahasa rasmi untuk memupuk kesetiaan kepada raja dan melatih lelaki muda menjadi tentera dan golongan birokrat. Pendidikan dikategorikan sebagai salah satu tugas kerajaan. Pada tahun 1763, aoabila raja Frederick II mengumumkan persekolahan wajib untuk semua kanak-kanak antara usia lima hingga tiga belas tahun.
  1. Peperiksaan akhir, abitur telah diperkenalkan pada tahun 1788 dan dilaksanakan di semua sekolah menengah menjelang tahun 1812 dan diperluaskan ke seluruh Jerman pada tahun 1871. Lulus abitur menjadi pra-syarat untuk menceburi profesion yang telah dipelajari dan perkhidmatan awam.
  2.  Pada tahun 1809 pula, ahli falsafah Prusia yang merupakan Menteri Pendidikan,Wilhelm von Humboldt melaksanakan pembaharuan sistem pendidikan Prusia atau Jerman yang dipengaruhi oleh pendebatan idealistik. Apabila empayar Jerman ditubuhkan pada tahun 1871, Jerman mengalami perkembangan sistem persekolahan dan sistem persekolahan menjadi lebih berpusat.

5.Jerman telah memperkenalkan sekolah menengah pertama pada tahun 1872. 4 jenis sekolah menengah telah dibangunkan antaranya : Gymnasium selama lapan atau sembilan tahun (tumpuan kepada bahasa Latin); Realgymnasium selama sembilan tahun (tumpuan kepada bahasa Latin, moden, sains dan math); Realschule selama enam tahun (tanpa kelayakan masuk ke universiti) dan Oberealschule selama sembilan tahun (tumpuan kepada bahasa-bahasa moden, sains dan math)

Pendidikan Rendah

Pendidikan Menengah

Pendidikan Teknikal

Peringkat Universiti

Pentadbiran Sekolah

Penutup :

Baca juga >> Sumbangan Tokoh Sejarah Dunia STPM Semester 1

 

Sumber Nota Blog Sejarah